pagi bulan mulia ini ada makhluk tuhan yang membuatkan saya betul2 marah.
saya sedang duduk di penjuru bilik untuk menjalankan tanggungjawab saya kepada akmal. sudah tentu saya kunci pintu bilik saya kerana saya mahukan privacy dan tidak mahu sebarang gangguan. sebab gangguan2 ini akan mengganggu konsentrasi saya dan kesan langsungnya adalah production saya akan berkurangan.
saya tahu saya melakukan 'kerja peribadi' sewaktu sepatutnya saya menjalankan tugasan rasmi saya sebagai pegawai kerajaan. tapi saya tiada pilihan. saya memang tiada apa2 hujah yang mewajarkan saya mencuri 15 hingga 20 minit satu sesi, 2 hingga 3 sesi setiap hari di waktu pejabat kecuali ia adalah keperluan anak saya! dan kamu2 yang lain juga saya percaya ada melakukan 'kerja2 peribadi' masing2 waktu pejabat bukan? jadi sila berkompromi dengan saya.
tidak bolehkah ketuk pintu bilik saya dengan sopan dan sekiranya tiada jawapan tidakkah kamu tahu bahawa sepatutnya kamu tidak perlu cuba membuka pintu bilik saya?tidak kah kamu tahu bahawa kamu perlu kebenaran untuk memasuki bilik seseorang, bukannya beranggapan kamu boleh masuk sesuka hati selepas cuba mengetuk pintunya bagai nak roboh walaupun di pejabat? atau kamu boleh sesuka hati cuba menolak bagai nak tercabut pintu bilik saya?tahukah kamu bahawa semua ini adalah basic rules yang walaupun kamu mungkin takkan jumpa dalam mana2 buku undang-undang pun, tapi saya percaya sebagai human being, sepatutnya kamu tahu atau sekurang-kurangnya pernah diajar tentang rules ini dirumah semasa kamu kecil dahulu!
ya, saya benar2 marah dengan sikap kamu yang mengetuk pintu bilik saya dengan kasar dan cuba masuk ke bilik saya secara paksa sebanyak 2 kali tadi. tolong hormati saya dan harta kerajaan. pintu itu bukan dibuat menggunakan duit kamu sorang tapi guna duit semua pembayar cukai yang lain. tolonglah amalkan kesopanan walau di mana jua kamu berada tak kiralah siapa kamu atau apa kedudukan kamu atau bagaimana keadaan kamu ketika itu.
terima kasih.
budi bahasa budaya kita.
No comments:
Post a Comment