mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, October 19, 2012

kenangan2ku

semalam dapat surat actually emel from AGC bagitau penempatan. rasa sangat cepat masa berjalan, bermula 1 November ni kena bertugas ni Bahagian Penasihat, HQ.

allahuakbar, beratnya rasa hati. bukan tak bersyukur dengan rezeki yang ALLAH bagi, tapi bila fikir kena tinggal berjauhan dengan suami dan anak, hati rasa terlalu berat nak hadapi. ayah tak bagi bawak akmal sebab bimbang keadaan mama yang tengah bawak baby.

mama tak tau selama mana mama sanggup berjauhan dengan cinta2 mama. mama mohon supaya ALLAH mudahkan jalan untuk kita sekeluarga menghadapi keadaan ni dan mudah2an keadaan ni untuk sementara sahaja.

##################

ALLAH memberi rezeki kepada kita semua, kepada anak2 mama dan ayah.. awal mama menjadi isteri ayah, mama dapat panggilan induksi, alhamdulillah.

kemudian bila abang besar mula membenih dalam rahim mama, ayah dapat jawatan tetap sebagai pegawai pertanian. alhamdulillah.

kemudian, permohonan ayah untuk ditempatkan di pahang berjaya. alhamdulillah, dan alhamdulillah ayah ditempatkan di kuantan. dapatlah mama dan ayah tinggal bersama. kalau tak sebelum tu ayah nun jauh di johor sana :)

kemudian lagi mama dan ayah beli rumah bila hampir abang besar lahir. alhamdulillah, ada tempat untuk kita berteduh. rumah kita sendiri.

sekarang, waktu baby sedang dalam rahim mama, alhamdulillah, allah bagi rezeki kenaikan pangkat pada mama..alhamdulillah.

semua ini rezeki untuk anak2 mama dan ayah.

alhamdulillah.

mama sayang ayah dan anak2 

No comments:

Post a Comment