Thursday, December 22, 2011
SBPA
ini adalah isu yang paling hangat di musim tengkujuh tahun 2011 bagi kakitangan awam macam aku.
nak cerita, hari ni aku telah pun menerima borang opsyen SBPA ni, menerima borang ya bukan menerima opsyen. jawapan kepada soalan-soalan dalam borang kena kembalikan selewat-lewatnya 3 Januari tahun depan.
off course la benda pertama yang aku tengok ialah gaji. menarik gaji yang ditawarkan berbanding sekarang. alhamdulillah, bersyukur atas rezeki ni.
tapi malangnya bila aku nak bukak pekeliling kat web JPA, kenapa untuk skim perkhidmatan aku iaitu skim perundangan dan kehakiman tak boleh bukak. so cemana aku nak tau dan paham dengan mendalam skim aku dibawah SBPA ni. ini dah kira tak adil dan tak telus nih. kalau dah tamat tempoh nak sign pun still aku tak dapat nak bukak lagi, macamana?
tengok ni, bila aku klik kat perundangan dan kehakiman tu, dia keluar cenggini |
sapa nak jawab ni? |
lagi satu yang aku musykil, lampiran-lampiran dalam pekeliling tu, lampiran A, lampiran B, lampiran D. mana lampiran C? lampiran C tu pasal apa sebenarnya? kenapa dia tak ada? ada sapa-sapa boleh jawab tak persoalan di minda aku ni?
A B C D E F G...eh? A B D? eh? |
lagi satu, tanggagaji. dulu kan ke JPA ada keluarkan tanggagaji utk SSM tapi untuk yang baru ni, tak de pun ke aku yang tak jumpa? ke lampiran C tu adalah tanggagaji?
aku harap pertemuan CUEPACS dengan PM nanti akan menjawab soalan aku ni. sehingga terjawabnya persoalan aku ni, baru la aku akan membuat keputusan.
Wednesday, December 21, 2011
bunga...
bunga |
bunga jugak |
taman bunga |
taman bunga lagi |
erk? |
erkk lagi |
dan erkk jugak |
gambar ehsan google.
ini adalah apa yang bos aku cakap dalam mesyuarat pagi, semalam. "tudung tu plain ke bunga-bunga?kang ada pulang yang pakai taman bunga"
nak gelak kuat2. aku setuju dengan pandangan bos besaq, memang sekarang ada taman bunga di kepala. atau taman bunga bergerak-gerak.
* partly wordless wednesday haha!
Tuesday, December 20, 2011
mimpi ngeriku...
semalam saya bli cheese tart, tempahnya last week tapi semalam baru dapat, berkobar-kobar la nak makan, tapi rasa dia so-so la..saya pernah rasa yang lagi sedap. kata kawan saya, takut nak makan banyak-banyak, nanti gemuk. hehe!sekali ni je kan, lainkali tak beli dah..
balik kerja lak, ayah akmal ajak makan piza. sebenarnya saya yang suggest tu sebab dah lama gila tak makan piza. ''makanan orang gemuk" kata saya. ye lah kan tadi dah makan cheese tart, pastu makan piza melimpah cheese pulak, gemuk la tu.
lepas makan, ayah akmal join geng2 dia main boling, mama melayan akmal yang kejap-kejap teruja tengok orang main, kejap-kejap menangis nak susu. cemana nak susu dalam bowling center tu? haha! buat muka kesian kat kaunter tu cakap "adik boleh tak akak nak tumpang duduk kat tangga dalam ni nak bagi anak akak susu?" hahaha! kisah benar yang berlaku malam tadi.
sampai rumah dalam kul sebelas, buat apa2 yang patut, pastu tidur dan bermimpi berat badan saya telah mendadak naik ke 67 kilogram! giler ngeri mimpi itu. siap nampak muka sendiri dalam bentuk yang gemuk lagi. oh!tuhan, jangan jadikan mimipiku ini suatu kenyataan. Takut!!
Monday, December 19, 2011
kerisauan mama
menjadi seorang emak ni bukan mudah ya wahai anak-anak sekalian...
setiap hari, setiap masa dalam kepala asyik fikir tentang anak, sampai hal bapaknya terjatuh nombor dua, hal diri sendiri lagi la, tak mauk list pun huuu!
sekarang ni kebimbangan saya tentang akmal ialah, siapakah akmal 10 tahun lagi?17 tahun lagi?21 tahun lagi? ya, saya sangat2 bimbang.
di waktu ini saya mengulit dia, memeluk dia, mencium dia, menyusukan dia, menyelimutkan dia, adakah nanti bila dia sudah dewasa dia akan jadi seprti yang saya mahukan atau nanti dia akan melukai perasaan saya dan ayahnya?
ya tuhan, saya memang tak boleh stop from thinking this. bila akmal mula mencampakkan sesuatu sebab dah bosan bermain, saya terfikir adakah begini nanti sikapnya? walhal saya tahu itu normal bagi bayi seusia dia. tapi saya tetap bimbang.
agak-agak mama-mama lain macam saya ke?
akmal, mama mahu akmal jadi anak soleh yang taat pada agama.
Wednesday, December 14, 2011
KENYATAAN MEDIA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM NEGERI SELANGOR
PENYIARAN SALURAN BABY TV PERLU DIKAJI SEMULA
WANITA PERTUBUHAN IKRAM NEGERI SELANGOR
PENYIARAN SALURAN BABY TV PERLU DIKAJI SEMULA
1. Wanita Pertubuhan IKRAM negeri Selangor amat prihatin terhadap pelancaran saluran Baby TV baru-baru ini oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Saluran Baby TV ini disasarkan kepada kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun dan para ibubapa mereka. Program televisyen yang disiarkan dikatakan mampu melahirkan golongan kanak-kanak yang cepat belajar kerana pendedahan kepada perkara asas seperti abjad serta nombor pada usia sebegitu awal.
2. Wanita IKRAM Selangor tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat bahawa kita juga seharusnya mengikut langkah yang diambil oleh negara lain yang telah menggunakan televisyen sebagai kaedah pengajaran untuk kanak-kanak pada usia di bawah dua tahun dengan andaian agar kita tidak ketinggalan.
3. Anak-anak merupakan suatu kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai harganya dan merupakan idaman setiap insan sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran bermaksud:
“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (Surah Al-Furqan 25: Ayat 74)
4. Anak-anak juga merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada para ibubapa lantas dijanjikan balasan nikmat yang sangat besar di akhirat kelak seperti dalam hadith Rasulullah s.a.w. yang membawa maksud:
"Seorang yang mendidik anaknya (dengan baik) adalah lebih baik dari bersedekah dengan secupak". (Diriwayatkan oleh Al-Tirmizi).
5. Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM Selangor berasa bimbang mengenai fenomena ibubapa yang sering menggunakan televisyen untuk mengisi masa kanak-kanak semasa kesibukan ibubapa dengan urusan lain kerana tabiat ini sebenarnya boleh mengundang pelbagai mudarat tanpa disedari. Kita seharusnya lebih berhati-hati dan meneliti sebarang kesan negatif terhadap perkembangan kanak-kanak akibat pendedahan kepada televisyen pada usia yang terlalu awal.
6. Menyedari hakikat bahawa televisyen memberi pelbagai kesan buruk terhadap kanak-kanak, terutama di peringkat bayi, American Academy of Pediatrics (AAP) telah menyarankan agar kanak-kanak di bawah usia 2 tahun tidak dibenarkan menonton televisyen manakala kanak-kanak berusia lebih 2 tahun dihadkan menonton televisyen selama 1 hingga 2 jam sehari sahaja.
7. Pelbagai penyelidikan dan statistik telah dikemukakan yang memaparkan tentang impak tabiat menonton televisyen di kalangan anak-anak dan ianya amat merunsingkan. Malahan kajian oleh Dimitri Christakis yang dilaporkan dalam jurnal Acta Paediatrica pada tahun 2009 menunjukkan bahawa tiada sebarang manfaat yang diperolehi bagi kanak-kanak yang menonton televisyen pada usia di bawah dua tahun.
8. Pakar perkembangan kanak-kanak telah menghubungkaitkan menonton televisyen secara berlebihan dengan masalah perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian yang dijalankan oleh kumpulan penyelidikan Dimitri Christakis pada tahun 2007 telah melaporkan dalam The Journal of Pediatrics bahawa penayangan DVD atau video kepada bayi seawal umur 8 hingga 16 bulan dikaitkan dengan perkembangan bahasa yang buruk.
9. Masalah perkembangan bahasa di kalangan kanak-kanak turut dilaporkan di Thailand oleh Weerasak Chonchaiya dan rakan-rakan dalam jurnal Acta Paediatrica pada tahun 2008 yang mendapati bahawa kanak-kanak yang mula menonton televisyen pada usia kurang dari 12 bulan selama lebih daripada 2 jam sehari adalah 6 kali ganda lebih cenderung mengalami kelewatan mempelajari bahasa berbanding kanak-kanak normal.
10. Gangguan perkembangan kognitif dan bahasa turut disokong oleh hasil kajian Dr. Suzy Tomopoulos dan rakan-rakan dalam jurnal Archives of Pediatrics and Adolescent Medicine pada Disember 2010. Seramai 249 dari 259 orang bayi berumur 6 bulan yang didedahkan kepada media melebihi 2 jam sehari dikaitkan dengan tahap perkembangan pembelajaran dan bahasa yang rendah. Pencapaian yang rendah ini tiada kena-mengena langsung dengan bentuk kandungan media yang diberikan kepada mereka.
11. Pendedahan terhadap media pada usia yang terlalu awal juga boleh dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti asma sebagaimana hasil penyelidikan Dr. Andrea Sherriff dan rakan-rakan yang diterbitkan pada tahun 2009 dalam jurnal Thorax. Kanak-kanak yang sihat berumur 3.5 tahun apabila dibenarkan menonton televisyen melebihi 2 jam sehari adalah 2 kali ganda berkemungkinan mengalami asma pada usia 11.5 tahun.
12. Selain dari itu, hasil penyelidikan oleh Frederick Zimmerman dan rakan-rakan dalam jurnal American Journal of Public Health pada tahun 2010 menunjukkan perkaitan antara kandungan televisyen dengan obesiti bagi kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.
13. Menonton televisyen merupakan interaksi secara pasif sedangkan pada usia di bawah 2 tahun kanak-kanak seharusnya diberikan interaksi aktif yang penting untuk pembelajaran dan perkembangan otak. Interaksi fizikal dan sosial dengan kanak-kanak sebenarnya membolehkan mereka mendapatkan skil asas dalam pembelajaran dan pembentukan bahasa.
Wanita IKRAM Selangor menyarankan agar:
* Kerajaan mengkaji semula penyiaran saluran Baby TV dengan mendapat maklum balas dari pakar kanak-kanak mengenai manfaat jangka panjang dari menonton televisyen bagi kanak-kanak kecil.
* Malaysian Pediatrics Association memberikan pandangan profesional mereka mengenai penyiaran saluran Baby TV.
* Ibubapa menambahkan pelbagai aktiviti interaktif dengan anak-anak mereka yang tidak dapat diperolehi dari menonton televisyen seperti melakukan aktiviti luar rumah dan menjadikan membaca sebagai aktiviti keluarga.
* Ibubapa berusaha memperbaiki skil keibubapaan dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan bagi memastikan anak-anak menerima rangsangan otak yang positif bersesuaian dengan peringkat usia mereka.
Akhir sekali, Wanita IKRAM Selangor menegaskan bahawa interaksi antara ibubapa dan anak-anak amat penting pada semua peringkat umur, bahkan lebih–lebih lagi di peringkat umur bawah 2 tahun dan sebuah skrin televisyen sama sekali tidak dapat menggantikan tugas penting tersebut.
Prof Madya Dr Roohaida Othman
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Negeri Selangor
019 2225542
kopipes dari sini .
...
kitorg dulu masa kecik2 takde tv pun, tapi alhamdulillah dah besar ni jadi orang semua. kak long dari dulu sampai sekarang takde tv rumah dia, tapi anak-anak dia cerdik pandai belaka.
so, akmal?
tak yah lah ya sayang, mama dan ayah akan ajar akmal, bukan tv yang ajar. kita tengok tv sama-sama, belajar sama-sama :)
Friday, December 9, 2011
entry tanpa tajuk sbb aku telupa nak letak then aku edit balik letak tajuk ni
tadi aku baca harga barang kat blog kawan sekolah aku ni and i leave some comment. baca lah sendrik, lupa nak copy nak tepek lak kat sini.
bila aku pikir balik, apa yg aku tulis tu nanti musti ada yang cakap "hang ni banyak komplen tak bersyukur, hang rasa nak murah p la ikut kawan hang tinggal kat jerman tu"
hmmm..walaupun agak defensive tindakan aku ni i.e; belum apa2 dah buat statement of defence, aku tak pedulik lah. aku cuma nak express what is inside my mind. first of all, aku takde sebab nak duduk kat negara lain sebab malaysia ni negara aku, negara mak abah aku, tok nenek aku, tempat aku dipeanakkan aleh mak aku dan tempat aku memberanakkan anak aku. sebagai seorang warganegara, aku berhak untuk berada di sini. ok habis bab ni.
masuk bab komplen. aku komplen sbb aku dok kat sini family aku anak beranak aku semua kat sini dan aku sayang negara ni, sbb tu aku komplen. takkan aku nak komplen pasal negara jerman yang tak de kena mengena ngan aku pulak kan? mesti la aku komplen tentang tempat aku hidup ni sbb aku nak hidup selesa ditempat aku sendiri.
dan pada aku sebagai tanda bersyukur, bukanlah maksudnya kita tak boleh speak up apa2 pun n sentiasa angguk dan setuju saja dalam setiap hal. aku bukan org yang begitu, aku tends to memberontak jugak kalau aku tak setuju. bagi aku org yang berfikiran banyak komplen tanda tak bersyukur tu adalah orang yang kurang darjah kecerdikan mereka. sebabnya- kita berhak untuk dapat yang lebih baik sbb sebenarnya kita iaitu apa yang aku maksudkan negara malaysia dan kerajaan mampu nak beri yang terbaik kepada rakyatnya. tapi kita tak mau pilih nak bagi rakyat bahagia dan senang hati berbelanja maka jadi lah cam sekarang.
aku kerja penat jadi aku nak every single cent yang aku ada worth it. tu sebab aku complain dan comment yang macam kat blog tu.
lagi satu, malam tadi siapa tengok buletin utama sila angkat tangan...tak tengok? rugi la korang..kenapa tak tengok? korang rasa nak termuntah ya dengan berita-berita yang disajikan? hmmm..sama la cam aku, tapi aku tengok jugak la since rumah aku takde astro, nak jimat belanja la tu sebab tak pasang kuali tu kat bumbung. so aku tengok je la tv3. yang aku nak cerita ialah pasal kek yang nak dibagi kepada lim guan eng sempena birthday dia semalam. ape kejadah bagi kek macam tu? beb, kalau macho, bertandinglah di padang yang sama rata. malu la main serang macam budak belum bersunat camtu. tak tercapai akal aku ada orang yang akan buat macam tu. beb, benda yang korang buat tu budak sekolah je la yang buat time april fool. pastu tak dapat nak bagi kat LGE korang pakat2 potong makan sendiri.
satu perkataan je untuk korang- BODOH! show some respect to others la beb. agama dan budaya kita tak mengajar biadap begitu. korang tak terasa ke korang ni memfitnah agama sendiri? dengan apa yang korang buat ni, pagi ni secara otomatik aku jadi malu kerana aku islam, ada orang islam yang begitu hodoh akhlaknya. yang stesen tv pulak buat liputan meluas. maka aku yakin ramai orang akan cakap, lihatlah betapa buruknya agama islam. nasib baik yang dok mengusung 'kek' tu dari segi fizikalnya tak nampak melayu, tapi m star star star star. kalau tak, aku sebagai melayu akan turut malu.
kalau nak tau sapa mereka yang BODOH tu, tanya google. aku tak mau menjadi salah seorang yang mempromosi kebodohan segelintir makhluk dalam agama dan negaraku.
malaysia dah semakin ramai orang gila.
malaysia boleh.
Wednesday, December 7, 2011
cerita kopipes
Bukan fasal politik, tapi baca la kalau tak nak kena sembelih!!
Ni kisah kena sembelih di lebuh raya. Tukang sembelih tak tanya hang parti apa, ugama apa, bangsa apa. Kerja depa hanyalah sembelih kita, la'nat Allah s.w.t. ke atas mereka.
Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.
Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.
Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju
Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.
Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.
Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.
Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."
Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.
Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."
Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.
Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!
Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.
Baru-baru ni, dalam perjalanan dengan kereta pinjam melalui lebuh raya utara selatan nak ke Melaka hantar anak saya mengaji di sana, tiba-tiba temperature kereta naik. Dalam ketakutan dan panik, saya terus berhentikan kereta di tepi jalan - beberapa kilometer sebelum exit Senawang.
Apa aku nak buat, aku bukan reti apa fasal kereta. Saya hanya berharap bantuan pihak PLUS. Tiba-tiba sebuah kereta berhenti, datang dua orang budak muda Hindu memakai uniform yang tertulis Plus Line (kami orang utara kalau India tu kami panggil Hindu). Saya ingat orang PLUSLine.
Saya pun memberi keizinan dia memeriksa kereta pinjam tu. Dia kata kalau repair tak banyak. "RM70 saja," kata dia. Dia kata kereta tu masih boleh dibawa untuk dibaiki. Dalam keadan panik sebab dalam kereta tu juga ada isteri saya, anak saya yang nak balik mengaji ke Melaka dan kakak dia yang juga mengejar waktu sebab dia ada kerja dan lebih dari itu, sebab saya masih menyangka budak-budak Hindu tu dari bantuan PLUSLine macam yang gambar di bawah tu, saya lalu bersetuju
Saya mula terasa saya kena tipu bila saya sampai ke bengkel tu. Di bengkel itu, ada seorang lagi Hindu. Dia check kereta tu, dia kata kena RM250. Saya dah mula rasa mesti saya kena sembelih. Yang saya terasa sangat saya akan kena sembelih ialah apabila mengenangkan uniform yang misleading yang dipakai oleh Hindu-Hindu tu.
Oleh kerana hari dah malam, kami anak beranak balik ke Kuala Lumpur dengan komuter.
Esoknya, bila saya pergi ke bengkel itu balik, sahih la saya kena sembelih. Dalam hati, saya hanya meminta Allah s.w.t. la'natkan Hindu-Hindu tu. Tanya punya tanya, dia mula bohong demi bohong dan mendakwa kos untuk diperbaiki ialah lebih RM2,300. Apa saya nak buat. Bahagian depan kereta tu depa dah barai habis. Saya tak ada pilihan.
Sehari lepas tu bila saya hubungi, Hindu tu kata RM2,500 pulak. Memang kena sembelih. Saya marah setakat boleh kat dia. Takat tu ja la yang saya boleh buat. Kereta tu setan-setan tu dah barai habis. Bila saya kata "awak betul-betul potong kepala", dia jawab, "jangan cakap itu macam la, pacik..."
Saya tulis semua ni supaya orang lain tak kena sembelih seperti saya, tak kira la hampa parti apa pun, bangsa apa pun. Kalau Hindu baca posting ni, jangan tuduh aku racist sebab dok sebut Hindu, Hindu. Dah Hindu yang sembelih aku, aku sebut Hindu la.
Saudara kepada kawan saya kena tipu dengan Cina Muslim bila kereta dia breakdown dekat Tanjung Malim. Saudara kawan saya tu kata kat kawan saya, "insya Allah tak tipu, bengkel tu Cina Muslim punya". Kawan saya jawab, "Cina Muslim ka, Melayu Muslim ka..."
Kepada semua, jangan percaya orang yang pakai uniform Plus Line ka, kepala bapak dia ka melainkan kalau yang nak membantu tu datang menggunakan kereta rasmi PLUS. Bantuan PLUS datang dengan kereta yang ada tulis PLUS macam di atas tu. Saya terlepas pandang benda tu masa tengah panik hari tu.
Dah la kereta pinjam, bila kena sembelih sampai RM2,500, mana aku ada duit. Pinjam lagi. Macam mana nak bayar balik pinjaman tu, sendiri kena fikir la. Mampoih bila kena sembelih lagu tu! Mampoih!
Kalau blogger lain baca posting ni, tolong copy paste dan pakat-pakat bubuh kat blog hampa posting ni supaya orang lain tak kena tipu macam aku.
sumber: sini
Tuesday, December 6, 2011
menghargai semasa ada
aku membaca status kawan2 di laman mukabuku..
aku sayang akmal dan aku sayang keluargaku
aku sayang akmal dan aku sayang keluargaku
rasa hati
apakah rasanya sekiranya apa yang kita ikhlas lakukan untuk orang yang kita sayang disambut dengan reaksi yang langsung kita tak jangka kan?
rasanya seperti ini
dan end up, hati pecah lagi..mals dah nak google gambar.
rasanya seperti ini
seperti kaca terhempas ke batu |
seperti layang-layang terputus tali..tak tau mana nak pegi, mana akan jatuh.. |
Monday, December 5, 2011
puasa oh puasa...
hari ni dah 9 muharram 1433 hijriah. ayoyok puasa tak ganti lagi. malam tadi bercadang nak puasa hari, pagi nak bangun sahur. sekali tunggu punya tunggu punya tunggu apsal alarm tak bunyik2 nih. sekali tengik dah pukul 6.10 daa..nak sahur apa..tak jadi la apa yang dirancang.
haa..ni tak lain tak bukan kerja si tecik cumel ni la ni..malam tadi dia suruh mama cerai2 kan henfon mama, kan dah mama tesalah setting time. huuuu..geyammmnyeeee.....!cium dia kuat2.
insyallah, esok nak puasa. nak bangun bersahur untuk alas perut sebab saya seorg ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, jadi saya perlu makan untuk tenaga dan production. :)
mama love akmal.
* sekadar mencatatkan perkembangan buah hati mama-suka suruh mama dan ayah bukak henfon dan keluarkan bateri untuk akmal pasang balik.
akmal lebih berharga dari segala-galanya.
Thursday, December 1, 2011
sudah satu tahun
hari ini genap setahun akmal menyusu susu ibu secara eksklusif.
ada perkara serius yang hendak mama catatkan di sini. tapi sebelum tu tengok gambar ni dulu.
kenang-kenangan setahun akmal menyusu susu ibu |
close-up |
perjuangan yang bukan mudah bagi mama dan jugak mama2 lain yang bekerja dan menyusu kan anak mereka sepenuhnya dengan susu badan. tapi alhamdulillah, mama berjaya lakukannya sehingga hari ini, sudah setahun. mudah-mudahan ALLAH memberi ganjaran pahala kepada mama dalam setiap titis susu mama yang akmal minum dan mudah-mudahan dengan susu mama akmal akan tumbuh dan membesar sebagai insan yang cemerlang, anak yang soleh dan menyenangkan hati mama dan ayah. itulah hadiah yang paling mama dan ayah harapkan dari akmal.
berbalik pada perkara serius yang mama maksudkan, berlaku pagi tadi. masa akmal dan ayah tidur, mama bangun basuh botol-botol susu akmal untuk kegunaan mama hari ini. mama terkejut dalam tabung merah akmal ada botol orang lain. botolnya sama macam botol akmal tapi mama kenal botol akmal, botol tu memang botol orang lain. hati mama risau! macamana botol tu boleh ada dalam tabung akmal? ada 2 kemungkinan je:
1. cikgu tersalah ambil dari sinki masa nak cepat-cepat kemaskan barang akmal sebab ayah dah datang, jadi cikgu terambil botol orang lain.
2. cikgu memang tersalah ambil susu tu dari peti ais, thaw kan dan bagi akmal susu yang salah dan terus simpan botol kosong tu dalam tabung akmal.
mama sangat takut dengan kemungkinan yang kedua tu. perkara tertukar botol ni dah pernah berlaku dulu. mama pernah tulis dalam blog ni. kali ni terjadi lagi. mama betul-betul risau. mama bagitau ayah macammana kalau anak kita kenyang dengan susu orang lain, atau anak orang lain kenyang dengan susu mama? mama takut sebab melibatkan hukum.
mama serba salah nak bagitau cikgu, mama takut cikgu akmal tersinggung. akmal kat sana, mama takut nanti bila tersinggung, cikgu2 dah tak pedulikan anak mama, atau cikgu2 boleh berbuat apa-apa je pada anak mama since anak mama dibawah jagaan mereka. sudahnya pagi tadi mama tanya cikgu botol tu botol sapa sebab bukan botol akmal. dan mam bagitau cikgu, setiap botol akmal ada tercatat namanya.
tapi mama rasa yang sangat patut disalahkan adalah mama-mama lain yang bagi anak EBM, kenapa tak labelkan nama anak pada botol masing-masing? sedangkan perkara ini sangat dititikberatkan dalam pengendalian EBM. mama pernah tengok dalam peti ais sekolah, ada banyak EBM tapi akmal punya je yang ada label nama. yang lain-lain takde. macamana cikgu nak kenal?bila berlaku kesilapan macam ni, nak salahkan cikgu ke? mungkin cikgu ada sikit kecuaian, tapi kesalahan yang paling besar terletak pada bahu mama-mama yang tak labelkan nama anak pada botol susu masing-masing sebab mereka tidak membantu cikgu-cikgu untuk tidak melakukan kecuaian. mama kecewa sangat-sangat dengan sikap mama-mama lain ini. mama fikir sepatutnya taska menetapkan perkara melabel nama anak pada botol susu sebagai satu peraturan yang wajib dipatuhi oleh mama-mama yang hantar EBM ke taska supaya tak berlaku kesilapan.
ada beberapa cadangan yang mama fikir untuk bawa akmal keluar dari masalah ini. satu, macam yang dicadangkan oleh kawan mama, letakkan susu akmal dalam cooler bag supaya cikgu tak perlu masukkan susu akmal dalam peti ais, jadi risiko tertukar susu dapat dielakkan. mama fikir ini bagus. kedua, mama nak mintak jasa baik kawan mama, ustazah aeshah (umi iman madihah) supaya bercakap dengan pengurusan taska tentang peraturan melabel nama anak pada botol susu memandangkan umi iman madihah lecturer di KIPSAS, jadi dia ada direct connection dengan taska. dan ada jugak cikgu akmal yang merupakan bekas anak didik umi iman madihah. mama harap sangat perkara ini dapat diatasi.
disaat mama samapai ke tarikh genap setahun menyusukan akmal, tiba-tiba dugaan ni muncul. mama rasa macam mahu berhenti kerja dan besarkan akmal sendiri, tapi apakan daya, mama dan ayah banyak komitmen. jadi mama perlu bekerja untuk bantu ayah.
tapi ada sikit kelegaan di hati mama bila mama tengok botol minum akmal penuh susu, maknaya kalau kemungkinan yang kedua tu yang sebenarnya berlaku, akmal tak minum pun susu tu. so akmal selamat. mama harap-harap begitulah. mama betul-betul berdoa supaya akmal tak terminum susu hak orang lain dan orang lain tak terminum susu hak akmal.
pagi tadi berkali-kali mama dan ayah pesan pada akmal, kalau cikgu tersalah bagi akmal susu, akmal bagitau cikgu, akmal jangan minum susu tu. mama yakin akmal tau rasa susu mama dan akmal dapat bezakannya dengan susu orang lain, kan sayang?
anak mama sayang, mama dan ayah sentiasa berdoa untuk kebaikan akmal.
Subscribe to:
Posts (Atom)