ini adalah isu yang paling hangat di musim tengkujuh tahun 2011 bagi kakitangan awam macam aku.
nak cerita, hari ni aku telah pun menerima borang opsyen SBPA ni, menerima borang ya bukan menerima opsyen. jawapan kepada soalan-soalan dalam borang kena kembalikan selewat-lewatnya 3 Januari tahun depan.
off course la benda pertama yang aku tengok ialah gaji. menarik gaji yang ditawarkan berbanding sekarang. alhamdulillah, bersyukur atas rezeki ni.
tapi malangnya bila aku nak bukak pekeliling kat web JPA, kenapa untuk skim perkhidmatan aku iaitu skim perundangan dan kehakiman tak boleh bukak. so cemana aku nak tau dan paham dengan mendalam skim aku dibawah SBPA ni. ini dah kira tak adil dan tak telus nih. kalau dah tamat tempoh nak sign pun still aku tak dapat nak bukak lagi, macamana?
tengok ni, bila aku klik kat perundangan dan kehakiman tu, dia keluar cenggini |
sapa nak jawab ni? |
lagi satu yang aku musykil, lampiran-lampiran dalam pekeliling tu, lampiran A, lampiran B, lampiran D. mana lampiran C? lampiran C tu pasal apa sebenarnya? kenapa dia tak ada? ada sapa-sapa boleh jawab tak persoalan di minda aku ni?
A B C D E F G...eh? A B D? eh? |
lagi satu, tanggagaji. dulu kan ke JPA ada keluarkan tanggagaji utk SSM tapi untuk yang baru ni, tak de pun ke aku yang tak jumpa? ke lampiran C tu adalah tanggagaji?
aku harap pertemuan CUEPACS dengan PM nanti akan menjawab soalan aku ni. sehingga terjawabnya persoalan aku ni, baru la aku akan membuat keputusan.
arini kata tangguh kan? hummm peninnnn
ReplyDelete