ini sepatutnya entry semalam tapi tak sempat nak disiapkan.so sambung hari ini...
esok anak mama dan ayah akan berusia satu tahun, alhamdulillah...mama berdoa mudah2an anak mama sentiasa sihat, membesar dengan bijak dan jadi anak yg soleh.
mama jugak doa agar mama dan ayah sentiasa sihat supaya dapat besarkan akmal dengan baik.
tahun lepas pada tarikh hari ini, mama sudah berada di hospital.
tarikh jangkaan bersalin mama adalah 4 disember 2010, tapi akmal nak keluar cepat sangat, tak sabar nak jumpa mama dan ayah ye sayang...hehe!mama g hospital 2kali. first pegi doktor suruh balik sebab belum sampai masa. second time pegi baru masuk wad risiko rendah- sebab mama seorg yg sihat sepanjang tempoh mengandung, alhamdulillah, cuma ada 2kali kena minum air gula sbb berat terlebih walaupun hari2 muntah tiap2 kali makan samapi dalam wad besalin pun boleh muntah lagi huuu, doktor takut diabetes dan jugak hb rendah sikit. lain2 semua ok.
tunggu punya tunggu punya tunggu dari lepas zohor membawa ke asar, bawak ke magrib dan isyak,tak kuar2 jugak, akhirnya doc pindahkan mama ke wad risiko tinggi sebab masa tu jantung akmal dah mula bergerak agak pelahan. mama ingat lagi nurse usung mama guna stretcher dalam hujan renyai2.
dah masuk wad tu, bersama ayah (thanks ayah for all the support) dari isyak mama tunggu anak mama kuar, org lain dah berapa banyak keluar masuk tapi mama masih menunggu. sampai subuh-akmal lahir je terus azan subuh. alhamdulillah. dengan berat 3.39kg (berat tul anak mama walaupun masa scan 8 bulan pregnancy doc estimate berat akmal cuma 2.1 kg) alhamdulillah, syukur pada ALLAH berjam2 mama cuba, akhirnya akmal selamat keluar cuma akmal tak nangis-hampir lemas sbb mama dah kehabisan tenaga nak teran akmal dek kerana terlalu lama dalam wad dan tak dibenarkan makan dan minum.
nurse cuma tunjukkan akmal sekejap je kat mama utk tgk lelaki ke permpuan dan ayah pun tak sempat tgk sangat, nurse gegas2 bawa akmal ke NICU untuk bagi akmal oksigen. sebab tu lah mama tak dapat bagi akmal susu ibu dihari pertama kelahirannya.
banyak lagi kejadian2 yang jadi kenangan mama sepanjang mengandungkan dan dalam proses nak melahirkan akmal. antaranya yang paling mama ingat ialah:
1. doktor yang menyambut kelahiran mama dan jugak nurse nya sekali tak settle kan mama tapi sebaliknya pegi balik rumah solat (katanya) mandi dan tukar baju sambung esok pagi pulak. boleh camtu?
2. dah pagi akhirnya doctor lain yang settle kan mama. nasib baik mama tak dapat sebarang infection
3. mama muntah start dari seminggu selepas disahkan pregnant sampai dalam wad bersalin. setiap kali makan, mama akan muntah.
4. ayah selalu marah mama bila mama asyik muntah."tahan" kata ayah. ayh, sebenarnya mama tak tau macamana perasan nak termuntah tu boleh datang, jadi mama tak boleh tahan atau elakkannya. bila dia datang, mmg makanan akn secara otomatik keluar. mama x boleh tahan.
5. di awal kandungan mama cuma boleh makan jambu batu sahaja tanpa muntah.
6. mama minum susu anmum materna, tapi jadi gemuk. nurse suruh stop dan ambik kalsium dalam bentuk tablet. bila dah stop, terbukti mmg susu tu yg buat mama terlebih berat.
7. mama kena minum air gula dua kali gara2 berat terlebih.
8. kaki selalu sangat cramp tgh2 malam, ayah jadi mangsa tukang urut.
9. mama decide nak fully breastfeed akamal seawal bulan kedua pregnancy dan tekad tu masih kuat sampai sekarag. alhamdulillah, esok cukup setahun mama breastfeed akmal.
10. masa kandungan 7bulan, mama dan ayah accident di lebuhraya pantai timur, dekat ngan exit maran. masa tu bulan puasa, nak ke putrajaya. mama ada meeting di NRE. ayah cuti untuk temankan mama (thanks ayah). bertolak sebelum sahur konon2nya nak sahur dalam perjalanan. kereta ayah terlanggat kayu besar kat tengah jalan-mungkin terjatuh dari treler, rim kereta ayah pecah, kereta tak boleh jalan dan kene towing sampai tol chenor. dari situ, call towing insurans, tow pulak sampai temerloh. ganti tayar dan rim...huuu...terbang bajet duit raya anak2 buah@sepupu2 akmal.
11. mama tinggal puasa 2 hari. satu sbb kepenatan masa kes accident tu, satu lagi sbb lapar sangat dan nampak kuih raya kat depan mata.tp dua2 dah ganti.
12. antara pilihan nama akmal adalah ali dan azim. mama tanak nama panjang2, tak suka.
13. kali pertama tgk akmal, mama sangat terkejut-"subhanallah, comel dan gebunya anak mama"
14. mama duduk sehari dkt post natal ward tanpa akmal sbb masa tu akmal di NICU.
15. mama dan akmal duduk dalam wad kanak2 selama 6hari sbb doctor pantau kesihatan akmal-sel darah putih tinggi so kena ambil antibiotik dalam jangkamasa 5 hari. baby lain dalam wad tu semua kena tahan sbb jaundice, akmal je sebab lain. alhamdulillah akmal sihat.
16. banyak lagi mama tak larat nak tulis. nanti mama sambung.
MAMA TULIS NI KHAS UNTUK AKMAL. INILAH KENANGAN MAMA SEMASA MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN AKMAL. SEMOGA JADI ANAK SOLEH DAN BERBAKTI KEPADA MAMA DAN AYAH BILA MAMA DAN AYAH TUA NANTI. MAMA SAYANG AKMAL SELALU.
No comments:
Post a Comment