ayah, akmal dan mama |
aidilfitri kali ini semua adik2 beradik saya berkumpul kat runah emak, kat jengka 13. alhamdulillah, bersyukur sangat2. seingat saya inilah first time raya kami sempurna dngan kehadiran semua anak, menantu dan cucu Allahyarham Haji Mat bin haji Kusin @ Hambali. meriah! termasuk amal yang dah dua tahun beraya kat perancis, tahun ni dapat beraya kat rumah nenek. mak saya berkali2 sebut - "kalaulah arwah abah masih ada.." rindu emak masih dalam pad arwah abah kami. macam tu jugak kami.
paling suprise bila kak ita, kakak saya nombor dua yang duduk di kelantan buat suprise balik kampung sehari sebelum raya. kelamkabut kami suami isteri cari tulang lembu, nak buat sup untuk berbuka puasa bersama orang jauh. habis sampai bandar pusat, pusing pulak jengka 15 cari tulang, last skali dapat sikit, kat simpang jengka 13. ayah akmal campur dengan daging sebab takut tak cukup. hasilnya petang tu kami berbuka sup tulang air tangan menantu baru emak-ayah akmal lah tu. cayalah ayah kerana berjaya menghasilkan sup tulang yang besh!
bestnya raya..bila kumpul ramai2..akmal dapat banyak duit raya yeay!
kisah baju raya kami..mama ngan ayah pakai baju nikah kami dua tahun lepas hehe!lebih baju mama dulu ada lagi, mama potong buat baju melayu akmal, alhamdulillah, akmal berjaya beraya dengan baju melayu hasil kerja tangan mama yeay lagi!walaupun tak kemas, maklum ler first time buat, tapi mama puas ati. tapi tak sempat jahitkan seluarnya, so rock lah akmal pagi raya paaki baju melayu dengan seluar jeans haha!yang penting baju sama kaler ngan mama dan ayah ok!
pagi raya ayah pergi sembahyang, akmal pulak lepas mandi siap2 pakai baju, tido balik sampai tengahari huuuu..org datang tengok akmal kat buai haha!
alhamdulillah, saya bersyukur kerana berkesempatan meraikan aidilfitri bersama orang2 yang saya sayang :)
maaf zahir batin semua.
No comments:
Post a Comment