mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 1, 2011

ramadhan kareem...


alhamdulillah, masih diberi keizinan untuk bertemu lagi dengan ramadhan yg mulia. mudah2 diberi kesempatan untuk mengisi hari2nya dengan penuh takwa dan iman.

selamat berpuasa semua dan selamat menggandakan ibadah kita, insyaallah.

tahun ini tahun pertama berpuasa sebagai ibu. excited sangat :)

tahun ni ayah kena bayar zakat untuk 3orang: ayah, mama dan akmal.

puasa tahun ini dah tentu sangat berbeza terutama dari segi cabaran sbb tahun ini saya ada sikecil yg fully breastfeed. hmm..tahun lepas saya bawa dia didalam perut, tahun ni lebih manis lagi, dia ada disamping saya dan suami.

sangat keletah dan pintar akmal saya.

tahun lepas penat bawa perut, tahun ni tak tau bagaimana, masih sangat awal untuk menilai. tp yg pasti terselit kebimbangan tentang production susu. yer la, kurang makan, mesti ada sikit2 kesan terhadap production kan? tapi saya yakinkan diri bahawa production saya cukup untuk akmal. allah bagi tak lebih dan tak kurang untuk anak saya, cukup2. cuma perlu usaha lebih sikit. saya ada baca2 cari ilmu dan petua yang boleh diamalkn untuk kekalkn production. antaranya makan kurma, minum horlik, saya buat masa sahur tadi. saya juga standby longan kering dan kurma merah pemberian seorang rakan yg juga bf anak dia.sy simpan khusus untuk ramadan ni. saya juga nak cuba susu kambing. harap2 usaha ini berbaloi. demi anak. baru sekarang rasa mcmana mak sayang saya. sayang mak pada anak-takde apa2 condition pun. semoga mak akan terus sihat. terima kasih mak sebab sayang saya.

ok, mari buat kerja. semoga ramadhan ini dapat kita isi dengan sebaik2nya seolah2 kita takkan bertemu lagi ramadhan depan :)

No comments:

Post a Comment