# entry ni dah agak beberapa hari dalam draft. tak siap. ni baru sambung semula.
lama tak update. banyak cerita sebenarnya. berikut adalah cerita-cerita tersebut:-
cerita nombor satu
yang ni dah agak lama berlaku. tapi tak tertulis pula. mama terjerit kuat masa akmal tengah nenen sebab akmal tergigit mama. sakitttttt sangat sampai tak terkawal pitching suara. akibatnya abang besar terus menagis dan peluk ayah. i'm sorry sayang. mama bukan marah akmal, tapi mama terkejut sangat-sangat. mama tulis ni sebab mama nak bila abang besar baca nanti, abang besar tau, mama tak marah abang besar. mama bimbang kalau2 jerit mama tu terakam dalam memori abang besar. mama sayang akmal sangat2.
"siapa pandai?"
"Amai"
hehe!pandai abang besar mama :)
cerita nombor dua
haritu, selasa mlm 2 oktober kitorang buat check up kt Az Zahra. actually ada trip ke bandung tapi tuan tanah terasa amat malas nak g. takde jiwa langsung. sebabnya, trip tu lama. 4hari. cemana nak tinggal abang besar yang tengah sangat manja. ayah pun macam tak berapa happy mama nak gi. so kitorang buat check up. tengok fit tak nak travel long journey. sembang2 ngan doctor, doc cakap, "i tak advise u pegi...bla...bla...bla.."
"okeh, jom kita tengok baby" ni doc yang cakap.
abang besar sangat excited okay, walhal before tu dia dah buat macam2 aksi sebab bosan tunggu turn mama, patient ramai malam tu.
doc tunjuk satu2. last sekali, doc cakap "macam lebih kurang je"
"erk?"
"nampak kat celah peha dia tu?"
"nampak"
"sebab tu i cakap macam lebih kurang je. tapi takpe klu tau, nanti besar sikit kita buat lagi"
ayah senyum je. mama pun. tak kisah la boy or girl, yang penting membesar dengan sihat dan sempurna. abang besar dah tak sabar nak ada kawan main.
" amai tengok baby?"
angguk.
"baby kat mana?"
"yut..mama"
abang besar is sooo comel.
cerita nombor tiga
balik jengka. sesuatu yang indah dalam hidup. seriyes wei bila kau dah kawen, hidup sendiri, antara benda yang best adalah balik ke rumah mak ko. best, heaven, dunia ana yang punya dan sebagainya. tapi yang tak bestnya, tuan tanah muntah muntah dan muntah lagi. rasanya food poisoning, bukan alahan bawak budak ke apa. sebabnya, petang tu makan tandoori kat taj. tah nape tetiba nak tandoori .
bawak adik akmal ni lain dengan membawak akmal. masa bawak akmal dulu memang muntah sampai la dah masuk labour room. makan je muntah, makan je muntah. tapi berat kus semangat naik dekat2 20 kilo. plus walaupun muntah tapi tak lembik. lepas muntah, boleh continue makan dengan lebih berselera haha.
tapi this time, muntahnya ada la kot 3-4 hari sekali. tapi badan lembik. makan tu tak best, makan ni tak best. letih sokmo. agaknya sebab masih bf abang besar kot huuuu.tak kisahla, doc cakap ok tp kena lebih ambik supplement.
akmal pun happy balik jengka sebab ada orang layan dia. nenek sampai tak leh tido. pantang je tak nampak nenek, sibuk panggil. ada baby aleeya. akmal suka sangat, siap tepukkan baby nak tido. mama yang risak sebab dia tepuk kat perut, kuat lak tu. adeh..sibuk sikit2 tengok baby, sikit2 tengok baby. tengok tangan la, tengok kaki la, sayang baby la, main rambut la, tido kat baby la hehe..kalu berterusan camni, maknanya esok bila baby tecik keluar, insyaallah takde masalah hehe.
cerita nombor empat
cerita pasal abang besar taknak tido. semalam abang besar taknak tido lagi. adoila.. kul 1.30 pagi masih lompat2 kat tilam sambil tengok upin. sekali ayah marah, abang besar merajuk ajak mama tengok upin kat luar. oh anak...kenapakah begitu?
mama dan ayah bukan apa, cuma risaukan abang besar yang tak cukup tidur. pagi nak kena bagun pegi sekolah. nanti ngantuk macamana nak belajar?
malam semalam mama ngan abang besar tido atas toto kat hall. dah lepas kena marah, nangis2 agak dah penat barula abang besar terasa ngantuk. dah tido mama angkat masuk bilik. ayah tido kat sofa sampai subuh. akibatnya pagi tu abang besar kena angkat masuk kereta, tak mandi. sampai skolah nangis2 tak mau ikut cikgu.nantuk la tu. sian anak mama.
malam tadi, alhamdulillah abang besar tidur awal setelah mengamuk nak layang2 huuu..penangan upin dan ipin. tapi kul 11 abang besar bangun. kali ni mama ngan ayah tukar strategi- tutup semua lampu, bukak lampu dapur je. so kitorang main dalam gelap. macam2 la main nak bagi abang besar ngantuk semula or at lesat tak mengamuk di malam hari. alhamdulillah, kul 1 tido balik. hasilnya pagi tadi tidur lena pagi senyuman. gi sekolah pun tak nangis. good boy.
cerita nombor lima
kamus abang besar.
MAMA = MAMA
YAH = AYAH
AMAI = AKMAL
NENEK = NENEK
TOK = ATUK
PIN = UPIN/IPIN
MEI = MI
MEI MEI = MEI MEI ( ABANG BESAR PALING INGAT MEI MEI. MAMA SYAK SEBAB NAMA DIA SAMA NGN MI HAHA)
YEI = AIR/LORI
NYANG = INYAU I.E KUCING
TAN = IKAN
TANG = UDANG
WEH = KUIH
LOK = PELUK
BEBE = BABY
PA = SELIPA
LAT = COKLAT
LO = MILA/TELUR
CEN = VITAGEN
YO = SAYUR
LAP = LAP
YAK = BERAK
macam2 la yang si bijak ni dah pandai cakap. semua anggota badan dia dah kenal. dah pandai tunjuk preference dia dalam sesuatu perkara. contohnya nak pakai baju apa, nak tido mana, nak minum apa, nak naik kereta mana.
dah pandai main kat tanah tak mau naik kecuali diumpan dengan aiskrim atau upin. itupun kadang2 tak jalan.
dah pandai nak gi kedai. pandai pulak mintak jajan or coklat or aiskrim.
sangat happy bila mama bawak keluar something from oven. "wehhhh!" katanya. kuih la tu.
suka makan mi/pasta instead of nasi.
suka main air. nak masuk bilik air, ada masa tertentu je senang, kalau tak, tak cukup dengan toys abis segala cawan besen kena angkut sekali. tapi sekali dah masuk, dapat air taknak pulak keluar.
selalu jerit "jukk" i.e sejuk mandi pagi nak g sekolah.
pandai mengadu sakit.
pandai cerita. berhari2 cerita yang sama hehe.
pandai sembahyang.
macam-macam lagi la yag membuatkan mama dan ayah sentiasa rindu dengan keletah akmal.
-kejadian isnin lepas (mama cuti sebab keletihan kesan muntah2 tu)
mama kat dapur, akmal baru lepas basuh2 sebab berlaku proses nyahtinja sebelum tu. since ayah suh mama tuang air soya yang ayah baru beli tu, mama dengan confident nya terus ke dapur tanpa pakaikan akmal diaper dulu. akmal memang suka la, lari2 togel masuk bilik stor. tiba2 panggil mama kat dapur. "mama, yak" katanya sambil tunjuk stor. "aik bia betul akmal ni. akmal berak ke, kan baru lepas tadi" si comel innocent tu angguk sambil tunjuk stor. mama pegi tengok takde pun. sekali ayah tak puas ati, ayah gi tengok pulak. ayah panggil mama. "tengok ni" haha abang besar pee kat stor ye..ayah cepat2 bersihkan. mama bawak abang besar masuk bilik air. abang besar sengih jek. sonok la tu dapat bagitau mama dia yak.hehehe tu bukan yak la sayang. whatever, mama still loves u.