mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 13, 2011

dapat adiah yeye!

waahh..!gua dapat adiah dari german beb...jangan tak caya hehe! lewat perantaraan internet ku kirimkan ucapan tengkiu with love kepadamu siti hajar. ngeh3! (bila gelak ngeh2! ni aku tingat pada anak buah aku yg tngah stadi kat france, anak cikgu safyudin).

meh tunjuk sikit hadiah itu..hehe
so, makne kate kene buat karangan lah ni ye? tujuh perkara yang orang tak tau tentang saya ialah...

1. saya lemah bab2 mengarang ni. ni menung panjang nak tulis apa haha!

2. asal saya selangor.kompem ramai tak tau nih. lagi ramai tak tau saya campur banjar + jawa. mak saya orang banjar berasal dari sabak bernam selangor. arwah abah orang jawa asal dari sungai dusun selangor jugak. tapi bila org tanya saya org mana kadang2 saya jawab "orang sini jek, org jengka. tp origin saya selangor". hasben saya cakap saya org pahang sebab lahir kat pahang. sepertimana siti hajar, saya pun tak pandai cakap pahang tapi sekali sekala bila dah dok kuantan ni pandai la ajuk2 sket hehe!

3. saya pun sensitip gak hal2 famili ni. ada 3 org dlm famili saya yang betul2 buat saya meleleh air mata bila teringatkan mereka iaitu mak saya sebab dia mak yg besarkan saya dan adik beradik lain dengan sabar dan tabah, tanpa abah. ranjau yang mak lalu dalam membesarkan kami bukan sikit. banyak dan macam2. saya sudah sebak sekarang. tp mak berjaya, tahniah mak dan terima kasih sebab mak bertahan demi anak2. pastu arwah abah saya. abah pergi masa saya umur 5 tahun. tak sempat nak manja sangat. ALLAH sayang abah lebih dari kami sayang abah. sampai sekarang saya sangat rindu abah dan selalu cuba ingat memori saya dengan abah. ada satu kenangan yang saya ingat saya pergi beraya dan balik dari raya tu saya lintas longkang yang ada semak2 sikit. rantai leher saya terjatuh dan hilang. tapi malangnya saya tak ingat adakah waktu itu saya beraya dengan abah atau abg din (cikgu safyudin). sekali sekala saya terasa seolah2 kenangan ini satu mimpi. sampai sekarang saya masih cuba recall kenangan ini-mimpi or reality dan siapakah lelaki yang saya ikut itu. orang yang berikutnya adalah abang saya. namanya mohd zaki. saya jugak amat sayangkan dia. selepas abah pergi, abng saya berhenti sekolah sebab dia rasa dia perlu bertanggungjawab terhadap mak dan keluarga memandangkan dia satu2nya anak lelaki yang besar.masa tu dia sepatutnya sekolah form 3. tapi, walaupun dia tak sekolah tinggi macam adik2 dia, alhamdulillah sekarang dia berjaya dalam kehidupannya. ALLAH bless u abang nanang, becoz of your sacrify. sebaknya saya..

4. masa sekolah sampai masuk u saya tak penah declare saya anak yatim sebab dulu masa tadika, kawan2 ejek saya sbb saya menangis masa abah meninggal. tu memang saya kesal sbb bagi saya cikgu tadika saya gagal menunjuk ajar murid2 supaya jangan ejek org sebab efek dia sampai masuk u pun saya rasa rendah diri sebab ejekan bebudak yg hampeh tu.aku benci kenangan itu dan jugak kenangan ustaz basib/k masa kat smajp dulu masa dia sebut "ooh.. awak ni anak yatim la..". benci!

5. dah 2 kali saya tidur kat opis  baru ni time keje sebab ngantuk sangat haha! kompem org tak tau sebab saya ada port tersembunyi.

6. saya suka pakai selipar. masa kelas civil trial and advocacy LLB hons dulu saya pernah terkantoi ngn lecturer g klas kat moot court pakai selipar haha!

7. saya tak suka ulat gonggok sebab saya pernah termimpi ulat gonggok menghurung saya.sungguh seram.

okeh sekian karangan saya tapi saya nak tambah satu lagi..iaitu saya tadek org nak di tag sebabnye..saya tak follow publicly blog sapa2 pun.kang tag org tak tau lak sapa hehe!


2 comments:

  1. karangan yg menyentuh hati..aku pon penah tak suka sorang cikgu sek rendah sbb banyak ngat kenangan tak bes dgn dia..nasib baik dia tak ngajar aku so kira ok la kot hahaha

    ReplyDelete
  2. ko tau hajar aku sekolah tadika 6 bulan jek sbb aku slalu kene ejek.kejam nye dunia pada masa tu.nasib aku pandai gak walaupun tak grad tadika heheh!ha ni satu lagi nih benda yg org tak tau.kira yag bukan adik beradik aku, ko ngn hasben aku je la tau rasia ni heeee~masa skola rendah pun aku rasa cikgu2 tak penah pun marah org yg ejek aku.donia ini unfair!oh kau kijam!kijam!kijammmm!

    ReplyDelete