Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu pada waktu kecil adalah seperti memahat batu, sedangkan perumpamaan mempelajari ilmu ketika dewasa adalah seperti menulis di atas air.(HR ath-Thabrani dari Abu Darda’ ra.).
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailami dan Hakim).
kedua2 hadith ini saya ambil dari internet.
---------------------------
saya sangat bercita2 mahu mengajar alquran seawal mungkin kepada tecik saya. dan saya masih berdoa dan berharap mudah2an saya diberi peluang untuk menghadiri kursus tentang cara mengajar alquran kepada bayi. dah ada beberapa tarikh tapi belum dapat green lite ayah akmal lagi. harap2 ada rezeki nanti selepas beberapa urusan penting lain selesai.bukan hal anak ni tak penting, tapi sbb sekarang tengah kesibukan yang amat sangat nak pindah rumah, nak uruskan hal2 saman trafik dan renewal roadtax entah segala bagai hal perundangan yang memenatkan (rasa nak cabar je saman trafik tu ngeee!) macam2 lagi lah, so buat masa ni tak sempat lagi nampaknya..
saya ada baca..anak yang diajar alquran pada awal usianya, akan dapat mengatasi masalah pelat sebab bila ajar quran kita kena ajar betul2 sebutan makhrajnya.so secara tak langsung sebutan anak akan betul dan tak pelat lagi.
cabaran nak mengajar @ mendidik anak ni tentulah banyak, betul tak? hmm...akan tetapi bagi saya cabaran terbesar bukanlah akmal tu tapi mak nya nih..selalu je dilanda penyakit M star star star S tuh.. adoii...
harap2 saya akan beroleh kerajinan dan semangat dalam hal mendidik amanah ALLAH ni. dan mendapat sokongan padu dari si ayah.
;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment