mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 3, 2012

cerita akmal dan lain2

selamat hari raya semua.

dah raya keberapa tah ni, masih takde mood nak cerita apa2 kat blog. bukak hari2 tapi nak menulis, kuss semangat..banyak sungguh cabarannya.

ok lah, nak cerita pasal akmal dulu.

hari ini 30 ogos 2012, abang besar berusia genap 1 tahun sembilan bulan. dah besar cinta hati mama dan ayah ni. pagi tadi pun bangun tidur baik je. senyum2 tengok video sembahyang dia. jangan tak tau, abang besar dah pandai sembahyang tau hehe. ajak mandi ok, ajak pakai diaper pun ok, pas siap2 tengok katak kat dapur, tunggu mama siap dan abang besar ke sekolah dengan happy nya. good boy.

cerita kedua pasal abang besar, semalam, oficially mama dah stop carrying cooler bag n everything relates to bf sebab mama dah tak boleh produces breastmilk lagi untuk abang besar. tapi direct feeding ok lagi. sebenarnya pertengahan ramadhan lagi, satu hari cuma dapat 3 oz tapi mama still pump everyday untuk bekalan abang besar. tapi since coti raya yang amat lamanya mama tak pump, dah merajuk pulak precious drop tu. pump2 tanak keluar dah. so today ialah second day mama melenggang lenggok ke ofis tanpa beg besar yang biasa mama bawak tu.

apa ya perasaannya?

entahlah, susah nak cakap. tapi bila fikirkan baby kecik, mama rasa dah sampai masanya abang besar kena stop bf perlahan2. tapi kat rumah, still berkepit ngan mama hehe.

entry ni tersimpan dalam draft. hari ini, 3 sept 2012, mama sambung entry ni.

pagi tadi mama ada appointment di Klinik Kesihatan Kurnia. buat buku merah untuk baby tecik. alhamdulillah, hari ni dah 13 minggu lebih kurang usia baby tecik. moga sihat dan kuat ya sayang, macam abang besar. tadi doc scan perut mama. mama nampak jelas baby tecik kat dalam. alhamdulillah, dah terbentuk semua anggota. kali ni memang mama nampak mana tangan, kaki dan kepala baby. maybe because dah ada experience dengan abang besar dulu and explanation doc this time lebih jelas as compared dengan abang besar dulu. lagipun dulu first time, so mama a bit confused bila doc cakap ''ni baby'', "ni kepala dia"..erk, tak nampak cam kepala pun huuuu...

sambung cerita pasal abang besar. mama and ayah very excited since abang besar dah mula bercakap. dah agak lama sebenarnya tapi sekarang ni dah jelas sebutannya. "na ninen", "mama", "ayah"...mama dont know how to spell tapi abang besar dah pandai sebut nak air, nak vitagen, nak mi, beg, upin (favourite abang besar. oh ya, abang besar ada soft toy upin yang comel.nanti mama upload gambar), bas, bulan, nak keluar, nak kasut, nak selipar, nak main, ulat, itik, cicak, meow, ayam (abang besar pandai buat bunyi ayam dan meow jugak), macam2 lagi la yang abang besar pandai cakap. i'm proud of you, son. tapi off course la sebutannya pelat dan comel.

sekarang ni abang besar sangat suka tengok cerita upin & ipin. sampai ayah download from youtube untuk hiburan abang besar dan beli vcd jugak. hmmm...memandangkan ayah bli vcd upin untuk abang besar, mama decide to buy some educational vcds untuk abang besar. bukan apa, untuk seimbangkan perkembangannya. 

semoga anak2 mama dan ayah menjadi anak2 yang soleh dan solehah. mama loves both of you.

abang besar pandai cium baby hehe.

malam ni nak belikan abang besar susu dumex dugro coklat since abang besar suka milo, dan boleh nenen milo, so, mama decide nak bagi susu dumex dugro coklat tu.

ok, nak balik dah nak jumpa kekasih2 mama.

ada sikit pening di kepala.

No comments:

Post a Comment