mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 14, 2011

KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM NEGERI SELANGOR
PENYIARAN SALURAN BABY TV PERLU DIKAJI SEMULA

1. Wanita Pertubuhan IKRAM negeri Selangor amat prihatin terhadap pelancaran saluran Baby TV baru-baru ini oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Saluran Baby TV ini disasarkan kepada kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun dan para ibubapa mereka. Program televisyen yang disiarkan dikatakan mampu melahirkan golongan kanak-kanak yang cepat belajar kerana pendedahan kepada perkara asas seperti abjad serta nombor pada usia sebegitu awal.

2. Wanita IKRAM Selangor tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat bahawa kita juga seharusnya mengikut langkah yang diambil oleh negara lain yang telah menggunakan televisyen sebagai kaedah pengajaran untuk kanak-kanak pada usia di bawah dua tahun dengan andaian agar kita tidak ketinggalan.

3. Anak-anak merupakan suatu kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya dan merupakan idaman setiap insan sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran bermaksud:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)

4. Anak-anak juga merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada para ibubapa lantas dijanjikan balasan nikmat yang sangat besar di akhirat kelak seperti dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud:
"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).

5. Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM Selangor berasa bimbang mengenai fenomena ibubapa yang sering menggunakan televisyen untuk mengisi masa kanak-kanak semasa kesibukan ibubapa dengan urusan lain kerana tabiat ini sebenarnya boleh mengundang pelbagai mudarat tanpa disedari. Kita seharusnya lebih berhati-hati dan meneliti sebarang kesan negatif terhadap perkembangan kanak-kanak akibat pendedahan kepada televisyen pada usia yang terlalu awal.

6. Menyedari hakikat bahawa televisyen memberi pelbagai kesan buruk terhadap kanak-kanak, terutama di peringkat bayi, American Academy of Pediatrics (AAP) telah menyarankan agar kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak dibenarkan menonton televisyen manakala kanak-kanak berusia lebih 2 tahun dihadkan menonton televisyen selama 1 hingga 2 jam sehari sahaja.

7. Pelbagai penyelidikan dan statistik telah dikemukakan yang memaparkan tentang impak tabiat menonton televisyen di kalangan anak-anak dan ianya amat merunsingkan. Malahan kajian oleh Dimitri Christakis yang dilaporkan dalam jurnal Acta Paediatrica pada tahun 2009 menunjukkan bahawa tiada sebarang manfaat yang diperolehi bagi kanak-kanak yang menonton televisyen pada usia di bawah dua tahun.

8. Pakar perkembangan kanak-kanak telah menghubungkaitkan menonton televisyen secara berlebihan dengan masalah perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidikan Dimitri Christakis pada tahun 2007 telah melaporkan dalam The Journal of Pediatrics bahawa penayangan DVD atau video kepada bayi seawal umur 8 hingga 16 bulan dikaitkan dengan perkembangan bahasa yang buruk.

9. Masalah perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak turut dilaporkan di Thailand oleh Weerasak Chonchaiya dan rakan-rakan dalam jurnal Acta Paediatrica pada tahun 2008 yang mendapati bahawa kanak-kanak yang mula menonton televisyen pada usia kurang dari 12 bulan selama lebih daripada 2 jam sehari adalah 6 kali ganda lebih cenderung mengalami kelewatan mempelajari bahasa berbanding kanak-kanak normal.

10. Gangguan perkembangan kognitif dan bahasa turut disokong oleh hasil kajian Dr. Suzy Tomopoulos dan rakan-rakan dalam jurnal Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine pada Disember 2010. Seramai 249 dari 259 orang bayi berumur 6 bulan yang didedahkan kepada media melebihi 2 jam sehari dikaitkan dengan tahap perkembangan pembelajaran dan bahasa yang rendah. Pencapaian yang rendah ini tiada kena-mengena langsung dengan bentuk kandungan media yang diberikan kepada mereka.

11. Pendedahan terhadap media pada usia yang terlalu awal juga boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti asma sebagaimana hasil penyelidikan Dr. Andrea Sherriff dan rakan-rakan yang diterbitkan pada tahun 2009 dalam jurnal Thorax. Kanak-kanak yang sihat berumur 3.5 tahun apabila dibenarkan menonton televisyen melebihi 2 jam sehari adalah 2 kali ganda berkemungkinan mengalami asma pada usia 11.5 tahun.

12. Selain dari itu, hasil penyelidikan oleh Frederick Zimmerman dan rakan-rakan dalam jurnal American Journal of Public Health pada tahun 2010 menunjukkan perkaitan antara kandungan televisyen dengan obesiti bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

13. Menonton televisyen merupakan interaksi secara pasif sedangkan pada usia di bawah 2 tahun kanak-kanak seharusnya diberikan interaksi aktif yang penting untuk pembelajaran dan perkembangan otak. Interaksi fizikal dan sosial dengan kanak-kanak sebenarnya membolehkan mereka mendapatkan skil asas dalam pembelajaran dan pembentukan bahasa.

Wanita IKRAM Selangor menyarankan agar:

* Kerajaan mengkaji semula penyiaran saluran Baby TV dengan mendapat maklum balas dari pakar kanak-kanak mengenai manfaat jangka panjang dari menonton televisyen bagi kanak-kanak kecil.

* Malaysian Pediatrics Association memberikan pandangan profesional mereka mengenai penyiaran saluran Baby TV.

* Ibubapa menambahkan pelbagai aktiviti interaktif dengan anak-anak mereka yang tidak dapat diperolehi dari menonton televisyen seperti melakukan aktiviti luar rumah dan menjadikan membaca sebagai aktiviti keluarga.

* Ibubapa berusaha memperbaiki skil keibubapaan dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan bagi memastikan anak-anak menerima rangsangan otak yang positif bersesuaian dengan peringkat usia mereka.

Akhir sekali, Wanita IKRAM Selangor menegaskan bahawa interaksi antara ibubapa dan anak-anak amat penting pada semua peringkat umur, bahkan lebih–lebih lagi di peringkat umur bawah 2 tahun dan sebuah skrin televisyen sama sekali tidak dapat menggantikan tugas penting tersebut.

Prof Madya Dr Roohaida Othman
Ketua Wanita

Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor
019 2225542

kopipes dari sini .

...
kitorg dulu masa kecik2 takde tv pun, tapi alhamdulillah dah besar ni jadi orang semua. kak long dari dulu sampai sekarang takde tv rumah dia, tapi anak-anak dia cerdik pandai belaka.

so, akmal?
tak yah lah ya sayang, mama dan ayah akan ajar akmal, bukan tv yang ajar. kita tengok tv sama-sama, belajar sama-sama :)

3 comments:

  1. kak fiza...masa sy keje dlu afif atif xsuke tgk tv pun.elok je dorg,xde gaduh2...bile dh besar ni dorg mmg kaki tgk tv.tgk cartoon network manjang.dhla cartoon merepek tah pape...tp sy cuba2 tukar channel bermanfaat skit yg sesuai ngn dorg...cane2 pun sy x stuju klu parents bg anak2 tgk mcm2 aznil.adeke ajar anak2 mnari2?

    ReplyDelete
  2. mm tibi mmg byk bagi pengaruh kt budak2 pong...umah pakcik aku ada tibi tp dia mmg kontrol giler anak dia..pandai pon jugak hehe

    ReplyDelete
  3. hajar: rumah kaklong aku, langsung tadek tv.abg din aku (cikgu safyudin) xpenah beli tv dari start diorg kawen sampai sekarang tapi anak2 diorang pandai2 belaka. kagum aku ngn cara kakak aku didik anak dia.

    elly: kan? kecik2 ajar budak tu menari menyanyi tah apa manfaatnya. kena pantau siaran tv ni takut anak2 ter'syok' tengok tv tak peduli hal lain.

    ReplyDelete