mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 30, 2011

akmal sudah besar!

SELAMAT HARI LAHIR ANAK MAMA DAN AYAH !

HARI INI, 30 NOVEMBER 2011 MUHAMMAD AKMAL BERUSIA SATU TAHUN. ALHAMDULILLAH... 

printscreen-simpan untuk tatapan hari tua hehe!

close-up ticker





sehari sebelum...

ini sepatutnya entry semalam tapi tak sempat nak disiapkan.so sambung hari ini...

esok anak mama dan ayah akan berusia satu tahun, alhamdulillah...mama berdoa mudah2an anak mama sentiasa sihat, membesar dengan bijak dan jadi anak yg soleh.

mama jugak doa agar mama dan ayah sentiasa sihat supaya dapat besarkan akmal dengan baik.

tahun lepas pada tarikh hari ini, mama sudah berada di hospital.

tarikh jangkaan bersalin mama adalah 4 disember 2010, tapi akmal nak keluar cepat sangat, tak sabar nak jumpa mama dan ayah ye sayang...hehe!mama g hospital 2kali. first pegi doktor suruh balik sebab belum sampai masa. second time pegi baru masuk wad risiko rendah- sebab mama seorg yg sihat sepanjang tempoh mengandung, alhamdulillah, cuma ada 2kali kena minum air gula sbb berat terlebih walaupun hari2 muntah tiap2 kali makan samapi dalam wad besalin pun boleh muntah lagi huuu, doktor takut diabetes dan jugak hb rendah sikit. lain2 semua ok.

tunggu punya tunggu punya tunggu dari lepas zohor membawa ke asar, bawak ke magrib dan isyak,tak kuar2 jugak, akhirnya doc pindahkan mama ke wad risiko tinggi sebab masa tu jantung akmal dah mula bergerak agak pelahan. mama ingat lagi nurse usung mama guna stretcher dalam hujan renyai2.

dah masuk wad tu, bersama ayah (thanks ayah for all the support) dari isyak mama tunggu anak mama kuar, org lain dah berapa banyak keluar masuk tapi mama masih menunggu. sampai subuh-akmal lahir je terus azan subuh. alhamdulillah. dengan berat 3.39kg (berat tul anak mama walaupun masa scan 8 bulan pregnancy doc estimate berat akmal cuma 2.1 kg) alhamdulillah, syukur pada ALLAH berjam2 mama cuba, akhirnya akmal selamat keluar cuma akmal tak nangis-hampir lemas sbb mama dah kehabisan tenaga nak teran akmal dek kerana terlalu lama dalam wad dan tak dibenarkan makan dan minum.

nurse cuma tunjukkan akmal sekejap je kat mama utk tgk lelaki ke permpuan dan ayah pun tak sempat tgk sangat, nurse gegas2 bawa akmal ke NICU untuk bagi akmal oksigen. sebab tu lah mama tak dapat bagi akmal susu ibu dihari pertama kelahirannya.

banyak lagi kejadian2 yang jadi kenangan mama sepanjang mengandungkan dan dalam proses nak melahirkan akmal. antaranya yang paling mama ingat ialah:

1. doktor yang menyambut kelahiran mama dan jugak nurse nya sekali tak settle kan mama tapi sebaliknya pegi balik rumah solat (katanya) mandi dan tukar baju sambung esok pagi pulak. boleh camtu?

2. dah pagi akhirnya doctor lain yang settle kan mama. nasib baik mama tak dapat sebarang infection 

3. mama muntah start dari seminggu selepas disahkan pregnant sampai dalam wad bersalin. setiap kali makan, mama akan muntah.
4. ayah selalu marah mama bila mama asyik muntah."tahan" kata ayah. ayh, sebenarnya mama tak tau macamana perasan nak termuntah tu boleh datang, jadi mama tak boleh tahan atau elakkannya. bila dia datang, mmg makanan akn secara otomatik keluar. mama x boleh tahan.

5. di awal kandungan mama cuma boleh makan jambu batu sahaja tanpa muntah.

6. mama minum susu anmum materna, tapi jadi gemuk. nurse suruh stop dan ambik kalsium dalam bentuk tablet. bila dah stop, terbukti mmg susu tu yg buat mama terlebih berat.

7. mama kena minum air gula dua kali gara2 berat terlebih.

8. kaki selalu sangat cramp tgh2 malam, ayah jadi mangsa tukang urut.

9. mama decide nak fully breastfeed akamal seawal bulan kedua pregnancy dan tekad tu masih kuat sampai sekarag. alhamdulillah, esok cukup setahun mama breastfeed akmal.

10. masa kandungan 7bulan, mama dan ayah accident di lebuhraya pantai timur, dekat ngan exit maran. masa tu bulan puasa, nak ke putrajaya. mama ada meeting di NRE. ayah cuti untuk temankan mama (thanks ayah). bertolak sebelum sahur konon2nya nak sahur dalam perjalanan. kereta ayah terlanggat kayu besar kat tengah jalan-mungkin terjatuh dari treler, rim kereta ayah pecah, kereta tak boleh jalan dan kene towing sampai tol chenor. dari situ, call towing insurans, tow pulak sampai temerloh. ganti tayar dan rim...huuu...terbang bajet duit raya anak2 buah@sepupu2 akmal.

11. mama tinggal puasa 2 hari. satu sbb kepenatan masa kes accident tu, satu lagi sbb lapar sangat dan nampak kuih raya kat depan mata.tp dua2 dah ganti.

12. antara pilihan nama akmal adalah ali dan azim. mama tanak nama panjang2, tak suka.

13. kali pertama tgk akmal, mama sangat terkejut-"subhanallah, comel dan gebunya anak mama"

14. mama duduk sehari dkt post natal ward tanpa akmal sbb masa tu akmal di NICU. 

15. mama dan akmal duduk dalam wad kanak2 selama 6hari sbb doctor pantau kesihatan akmal-sel darah putih tinggi so kena ambil antibiotik dalam jangkamasa 5 hari. baby lain dalam wad tu semua kena tahan sbb jaundice, akmal je sebab lain. alhamdulillah akmal sihat.

16. banyak lagi mama tak larat nak tulis. nanti mama sambung.

MAMA TULIS NI KHAS UNTUK AKMAL. INILAH KENANGAN MAMA SEMASA MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN AKMAL. SEMOGA JADI ANAK SOLEH DAN BERBAKTI KEPADA MAMA DAN AYAH BILA MAMA DAN AYAH TUA NANTI. MAMA SAYANG AKMAL SELALU.

Wednesday, November 23, 2011

sudah tua kah?

nak citer pasal cuti2 @ CH.

first of all, ayah akmal ada seminar.and as i've mentioned in the previous entry, saya apply cuti untuk ikut dan semua kos kami tanggung sendiri. sebab tu saya panggil dia cuti.

okeh masuk bab yang nak diceritakan. malam tadi saya tak boleh tido.serius punya tak boleh tidur. satu sebab sejuk gegegek..mmg sejuk la wa cakap luu.. dua sbb ujan dan skrg musim banjir. kepala teringat rumah mak kat jengka 13. banjir ke?mata pejam, terfikir lg, kang aku nak balik ada tanah runtuh tak?kalau ada cemana..terfikir lagi kot2 hotel ni runtuh..ayookkk..mmg banyak fikir macam org tua sangat sudehhh! angin kuat pun boleh terfikir cemana kalau hotel ni tetumbang?hoh

Friday, November 18, 2011

coti2 malaysia

jom coti hehe!

21-24 hb ni rencana kami anak beranak adalah bercoti di cameron highlands. coti?huhu! coti la sebab dah mintak coti kat bos, dah approved pun walaupun hakikatnya ayah akmal ada seminar kat sana. tapi mama nak ikut jugak haha! jadilah kan?

harap dan doa segalanya berjalan dengan lancar dan baik2 sahaja. insyaallah.

Thursday, November 17, 2011

duit

kuih makin kecik, makin nipis. harga barang makin naik, duit makin sikit. oh!malaysiaku

Wednesday, November 16, 2011

muhammad akmal sudah menghampiri ulangtahun kelahirannya yang pertama

artikel ini saya copy dan paste dari SINI

sangat bagus dan berguna. alhamdulillah, akmal membesar secara normal. cuma saya dan suami nampaknya tak boleh bertangguh lagi untuk mengemaskan bilik akmal dan menyiapkannya supaya ianya sesuai dengan dunia akmal yang sedang aktif meneroka. 

dan jugak akmal perlu lebih buku yang colourful also flash card. banyak masa yang kami kena fokus pada dia, jadi mama sangat berharap ayah memberi kerjasama sepenuhnya sebab sekiranya kita terlepas waktu ini, kita dah tak boleh ulangi lagi.

sebagaimana kita bekerjasama untuk mendapatkan akmal, macam tu la jugak kita perlu bekerjasama untuk membesarkan dan mendidiknya :)

mari kita baca sama2 ya.

Perkembangan bayi anda semasa usia 11 bulan


Berdikari secara fizikal

Sekarang, cuma tinggal satu bulan saja sebelum harijadi pertama bayi anda dan anda harus sedar yang dia bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa anda. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikarinya kian meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Dia mungkin boleh berjalan dengan memegang tangan anda dan dia akan mengulurkan lengan atau kakinya untuk membantu anda memakaikan pakaiannya. Pada waktu makan, dia mungkin boleh memegang cawan dan minum sendiri (walaupun sesetengah kanak-kanak tidak boleh membuat ini untuk beberapa bulan lagi) dan boleh menyuap dan menghabiskan makanannya dengan sendiri.

Apa yang menarik ialah, apabila anak anda pandai memegang cawan dan minum sendiri, masa inilah anda mesti belajar bagaimana nak mengelak, sebab sudah tentu dia akan melontarkan saja cawan itu apabila selesai walaupun ada kalanya dia meletakkan cawan secara lembut. Dia juga akan menjatuhkan objek dengan sengaja untuk dikutip oleh orang lain, barangkali mengharapkan anda juga.

Buku untuk si pembaca kecil

Bayi anda seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Dia juga akan mempunyai buku kegemarannya yang dia akan mahu mengulangi berulang-kali.

Membentuk peribadinya sendiri

Pada usia ini, bayi anda mula menjadi asertif dengan adik-beradiknya dan mula menyertai permainan secara selari – bermain hanya di sampingan (tetapi bukan bersama) kanak-kanak yang lain. Dia juga akan memilih sesuatu selimut atau anak patung lembut sebagai objek sekuriti untuk mendampinginya.

Tiba masanya untuk menetapkan batasan

Bayi anda mungkin sudah boleh memahami arahan mudah dan dengan sengaja akan memilih untuk tidak mendengar cakap anda apabila anda mengatakan “tak boleh.” (Untuk menegaskan ungkapan tersebut, hanya gunakannya untuk perkara-perkara yang betul-betul merbahaya.) Walaupun pada keesokan harinya, bayi anda tidak akan ingat lagi apa yang anda katakan pada hari ini, namun, bukanlah terlalu awal untuk anda menetapkan batasan-batasan dan mula mengajarnya apa yang betul dan apa yang tidak.

Anda bukannya bersikap kejam jika anda tidak membenarkannya makan satu keping kek lagi; anda hanya menetapkan batasan. Jika dia menarik ekor anak kucing, alihkan tangannya, pandang mukanya dengan serius dan katakan, “Jangan, itu menyakitkan kucing.” Kemudian, ambil tangannya dan tunjuklah dia bagaimana untuk membelai kucing dengan lembut. Dia lebih suka meneroka daripada mendengar amaran anda, jadi anda mesti bijak mencari jalan untuk melindungi dan mengajarnya. Apa yang anda terlihat seakan-akan bantahan, sebenarnya bukan begitu; ia hanyalah perasaan semulajadinya untuk mengetahui bagaimana dunia sekelilingnya bergerak dan wujud.

Bercakap tak terhingga

Bunyi-bunyi perkataan dan bunyi yang mirip perkataan akan diungkapkan oleh bayi anda – dan digunakan secara bermakna. Apabila lobus frontal otak bayi anda bertumbesar, serentak dengan keupayaan kognitif tinggi seperti penaakulan dan pertuturan, adalah baik jika anda dapat menggalakkan minatnya terhadap bahasa dengan mendengar bersungguh-sungguh dan membalas kata-kata dan celotehnya. Interaksi seperti ini adalah penting untuk membiasakannya dengan komunikasi dua hala. Bermain permainan bertepuk-tepuk tangan, contohnya patta-cake dan permainan sekejap-nampak, sekejap-tidak atau peek-a-boo akan membantunya menajamkan daya ingatannya.

Pada usia ini, bayi anda mungkin boleh mengajuk bunyi perkatan serta infleksi bunyi dan juga tingkah-laku tertentu. Dia juga mungkin boleh mematuhi arahan mudah seperti "Tolong ambilkan saya bola itu" atau "Angkat sudu itu." Bantu dia belajar dengan memberi arahan secara mudah, langkah demi langkah supaya senang diikuti.

Hargailah masa yang singkat tetapi istimewa ini, iaitu semasa kemahiran komunikasi bayi anda sedang berkembang. Ini boleh dikatakan kebolehan yang paling penting yang diperolehi olehnya.

Adakah bayi saya membesar dengan normal?

Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda - jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan menilai pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menentukan pencapaiannya sewajarnya.

Monday, November 14, 2011

akibat suka bertangguh.

hari yang baik. ;-)

senyummmm...

alhamdulillah..

pagi tadi ayah lupa pakai tali pinggang. masa kat sekolah akmal, mama perasan n mama tegur, bagitu ayah. ayah cakap, " ha ni la akibat selalu bertangguh. tadi ingat dah nak ambik belt dah buat benda lain lupa lak.."

kami bersembang2 dan bergurau senda sambil gelak2, akhirnya sampailah ke opis mama. mama turun kereta, ambik handbag sambil borak2 lagi ngn ayah dan terus menuju ke pintu utama opis, tetiba rasa ringan je. naseb baik ayah belum keluar lagi, beg susu tertinggal...huuu..ini gak akibat suka bertangguh. sembang sangat sampai telupa beg susu. sampaia terantuk2 kepala nak ambik beg huhu!

Thursday, November 10, 2011

mama rindu akmal yang mama sayang
saya bersedih lagi. hati yang hancur. entah bila akan sembuh lukanya. saya betul2 sedih. saya hilang diri saya sendiri. cuma demi akmal, saya cuba bina kekuatan walaupun ianya sangat rapuh dan mudah runtuh. hati menangis menangis dan menangis.

saya sedih dan saya tidak berpura2.

Wednesday, November 9, 2011

tonsil beliau bengkak

semalam mama dan ayah bawa akmal ke klinik ondeway back from ofis. memula ingat nak makan sebab masing2 lapar. pas magrib baru kuar balik bawak si tecik tu g klinik. sekali kedai makan yang dihajati oleh ayah tutup lak. mama suggest makan kat area - restoren dekat ngn rumah kami. sekali area pun tutup. owner buat korban kot tu sbb kedai tak bukak lagi. so ayah decide nak bawak akmal terus g klinik. kami ke klinik syed badaruddin, dekat ngn umak gak. isk!ramai org la pulak. tunggu punya tunggu punya tunggu, akmal suka2 tengok bebudak kat situ main2 sampai dia nangis either becoz of boring or lapar, akhirnya sampailah turn dia. akmal sungguh berbudi bahasa dan berakhlak mulia sewaktu dirawat oleh doktor. bagus nak mama :) senyum dan dok diam je masa doktor check dia. especially masa doc 'tembak' telinga dia untuk check temperature hehe! doc dah check itu ini and ask mama few questions, then dia bagitau "TONSIL DIA MERAH DAN BENGKAK"

tanjat boboi mama!doc kata ianya berpunca dari jangkitan kuman. mama tanya lagi sebab apa doc cakap sebab jangkitan kuman la sambil senyum2 sambil berkata di dalam hati "isk tak paham lagi ke" (ni mama assume je berdasarkan daripada cara dia senyum). mama cakap mama tau jangkitan kuman tapi kuman dari mana, punca dia dapat jangkitan kuman tu. then baru la doc explain, mungkin dari udara dimana terdapat org sekeliling dia yang selsema or batuk. ok then baru mama satisfied. bukannya apa, bebaru ni anak one of my ofismate ada infection kat paru. doc dia cakap sebab kebersihan. maksudnya dia termakan benda tak bersih - either makanan yg tercemar or bekas makanan yg tercemar. lama weh warded. that's why mama tanya banyak kat doc semalam coz mama takut the same thing happen to akmal. alhamdullilah bukan kes yang sama.

doc bagi ubat demam yg perlu consume sekiranya perlu, antibiotik yang perlu dihabiskan dalam tempoh 5 hari dan jugak garam untuk diminum in case akmal termuntah to replace body fluid yang hilang.

sian anak mama. patutla makan sikit akmal kuarkan semula, rupanya akmal sakit tekak. tapi sbb akmal tak tunjukkan tanda2 cam sakit, akmal stil activ main, so mama tak terfikir pun yang akmal sebenarnya sakit. mama cuma terfikir yang akmal tak selera makan bubur sbb mungkin dah jemu dengan rasa bubur tu. sangat tak alert mama nih! kalau tak disebabkan akmal merengek2 tak leh minum susu, mungkin sampai hari ni mama tak bawak akmal jumpa doc. 

sampai rumah, akmal susu sikit, ayah bagi antibiotik ngn ubt demam sbb badan ada rasa panas sikit. pastu alhmdulillah akmal boleh susu. tetapinya, lepas susu akmal terus muntah banyak. 3kali akmal muntah mlm tadi. dan malam tadi akmal minum air garam guna botol. comel sangat :) tapi akmal hero, dah termuntah 3 kali pun akmal tetap main cam biasa. anak mama kuat. hehe!

malam tadi akmal tido lena dan menyusu extra banyak sebab tekak dah ok sikit kot and lapar becoz dah termuntah 3 kali. pagi tadi ondeway g skolah akmal makan abis sekeping biskut meri. lapar. sian dia. harap2 hari ni dia dah boleh makan dan minum cam biasa. risau jugak lagi2 pagi tadi cikgu dia bagitau ada 5 org budak kat sekolah kena sakit kuku tangan dan mulut. seramnya. mudah2an ALLAH lindungi akmal dari terkena jangkitan apa2 begitu jugak baby2 lain.

mama sayang akmal.

panjang rupanya entry ni.

Tuesday, November 8, 2011

biarlah!biarlah!

biarlah apa yg mereka mahu kata atau fikirkan kerana kita tahu dan ALLAH tahu apa yang kita buat tidak langsung melanggar syariat.

kalau mereka ditempat kita, mereka juga pasti berbuat sama macam kita.

makanan akmal

akmal oh akmal...mama risau la sayang, dah 2-3 ari akmal tanak makan sangat. masuk 4-5 sudu makan akmal dah kuarkan semula. dah tanak telan..makan bubur camtu, makan nestum camtu..akmal nak makan ape sayang? huuu... risaunya hati mama :(

tambah2 risau malam tadi akmal tanak susu sangat. nanges2 je tiap kali nak susu, macam sakit mulut. tapi mama tgk mulut akmal tadek pape pun. sian anak mama.

pagi ni akmal bangun awal. kul 6.30 dah nanges sbb takleh nak susu, mama bangunkan akmal. mandi dan siap2. akmal merengek2 lagi, mama bgi susu akmal tanak. last2 akmal tertidur duduk sambil peluk mama on the way g sekolah tadi. sian anak mama sangat2. cepat sembuh ya sayang. walaupun mama tak tau kat mana sakitnya akmal, apa yg sakit, mama tetap doakan akmal sembuh, sihat dan ceria. petang ni mama ajak ayah bawa akmal g klinik.

mama dan ayah sayang akmal sangat.

Friday, November 4, 2011

catatan akmal

akmal dah pandai macam-macam.
dah pandai geleng kepala kalau taknak. kalau dulu bila org zikir, akmal geleng2. sekarang kalau bagi makan, dah kenyang akmal pun pandai geleng, maksudnya akmal dah taknak makan kalau mama paksa jugak kompem akmal nangis. kalau tanak amek gambar pun akmal geleng kepala.

ni gamba pagi tadi. akmal dah siap mandi nak g sekolah. main kettle, xjadi nak nangis sbb terjumpa 'mainan' baru hehe!*
ni gamba mama suruh akmal senyum tapi akmal geleng2 taknak *
akmal jugak pandai senyum bila orang cakap senyum.
akmal dah pandai bagi barang pada mama dan ayah.
akmal dah pandai sayang mama dan ayah bila ayah cakap "akmal sayang ayah sini" :)
akmal dah pandai dengar arahan mama.
akmal dah pandai sebut "ayah"
macam2 lagi akmal dah pandai. alhamdulillah.
mama dan ayah sangat sayangkan akmal

* harini akmal pergi sekolah pakai baju baru :)

mama tulis ini supaya nanti bila akmal besar, akmal dapat baca

catatan perkembangan-perkembangan muhammad akmal bin amir dzulfadli

pagi2 nak g sekolah. peluk mama kuat2 :)
sonok nak makan ayam pici-pici
first time ikut ayah poyong rambut - "hii org ni buat apa kat ayah atemai ni..?

 akmal suka sbb ayah menang bowling



Wednesday, November 2, 2011

hari ini...

angin tak brapa bagus.  mood ke laut. baguih dok ado!

Tuhanku, aku bermohon kepada Mu, kurniakan aku kesabaran yang tiada batasnya.

aku bukan sekadar berdoa disini. ini adalah doaku sedari malam tadi, subuh tadi dan insyaallah seterus2nya. aku mahu jadi sabar dan penuh bertenaga menjalani kehidupanku. menjiwai watakku dan perananku sebagai hamba, sebagai isteri, sebagai mama, sebagai anak, sebagai pekerja, sebagai rakan, sebagai jiran, sebagai manusia. tidak kira apa sahaja yang mendatangi aku, merintangi perjalananku, aku mahu jadi sabar melaluinya dan aku mahu kuat menghadapinya.

duhai hati, sabarlah! usah berduka

Tuesday, November 1, 2011

doa

ini untuk panduan kita-mama, ayah, akmal, adik2 akmal (insyaallah) dan para pembaca yang tersinggah disini. saya simpan disini supaya mudah dirujuk dan dibaca serta di amalkan.

1. DOA BANYAKKAN SUSU


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

* saya harap sangat saya dapat consistent mengamalkan doa ini :)


2. DOA PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI.

saya pernah buat entri pasal doa ini. baca sini

ini doanya:


1 . Taa Haa
2. Kami tidak menurunkan ALQuran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. hanya untuk menjadi peringatan kepada orang-orang yang takutyang melanggar perintah ALLAH
4. Alquran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi
5. iaitu ALLAH Ar RAHMAN yang bersemayam di atas Arasy


bacaan untuk anak/suami yang degil tidak mahu solat - baca 3 kali, hembus pada hidung anak/suami semasa mereka sedang menarik nafas dalam tidur yang nyenyak. lakukan 7 malam.

3. DOA MELINDUNGI DIRI DARI SIHIR TAFRIQ (PEMISAH IKATAN SUAMI ISTERI/IKATAN PERSAHABATAN/IKATAN ADIK BERADIK.
 
kita semua tak mungkin terlepas dari pelbagai dugaan. di saat umur sudah semakin lanjut, siapa sangaka ALLAH mungkin menduga kita dengan ujian yang kita tak pernah terfikir-disihir orang. nauzubillah, mudah2an kita dilindungi. dunia semakin moden, tapi manusia yang berkawan dengan syaitan tidak pernah hilang dari hatinya perasaan hasad dan dengki dengan manusia lain. 

doanya:
surah albaqarah ayat 102

maksudnya:

mereka (membelakangkan kitab ALLAh) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan menasihati nya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanya cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau kafir (dengan mempelajarinya). dalampada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua:ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin ALLAH dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfat kepada mereka dan demi sesungguhnya (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. demi sesungguhnya amat buruk apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

4. DOA UNTUK PERLINDUNGAN DARI TERKENA SEBARANG SIHIR TERNASUK SIHIR TAFRIQ

a. surah al an'am ayat 61

maksudnya:

dan Dialah yang berkuasa atas sekelian hambaNYA dan Dia mengutuskan kepadamu pengwal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehngga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang diantara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat) itu tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya).

b. surah Hud ayat 57
maksudnya:

Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu apa (amanat) yang aku diutus (untuk menyampaikan)nya kepadamu. Dan Rabbku akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain (dari) kamu; dan kamu tidak dapat membuat mudharat kepada-Nya sedikitpun. Sesungguhnya Rabbku Maha Pemelihara segala sesuatu. 

c. surah al A'raf
maksudnya:

maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa) dan batallah (sihir) yang mereka lakukan.
baca semuanya selepas tiap2 solat fardu. mudah2an kita dilindungi ALLAH dari kejahatan jin dan manusia.