i just love to share my experience on breastfeeding :D.
entri ini khas untuk kawan saya masa blajaq LLB honours dulu iaitu encik shah wira dan isterinya. tak sempat kenal lagi ngn wife dia tapi dah friend dlm fesbuk :) pasangan ini baru menimang cahaya mata yang kiut.
semalam saya dapat mesej panjang lebar daripada kawan saya ni. tapi xsempat nak jawab sbb semalam kelamkabut melayan si tecik yg menangis tak benti2 kat sekolah sampai cikgu dia cal tak tau nak buat ape. akhirnya mama half day je keje smlm,petang layan akmal. akmal naik kete je terus lompat2 happy. tak suka g school ye sayang?jangan la camtu..
disini saya titipkan sdikit panduan yang boleh dikongsi bersama. yang baik dan applicable, bolehlah diamalkan sama-sama, mana2 yang kurang, mungkin nanti boleh sama2 tambah sebab matlamatnya adalah mahukan yang terbaik untuk tecik2 kita yg comel hoho!saya sangat menyokong breastfeeding.
first and foremost, haruslah diingat bahawa susu yang terbaik untuk anak kita adalah susu ibu. tak kira baby premature ataupun tak. percayalah khasiat yang telah ALLAH SWT jadikan dlm susu ibu adalah cukup dan memadai untuk baby. baby tak perlu apa2 susu tambahan pun sbb semuanya dah ALLAH bagi melalui emaknya.
saya pernah bersembang dengan seseorang macam ni lebih kurang:
seseorang itu: "aku bagi anak aku susu tin, lena dia tidur. susu badan tak cukup, sikit2 nanges nak susu. lepas bagi nak lagi. dia tak kenyang"
saya: "erk?!"
satu fakta yang saya rasa ramai ibu2 tak tau atau pun tau tapi tak mau percaya adalah bayi yang minum susu ibu cepat lapar sebab susu ibu mudah di hadam. sebab tu baby cepat buang dan cepat lapar balik. berbanding dengan susu formula, lambat hadam tu yang kadang2 baby sembelit dan kembung. betul tak pakar laktasi sekalian? hehe..!
okeh sekarang kita masuk bab simpan susu iaitu pokok persoalan kawan saya. kebiasaan saya ialah menyimpan stok susu mengikut keperluan sekali minum tecik saya. tentang kuantiti susu yang nak disimpan ni memang pening n xtau nak buat cemane bg first time mom and dad. perkara yg sama berlaku kepada saya, selepas banyak bertanya dan melalui hari2 breastfeeding, akhirnya saya tau bnyak mana tecik saya perlu untuk satu feeding session.
awal2 dulu saya simpan stok 2oz per bottle but then bila nampak tak cukup saya up kepada 3 oz, xcukup lagi saya up pada 4oz,baru cukup.tu pun kadang2 xcukup jugak. kuat betol tecik saya nih menyusu. so sekarang saya akan simpan stok 4oz x 4botpl sehari = 16oz sehari sebab akmal akan minum banyak ni sehari. untuk dapatkan 16oz sehari, saya kena adakan 2 sesi pengepaman di ofis.
dan memang baby kadang2 tak abiskan terus susu tu sekali minum. cam akmal dia minum benti jap dan minum lagi.
saya start simpan stok susu seminggu sebelum start kerja, tu pun ada dlm 20 oz je simpan, rasa rugi jugak tak kumpul sebanyak mungkin masa pantang dulu.tp alhamdulillah as time goes by, kerajinan mengepam bertambah, saya dapat meningkatkan stok ebm untuk akmal.sekarang dah ada dlm 30 lebih botol 3 or 4oz. tp sekarang ati bimbang sebab puasa dah dekat, takut production kurang lak nanti huuu..
tentang pemanasan susu, dulu2 saya buang lepas 2jam akmal minum, tak abis.tapi since kawan saya ada ckp "selagi ko rasa susu tu ok, then ok nak bg baby,ikot naluri ko" pandangan ini ada betulnya saya rasa sebab org yg lebih tau tentang apa yg terbaik utk baby adalah emaknya.so kalau naluri mak rasa tak confident, buang saja susu tu, thaw yang lain. tapi saya gunakan pandangan kawan saya ni as guideline untuk tau susu tu ok lagi ke tak. cuma biasanya kalau dah lebih 3 jam, saya buang je.
pengalaman saya, saya pernah biarkan sikit susu dalam suhu bilik selama 2-3 hari untuk tau cemana rupa susu yang rosak. tp amazingly, susu ibu sangat lambat nak rosak, sebab seharian saya biarkan dia masih dalam rupa asal. saya juga pernah rasa sikit susu juz to know dia punya rasa dan bau so that nanti kita akan dapat kenalpasti cemana rupa susu rosak dengan lebih mudah.tip ni saya dapat dari internet tapi tak ingat kat blog mana.
simpan dan labelkan susu. apa yang saya buat ialah tulis nama akmal dan ayahnya sbb kat sekolah dia ada gak budak nama akmal.dulu saya tulis 'akmal amir' tapi since kat sekolah dia da jugak budak yang nama akmal berbinkan amir so sya tulis 'akmal amir dzulfadli' supaya tak tertukar akmal nanti hehe! tulis tarikh dan waktu susu tersebut dipam@simpan tapi biasa saya tulis tarikh 21/7/2011 (1) so maknanya botol ni adalah botol terawal yang saya pam pada tarikh tu. nanti nak guna, ambik susu yang paling lama dibekukan i.e. longest first. camtu lah basic dia.
lagi ape yek?
saya lapa. nak makan lah nanti saya sambung. cau cin cau...
assalamualaikum dan doakan saya dapat meneruskan bf si tecik saya sehingga dia berusia 2 tahun. semoga pembaca2 (mode ramai pembaca hehe!) juga berjaya dalam misi bf masing2.
lapar kriut kriut perut.
Weh fiza xde org komen ke..ni meh aku komen..aku nk stat pam ni tp kerani bank aku lak tgh rehat ni..
ReplyDeleteala..aku low profile haha!
ReplyDelete