mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

atemai ku, permata hati mama

lama dah tak tulis pasal permata hati saya ini.
saya sangat rindukan dia, malah semenjak puasa ni, bila saya bangun pagi siapkan sahur, saya akan rasa rindu untuk memeluknya lagi, rindu untuk cium dia, rindu untuk kelebek2 badan dia, kaki dia yang yummy tu...

atemai, aidilfitri ini usianya akan menganjak 9 bulan dua hari.oh anak, sungguh cepat kamu membesar. mama cuba recall memori yang mama alu sejak dari mengandungkan kamu..terlalu cepat masa berlalu.mama rindu kamu. rindu pada gerakan2 dan tendangan2 halus kamu semasa mama mengandungkan kamu. rindu ketika mama muntah setiap hari sewaktu membawa kamu di dalam perut, sehingga ke labour room, rindu tangisan kamu semasa dalam pantang, rindu aksi kamu menggeliat2 untuk membuang..rindu tatkala kamu mula membalas cakap mama-masa tu akmal baru unur 3 bulan, tapi akmal dah pandai bersembang dengan mama.rindu segala2nya tentang kamu.

hari ini pada usia 8 bulan 3 minggu 6 hari, akmal dah pandai macam2.
1. akmal dah pandai ate te te te teh, ammak,macam2 bunyi2 lah akmal buat. mama tak pandai nak eja
2. akmal dah pandai menangis lompat2 dlm walker sebab taknak duduk situ sorang2.mama bukan nak tinggalkan kamu sayang, mama nak masak, tak boleh dukung akmal
3.akmal dah pandai nak mintak dokong dengan ayah
4.akmal dah pandai nak berdiri dalam kereta
5.akmal suka menyusu meniarap!
6.akmal suka kucing!
7.akmal dah pandai panjat2 dan mula 'mengemas' rumah
8.akmal dah pandai menunjukkan perasaan boring!
9.akmal pandai bukak sendiri pintu kereta ayah
10.akmal suka main wiper kereta ayah
11.akmal dah pandai mintak makan
12.akmal dah pandai tata dan geleng kepala
13.akmal jerit kuat2 kalau tak suka satu2 benda.
14.akmal suka dengar azan/mengaji kat tv
15. macam2 lagi akmal pandai buat.tak dapat mama nak senaraikan semua.

melihat akmal membesar depan mata, mama rasa bahagia sangat. tapi kadang2 mama rasa seolah2 mama dalam mimpi...mama sudah punya akmal, harta mama yang paling bernilai.

anak, membesarlah dengan sihat dan pintar.mam akan cuba semampu mama mendidik akmal sebaik2nya supaya nanti akmal menjadi manusia yang taat kepada ALLAH dan Rasul, yang menghormati org tua, yang berbudi bahasa, yang pintang, yang menyenangkan hati sesiapa saja, yang akan menjaga mama dan ayah bila kami sudah tua nanti, yang baik2 sahaja untuk anak mama.

mama sayang akmal.pagi tadi akmal muntah..mama mintak maaf sayang, mungkin sebab mama makan nangka masa berbuka semalam..

akmal, mama sayang akmal.mama tulis ini supaya satu hari nanti akmal boleh baca :)

No comments:

Post a Comment