mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 10, 2011

kenangan hari semalam

semalam kete merah abis minyak kat depan opis saya. jam dah kul 5.30.
agk panik, cuba cool down.
cal kengkawan yg blom balik untuk mntak tolong.
last2 pertolongan tiba juga. bli minyak, stat kete, tak idop2 gak.
panik!
cikgu akmal dah kol tanya bila nak ambik akmal coz tinggal dia sorg je kat sekolah.
start lagi xidop lagi.
pegi bli minyak lagi skali.
alhamdulillah naseb baik idop.
fuh..lega makcik.
cikgu akmal kol lagi ckp dia bawak balik akmal kat umah sebab nak siap2 bebuka.
huu..sian anak mama.
kete dah idop dan cakap terimakasih banyak2 pada encik amran yang tolong kami suami isteri dan jugak saudara zul, kami bergegas2 tuju ke kuarters cikgu akmal.
dua kali cikgu dia kol, dngar suara akmal nanges huuuu...sian dia tapi mama masih sempat jahitkan mata lalat kat leher baju melayu akmal sambil tunggu ayah bli minyak.
ayah bawak laju2 mama saspen gila.
"ayah, slow sikit, akmal selamat kat sana" kata mama kepada ayah yang tengah rempit dan cilok.
ayah respon yang agak grrr...
sampai kat guard kolej, kena tahan lak, "nak g kuarters" mama cakap.
ayah cakap apetah kat guard tu.dia bagi kitorang masuk.
kol cikgu akmal dia kata dia ada kat bawah, rumah tingkat 2.
mama gigih2 naik tangga nak ambik akmal, ayah tanak naik sbb dia kata tu tempat pompuan.
sampai umah cikgu, akmal tengah merengek2 cikgu nak bagi makan.
sungguh kesian,nampak mama terus nangis.
mama ambik akmal angkut beg dia, say thanks to cikgu n turun.
kat tangga jumpa dua wanita kecil dalam usia 4 or 5 tahun.dia tegur "eh, cam baby kat sekolah je baby ni" mama senyum dan jawab "memang baby kat sekolah pun". rakan sekolah akmal rupanya.
samapi kat kete mama flat gila.
lembik sangat. kami balik.
tak sempat masak n xlarat masak sebenarnya.
ayah ajak keluar mkn pas maghrib.
mama suh ayah singgah pasar beli kuih ke apa utk alas perut sbb rumah kami tadek ape2 nak makn kecuali kurma dan bubur akmal huuu..
ayah bli murtabak sebijik, mihun sup ngan tiga bijik temosa.
temosa bukan termos musa, tapi sejenis kuih org pahang bentuk cam karipap inti sambal ikan.
kami balik.
mama memang flat.
akmal ajak buat projek dalam bilik.kami lepak sambil tgu waktu bebuka.
ayah goreng roti canai instant ngn daging burger.
ayah tanya "mama ni kenapa" mama jawab "mama xtra penat sbb naik tangga tadi".
serius tau penat giler puasa, pam susu, naik tangga turun tangga, susukan akmal.
huh, lembik.
dkat2 nak bebuka panaskan bubur akmal.
kami bebuka akmal pun makan sekali.
lepas magrib masing2 kepenatan, trus tak keluar.
kurus lagi mama sbb tak makan nasik malam.

sekian kenangan semalam. tiba2 teringat hari tu ayah ada cakap ayah nak kurus jugak. perkataan 'jugak' tu buat mama rasa ayah jeles sbb mama kurus.kan ayah kan?hehe!betul, selepas bersalin saya lebih kurus berbanding dulu2. alhamdulillah.

saya sayang keluarga saya.

No comments:

Post a Comment