mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 1, 2011

sudah satu tahun

hari ini genap setahun akmal menyusu susu ibu secara eksklusif.

ada perkara serius yang hendak mama catatkan di sini. tapi sebelum tu tengok gambar ni dulu.
kenang-kenangan setahun akmal menyusu susu ibu

close-up

perjuangan yang bukan mudah bagi mama dan jugak mama2 lain yang bekerja dan menyusu kan anak mereka sepenuhnya dengan susu badan. tapi alhamdulillah, mama berjaya lakukannya sehingga hari ini, sudah setahun. mudah-mudahan ALLAH memberi ganjaran pahala kepada mama dalam setiap titis susu mama yang akmal minum dan mudah-mudahan dengan susu mama akmal akan tumbuh dan membesar sebagai insan yang cemerlang, anak yang soleh dan menyenangkan hati mama dan ayah. itulah hadiah yang paling mama dan ayah harapkan dari akmal.

berbalik pada perkara serius yang mama maksudkan, berlaku pagi tadi. masa akmal dan ayah tidur, mama bangun basuh botol-botol susu akmal untuk kegunaan mama hari ini. mama terkejut dalam tabung merah akmal ada botol orang lain. botolnya sama macam botol akmal tapi mama kenal botol akmal, botol tu memang botol orang lain. hati mama risau! macamana botol tu boleh ada dalam tabung akmal? ada 2 kemungkinan je:

1. cikgu tersalah ambil dari sinki masa nak cepat-cepat kemaskan barang akmal sebab ayah dah datang, jadi cikgu terambil botol orang lain.

2. cikgu memang tersalah ambil susu tu dari peti ais, thaw kan dan bagi akmal susu yang salah dan terus simpan botol kosong tu dalam tabung akmal.

mama sangat takut dengan kemungkinan yang kedua tu. perkara tertukar botol ni dah pernah berlaku dulu. mama pernah tulis dalam blog ni. kali ni terjadi lagi. mama betul-betul risau. mama bagitau ayah macammana kalau anak kita kenyang dengan susu orang lain, atau anak orang lain kenyang dengan susu mama? mama takut sebab melibatkan hukum.

mama serba salah nak bagitau cikgu, mama takut cikgu akmal tersinggung. akmal kat sana, mama takut nanti bila tersinggung, cikgu2 dah tak pedulikan anak mama, atau cikgu2 boleh berbuat apa-apa je pada anak mama since anak mama dibawah jagaan mereka. sudahnya pagi tadi mama tanya cikgu botol tu botol sapa sebab bukan botol akmal. dan mam bagitau cikgu, setiap botol akmal ada tercatat namanya.

tapi mama rasa yang sangat patut disalahkan adalah mama-mama lain yang bagi anak EBM, kenapa tak labelkan nama anak pada botol masing-masing? sedangkan perkara ini sangat dititikberatkan dalam pengendalian EBM. mama pernah tengok dalam peti ais sekolah, ada banyak EBM tapi akmal punya je yang ada label nama. yang lain-lain takde. macamana cikgu nak kenal?bila berlaku kesilapan macam ni, nak salahkan cikgu ke? mungkin cikgu ada sikit kecuaian, tapi kesalahan yang paling besar terletak pada bahu mama-mama yang tak labelkan nama anak pada botol susu masing-masing sebab mereka tidak membantu cikgu-cikgu untuk tidak melakukan kecuaian. mama kecewa sangat-sangat dengan sikap mama-mama lain ini. mama fikir sepatutnya taska menetapkan perkara melabel nama anak pada botol susu sebagai satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh mama-mama yang hantar EBM ke taska supaya tak berlaku kesilapan.

ada beberapa cadangan yang mama fikir untuk bawa akmal keluar dari masalah ini. satu, macam yang dicadangkan oleh kawan mama, letakkan susu akmal dalam cooler bag supaya cikgu tak perlu masukkan susu akmal dalam peti ais, jadi risiko tertukar susu dapat dielakkan. mama fikir ini bagus. kedua, mama nak mintak jasa baik kawan mama, ustazah aeshah (umi iman madihah) supaya bercakap dengan pengurusan taska tentang peraturan melabel nama anak pada botol susu memandangkan umi iman madihah lecturer di KIPSAS, jadi dia ada direct connection dengan taska. dan ada jugak cikgu akmal yang merupakan bekas anak didik umi iman madihah. mama harap sangat perkara ini dapat diatasi.

disaat mama samapai ke tarikh genap setahun menyusukan akmal, tiba-tiba dugaan ni muncul. mama rasa macam mahu berhenti kerja dan besarkan akmal sendiri, tapi apakan daya, mama dan ayah banyak komitmen. jadi mama perlu bekerja untuk bantu ayah.

tapi ada sikit kelegaan di hati mama bila mama tengok botol minum akmal penuh susu, maknaya kalau kemungkinan yang kedua tu yang sebenarnya berlaku, akmal tak minum pun susu tu. so akmal selamat. mama harap-harap begitulah. mama betul-betul berdoa supaya akmal tak terminum susu hak orang lain dan orang lain tak terminum susu hak akmal.

pagi tadi berkali-kali mama dan ayah pesan pada akmal, kalau cikgu tersalah bagi akmal susu, akmal bagitau cikgu, akmal jangan minum susu tu. mama yakin akmal tau rasa susu mama dan akmal dapat bezakannya dengan susu orang lain, kan sayang?

anak mama sayang, mama dan ayah sentiasa berdoa untuk kebaikan akmal.

No comments:

Post a Comment