mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 9, 2011

tonsil beliau bengkak

semalam mama dan ayah bawa akmal ke klinik ondeway back from ofis. memula ingat nak makan sebab masing2 lapar. pas magrib baru kuar balik bawak si tecik tu g klinik. sekali kedai makan yang dihajati oleh ayah tutup lak. mama suggest makan kat area - restoren dekat ngn rumah kami. sekali area pun tutup. owner buat korban kot tu sbb kedai tak bukak lagi. so ayah decide nak bawak akmal terus g klinik. kami ke klinik syed badaruddin, dekat ngn umak gak. isk!ramai org la pulak. tunggu punya tunggu punya tunggu, akmal suka2 tengok bebudak kat situ main2 sampai dia nangis either becoz of boring or lapar, akhirnya sampailah turn dia. akmal sungguh berbudi bahasa dan berakhlak mulia sewaktu dirawat oleh doktor. bagus nak mama :) senyum dan dok diam je masa doktor check dia. especially masa doc 'tembak' telinga dia untuk check temperature hehe! doc dah check itu ini and ask mama few questions, then dia bagitau "TONSIL DIA MERAH DAN BENGKAK"

tanjat boboi mama!doc kata ianya berpunca dari jangkitan kuman. mama tanya lagi sebab apa doc cakap sebab jangkitan kuman la sambil senyum2 sambil berkata di dalam hati "isk tak paham lagi ke" (ni mama assume je berdasarkan daripada cara dia senyum). mama cakap mama tau jangkitan kuman tapi kuman dari mana, punca dia dapat jangkitan kuman tu. then baru la doc explain, mungkin dari udara dimana terdapat org sekeliling dia yang selsema or batuk. ok then baru mama satisfied. bukannya apa, bebaru ni anak one of my ofismate ada infection kat paru. doc dia cakap sebab kebersihan. maksudnya dia termakan benda tak bersih - either makanan yg tercemar or bekas makanan yg tercemar. lama weh warded. that's why mama tanya banyak kat doc semalam coz mama takut the same thing happen to akmal. alhamdullilah bukan kes yang sama.

doc bagi ubat demam yg perlu consume sekiranya perlu, antibiotik yang perlu dihabiskan dalam tempoh 5 hari dan jugak garam untuk diminum in case akmal termuntah to replace body fluid yang hilang.

sian anak mama. patutla makan sikit akmal kuarkan semula, rupanya akmal sakit tekak. tapi sbb akmal tak tunjukkan tanda2 cam sakit, akmal stil activ main, so mama tak terfikir pun yang akmal sebenarnya sakit. mama cuma terfikir yang akmal tak selera makan bubur sbb mungkin dah jemu dengan rasa bubur tu. sangat tak alert mama nih! kalau tak disebabkan akmal merengek2 tak leh minum susu, mungkin sampai hari ni mama tak bawak akmal jumpa doc. 

sampai rumah, akmal susu sikit, ayah bagi antibiotik ngn ubt demam sbb badan ada rasa panas sikit. pastu alhmdulillah akmal boleh susu. tetapinya, lepas susu akmal terus muntah banyak. 3kali akmal muntah mlm tadi. dan malam tadi akmal minum air garam guna botol. comel sangat :) tapi akmal hero, dah termuntah 3 kali pun akmal tetap main cam biasa. anak mama kuat. hehe!

malam tadi akmal tido lena dan menyusu extra banyak sebab tekak dah ok sikit kot and lapar becoz dah termuntah 3 kali. pagi tadi ondeway g skolah akmal makan abis sekeping biskut meri. lapar. sian dia. harap2 hari ni dia dah boleh makan dan minum cam biasa. risau jugak lagi2 pagi tadi cikgu dia bagitau ada 5 org budak kat sekolah kena sakit kuku tangan dan mulut. seramnya. mudah2an ALLAH lindungi akmal dari terkena jangkitan apa2 begitu jugak baby2 lain.

mama sayang akmal.

panjang rupanya entry ni.

No comments:

Post a Comment