dalam kepala terfikir macam2 benda..
mau jadi fultime housewife, masak, basuh kain, kemas rumah, jaga anak, ajar anak mengaji, hantar anak sekolah, macam2...tapi boleh dapat duit yang sama dengan gaji bulanan sekarang. cemana ya?
bukan tak bersyukur, tapi mahu hidup yg lebih berkualiti disamping suami dan anak. kehidupan sekarang terlalu berkejar dengan masa rasanya ATAU saya yang gagal mengurus masa dengan baik? kadang-kadang saya kelelahan, ralat pun iya jugak...sebab sangat kurang masa bersama keluarga. ni baru akmal sorang, kalau akmal ada adik nanti tak tau la cemana..saya harap sangat saya tak perlu berjauhan dengan suami. kakitangan awam kan...tertakluk kepada arahan bertukar bila2 masa je. tengok rakan sekerja lain yang berjauhan dengan pasangan, hoh!sangat mencabar. saya sendiri pun penah rasa dulu, di awal perkahwinan. masa tu ayah akmal researcher di MPOB. saya di sini, dia di kluang. tiap2 minggu balik. travelling cost, sewa rumah lagik macam2 la. tapi alhamdulillah, rezeki kami, bila saya disahkan pregnant, ayah akmal dapat offer kerja sekarang, dan alhamdulillah penempatannya di kuantan. so tamatlah era PJJ kitorg. tapi tak tau lah sampai bila kan...harap2 itu je lah sekali era PJJ dalam kehidupan kami.
saya mahu kehidupan yang bahagia di samping suami dan anak serta kaum keluarga kami. family first
No comments:
Post a Comment