"takut sangat nak bagi anak makan, orang dulu2 dalam pantang lagi dah bagi makan"
penahkah anda bedepan dengan situasi cam kat atas tu? huuu..!sila tepuk meja. hmm, sebenarnya banyak lagi ayat2 yang menggugat pendirian ibu2 moden (cewahhh konon!) tentang pemakanan anak@baby yang memegang prinsip 'anak gua kecik lagi, dia cuma perlu susu mak dia ni jeh'. betul tak mak2 moden, anggun dan bekerjaya sekelian? kalau setuju sila tepuk meja kerja anda sekali lagi yeay!
pasal situasi cam kat atas tu, tanak ah citer tapi saya nak share tentang pasaipa kita selaku mak2 moden, anggun dan bekerjaya takbleh bagi anak kita makan before dia umur 6 bulan?
#1. nanti baby cepat kenyang, akibatnya dia akan kurang menyusu
#2. ginjal dan sistem penghadaman dia belum matang, so baby mungkin terdedah kepada alahan, sembelit, cirit birit even worst-najis berdarah..so sedih dan kesian
sebenarnya susu ibu adalah makanan terbaik untuk baby dibawah enam bulan. ALLAH dah jadikan susu ibu lengkap dengan nutrisi terbaik buat anak, sebab tu ditakdirkan susu tu jadi makanan untuk anak. dan jugak perkembangan sains semasa menunjukkan bahawa baby bawah 6bulan tak perlu apa2 makanan@minuman tambahan selain dari susu ibu, walaupun air masak. ya, air masak.
hari ni saya dapat ilmu baru kerana rajin menggodek internet. kajian di John Hopkins Children’s Center di Baltimore, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pemberian air yang banyak kepada bayi akan menyebabkan penyahtoksinan (intoxication) yang akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan natrium akibat terlebih cairan. kehilangan natrium akan mengganggu aktiviti otak. terlalu banyak air jugak boleh menyebabkan keracunan air. haa..boleh gugel sendiri kat intenet, banyak kisah2 keperluan air ni.
hmm, rupa2nya selama ni saya telah melakukan kesalahan!ya, saya bagi akmal minum sambil makan. walaupun hati ragu2, tapi bagi jugak. lepas ni tak bagi dah. cuma bagi kalau nampak dia macam tak tercekik sebab kepekatan bubur je. sian akmal.
No comments:
Post a Comment