mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 18, 2012

cerita cerita cuti yang panjang

assalamualaikum anak2 mama...

hehe!harap2 blog ni terus hidup sampai anak2 ku mampu membacanya.

selamat hari malaysia semua. semoga malaysia akan terus aman dan dirahmati,agar rakyat jelata seperti aku dan anak2 dapat hidup dengan tenang dan selesa.

wahhh..seronok bercuti panjang kan, terimakasih lah kerajaan malaysia kerana menjadikan 16 september setiap tahun sebagai cuti umum. besarlah harapan di hati ku setiap 16 september akan jatuh pada hari ahad seperti tahun ini atau isnin atau jumaat hehe!

apa cerita hujung minggu korang?

kitorang seperti biasa hari pertama dipenui dengan aktiviti di atas tilam sementelah abang  besar tidoq lambat malam tu maka pagi nya adalah acara mengganti tidur yang tertunggak. tapi mama bangun la basuh kain lipat kain berbakul2 dan berjaya simpan semua dalam almari sampai rasa leceh lak tiap kali siap mandi kene bukak almari ambik baju perlahan2 takut tertumbang yang dah lipat cantik2 tu haha. kalau tak sebelum ni gali2 je dalam bakul huuu...rasa lega sangat bila bakul pakaian kosong dan almari mama ayah dan abang besar tersusun cantik walaupun ada cubaan dari abang besar untuk 'tolong' mama 'kemas' baju heee.

oh sebelum tu ada cerita menarik, jumaat lepas, ada acara makan2 dekat zon maganese. kena bawak pot luck. huuuu..mencabar misi nih. haku masak mihun singapore dengan penuh kegigihan. alhamdulillah berjaya. untuk 50 org yuu..tapi memandangkan peralatan memasak terbesar kat dapo tu adalah sebijik periuk emakku yang maksimum muat 2bungkus setengah mihun je, tu pun aku sesak2kan sumbat bagi muat 3 bungkus, kira berserah pada tuhan la cukup ke tak. nak buat cemana kan keluarga kecik, alat masak semua kecik2 je.

sekali petang nak balik, masya allah jammed jalan kuss semangat. dari opis nak balik rumah ambik masa satu jam sepuluh minit. ayah akmal call 2 kali sebab tak terhandle akmal dah nangis mencari 'botol susunya' haha! sampai rumah, terus akmal terkam. bolehla maknya tumpang terlelap sat tunggu magrib.

hari petama cuti memang tadek aktiviti.rehat tido makan kfc pastu balik umah akmal mkn kfc banyak2 tido lagi sampai pagi.

ahad rasa dah tadek keje sbb sabtu tu semua kain baju dapo clear. so buat kek coklat sekali kecewa mufin tray yang dibeli tak muat masuk dalam oven. huuu..tak menjadi mufin ku. naseb baik akmal tetap sukakannya. jerit2 mintak nak kuih katanya. pastu tengahari sikit balik lepar kejap. malam balik umah semula. isnin kitorg jalan2 g teluk cempedak. bawak akmal main layang2 suka sangat dia. cam upin katanya. semua benda lah sekarang ni dia samakan cam upin. makan ayam cam upin, main tingkap kereta cam upin, layang2 cam upin huuu.. 

ingatkan dah kepenatan abang besar nak tido awal, rupanya bangun jua dimalam hari dan ayah cakap kul 1.30 baru dia tido.


duduk kat kerusi tangan ngan upin. happy time

excited main layang-layang

tengok tu...

tak mau tengok kamera sebab tengah tengok budak menangis kena paksa balik haha

tertidur kepenatan tak sempat mandi.ingatkan sampai pagi. isyak bangun kul 1.30 baru tido balik. akibatnya, kena mandi malam lagi

malam tadi hujan lebat. dahan pokok kat tepi rumah tu patah. abang besar tidur kat hall, ayah tarik letak kat tengah takut apa2 jadi since pokok tu dekat sangat dengan rumah. kereta mama pun ayah alih. dah mintak pejabat tanah sama MPK tolong potong tapi kami rakyat marhaen ni tak di pedulikan. YB pun sama, tak boleh diharap. kena usaha sendiri potong walhal tanah tu sudah digazetkan sebagai rizab padang awam.

gambar pokok patah takde ambik tapi gambar bilik akmal ni ada. bocor...





macam2 hal...

No comments:

Post a Comment