wiken yang baru lalu, kami anak beranak balik jengka, menziarahi emak sambil menyambut langtahun kelahiran mak yang je 61. syukur ya Allah kerana emak masih kuat dan sihat. saya berdoa semoga Allah memelihara emak dan memanjangkan usia emak di dalam kebaikan dan kesihatan dan kami adik beradik diberi kesempatan menggembirakan emak.
buat makan2 sikit panggil jiran dekat..kami tiba lambat, makanan sebahagiannya dah siap, tinggal bakar2 je belum. saya naik ke ruang tamu bahagian anjung rumah, untuk menyantuni tetamu2 yang hadir. duduk2 berbual sikit, saya bagi akmal makan. akmal malu2 sambil tanak berganjak sikit pun dari saya. dia takut dua benda kata makcik salmah. satu takut sebab org2 yang ada disekeliling dia tu, dia tak kenal, kedua, takut kena tinggal. haha!saya pun fikir perkara yang sama.
tengah pujuk2 akmal yang kejap2 merengek, pakcik wahab tanya, "dah berapa bulan dah tu?"
saya jawab "9 bulan"
pakcik wahab tanya lagi "oo..lahir bulan 1 aritu ya.."
saya jawab "erk tak lah bulan 11 la.."
pakcik wahab terkejut dengar jawapan. dia tengok saya, "saya ckp balik, 30 haribulan sebelas cik"
pakcik wahab tengok abg din saya dan cuba congak2. akhirnya saya pun rasa macam was-was, betul ke umur anak aku ni 9 bulan? sampai malam dok kira2 dlm kepala.
pagi ni tengok chart dekat blog, betolla, akmal berusia sembilan bulan la.. betul la mama kira...huuu
No comments:
Post a Comment