mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 9, 2011

entry tanpa tajuk sbb aku telupa nak letak then aku edit balik letak tajuk ni

tadi aku baca harga barang kat blog kawan sekolah aku ni and i leave some comment. baca lah sendrik, lupa nak copy nak tepek lak kat sini.

bila aku pikir balik, apa yg aku tulis tu nanti musti ada yang cakap "hang ni banyak komplen tak bersyukur, hang rasa nak murah p la ikut kawan hang tinggal kat jerman tu"

hmmm..walaupun agak defensive tindakan aku ni i.e; belum apa2 dah buat statement of defence, aku tak pedulik lah. aku cuma nak express what is inside my mind. first of all, aku takde sebab nak duduk kat negara lain sebab malaysia ni negara aku, negara mak abah aku, tok nenek aku, tempat aku dipeanakkan aleh mak aku dan tempat aku memberanakkan anak aku. sebagai seorang warganegara, aku berhak untuk berada di sini. ok habis bab ni. 

masuk bab komplen. aku komplen sbb aku dok kat sini family aku anak beranak aku semua kat sini dan aku sayang negara ni, sbb tu aku komplen. takkan aku nak komplen pasal negara jerman yang tak de kena mengena ngan aku pulak kan? mesti la aku komplen tentang tempat aku hidup ni sbb aku nak hidup selesa ditempat aku sendiri.

dan pada aku sebagai tanda bersyukur, bukanlah maksudnya kita tak boleh speak up apa2 pun n sentiasa angguk dan setuju saja dalam setiap hal. aku bukan org yang begitu, aku tends to memberontak jugak kalau aku tak setuju. bagi aku org yang berfikiran banyak komplen tanda tak bersyukur tu adalah orang yang kurang darjah kecerdikan mereka. sebabnya- kita berhak untuk dapat yang lebih baik sbb sebenarnya kita iaitu apa yang aku maksudkan negara malaysia dan kerajaan mampu nak beri yang terbaik kepada rakyatnya. tapi kita tak mau pilih nak bagi rakyat bahagia dan senang hati berbelanja maka jadi lah cam sekarang.

aku kerja penat jadi aku nak every single cent yang aku ada worth it. tu sebab aku complain dan comment yang macam kat blog tu.

lagi satu, malam tadi siapa tengok buletin utama sila angkat tangan...tak tengok? rugi la korang..kenapa tak tengok? korang rasa nak termuntah ya dengan berita-berita yang disajikan? hmmm..sama la cam aku, tapi aku tengok jugak la since rumah aku takde astro, nak jimat belanja la tu sebab tak pasang kuali tu kat bumbung. so aku tengok je la tv3. yang aku nak cerita ialah pasal kek yang nak dibagi kepada lim guan eng sempena birthday dia semalam. ape kejadah bagi kek macam tu? beb, kalau macho, bertandinglah di padang yang sama rata. malu la main serang macam budak belum bersunat camtu. tak tercapai akal aku ada orang yang akan buat macam tu. beb, benda yang korang buat tu budak sekolah je la yang buat time april fool. pastu tak dapat nak bagi kat LGE korang pakat2 potong makan sendiri. 

satu perkataan je untuk korang- BODOH! show some respect to others la beb. agama dan budaya kita tak mengajar biadap begitu. korang tak terasa ke korang ni memfitnah agama sendiri? dengan apa yang korang buat ni, pagi ni secara otomatik aku jadi malu kerana aku islam, ada orang islam yang begitu hodoh akhlaknya. yang stesen tv pulak buat liputan meluas. maka aku yakin ramai orang akan cakap, lihatlah betapa buruknya agama islam. nasib baik yang dok mengusung 'kek' tu dari segi fizikalnya tak nampak melayu, tapi m star star star star. kalau tak, aku sebagai melayu akan turut malu.

kalau nak tau sapa mereka yang BODOH tu, tanya google. aku tak mau menjadi salah seorang yang mempromosi kebodohan segelintir makhluk dalam agama dan negaraku.

malaysia dah semakin ramai orang gila.

malaysia boleh.

4 comments:

  1. betul..sbb sayang negara la kita nak yg lebih baik..bukan sbb tak bersyukur..aku pon dah penat ngan pemikiran sesetengah org yg kata sesetengah org yg suka komplen ni tak bersyukur slama ni cukup makan pakai..aman damai..bla bla bla..

    btw: aku sukeee komen ko kat blog aku tuh..muhaha

    ReplyDelete
  2. luahan ati aku tuh!malaysia telampau korup

    ReplyDelete
  3. itulah, ramai yg nampak dan ramai jugak yg pura2 tak nampak...

    ReplyDelete