mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, September 23, 2011

rogol?2 tahun?

pagi tadi ondeway g keje cam biasa dengar sinar. berita radio cakap budak dua tahun dirogol dirumah pengasuh. speechless. nak cakap ape ek? org kah yg merogol?atau binatang atau lagi tepat dajal? kenapa sekarang ini manusia semakin hilang pertimbangan?iman mukan semakin menipis tapi takde langsung.

sudahlah merogol, mangsanya pula bayi umur 2 tahun. ya allah, perogol ini memang dajal. 

sampai ofis, saya cuba gugel, ada berita..ibu mangsa ambil mangsa dari rumah pengasuh. mngsa mengadu sakit di bahagian sulitnya. bila si ibu periksa, tengok ada bengkak dan bawa ke hospital. pemeriksaan doktor mengesahkan ada kesan kemasukan objek keras dan tumpul. ada penetration. laporan polis dibuat. apa yang pelik, dirumah pengasuh semuanya perempuan. so polis tak tolak kemungkinan mangsa dan si dajal itu saling mengenali.

kesiannya budak itu, ibunya, ayahnya, keluarganya..kalau kejadian tu benar2 berlaku di rumah pengasuh, pengasuh tak tau ke?atau pengasuh tak mengasuh?

semoga ALLAH memberi hukuman setimpal kepada dajal itu dan keluarga mangsa mendapat pembelaan sewajarnya. simpati dan doa saya untuk mereka. mudah2an ALLAH lindungi anak2 kita, diri kita dan kaum wanita kita.

Thursday, September 22, 2011

entri untuk ayah

ayah,
mama wish you a very good luck for your public speaking presentation esok. mama ngan akmal akan doa untuk ayah :).

l.o.v.e

ayah, selamat hari lahir

esok besday ayah tapi ayah is away from us for 2 weeks..komitmen kerja kan..mama sangat teringin mahu berikan ayah hadiah. tapi mama tak tau nak bagi apa sebab ayah penah cakap kalu nak beli ape2 untuk ayah, minta persetujuan ayah dulu. sbb nanti kalau ayah tak berkenan, ayah takut mama kecik ati bila ayah tak guna pun apa yang mama bagi..

selamat hari lahir ayah..mama wish in advance. mama doakan ayah panjang umur, sentiasa sihat dan gembira. mama sayang ayah.
mama fikir2 mahu hadiahkan ayah apa..tapi akhirnya mama decide, mama mahu jadi isteri yang terbaik untuk ayah sebab mama fikir itu adalah hadiah yang ayah takkan tolak. mama berdoa mudah2an ALLAH mempermudahkan jalan mama. Dengan bimbingan, dorongan, doa dan kata2 yang baik dari ayah, mudah2an mama dapat hadiahkan itu kepada ayah.

mama sayang ayah dan keluarga kita.

mama dan akmal. we LOVE u ayah




ayah- sentiasa dihati kami

Tuesday, September 20, 2011

how is our people attitude?

kang if aku guna pekataan2 yang perlu sensor, ada plak yg cakap "kurang ajar" tapi aku tak paham mentaliti/atitude sesetengah daripada org kita. ko nampak tak kat parking lot tu ada tulis PUU besar gabak? tak nampak? perlu magnifying glass? ke nak kena letak kon kat situ?please la do respect others' right. parking tu opis dah khas kan untuk PUU ok, boleh tak park kat parking lot yang bukan sape2 punya? adakah sbb ko nampak parking tu kosong ko boleh sesuka hati park kat situ?ko tau tak cemana menyirapnya hati aku tadi bila aku balik opis tengok parking aku ada org ambik and aku round satu smpai parking belakang semua parking penuh? depan kantin tu punya banyak parking apsal ko tanak parking situ?panas tanak jalan jauh eh?

and ko tak say sory pun masa ko alihkan kete ko tadi. ko memang jenis tak reti respek org! eloknye tadi aku tak yah tinggal phone number bia ko gelabah cari tuan kete yng block kete ko. baru fair perasaan menyirap dia kan?

kali ni aku betul2 hangin!

tak tau nak letak tajuk ape...

prod macam veri low la sekarang. plus penat. plus dah tak menentu time amek ubat plus dah lma tak mnum horlik plus dah lama asek mnum ais...plus risau lagi sbb prod menurun...hadoi..

risau sangat :(

Monday, September 19, 2011

hapdet

nenong!nenong!nenong!

jam dah pukul 4.10 pm. oh!tekak begitu dahaga.

ku berdiri di dinding kaca, disebalik tirai, ku jengah kebawah,

kereta tersebut masih ada di situ.

oh! tuannye tak perasaan rupanya nota ku huuuu..

(ala..korang jgn ingat gua xbleh tolerate lak sbb sebok update pasal parking ni kan..gua ok je cuma kena parking jauh sikit *sebenarnya aku teringin nak parking kat tempat sendiri huuuu! sedeyyyy)
gambarajah parking lot di opis gua. PUU tu merujuk kepada parking yang dah dikhaskan untuk gua.

dah lama tak drive,so parking asik kosong. tp biasanya ada orang cal if nak park kat situ tanya "puan nak guna parking tak?"

gua pun jawab "eh, tak lah, guna la..." (sopan sangat)

arini drive dari lepar tadi jam 730 am, lepas golek2 sikit ngan akmal, sampai opis kul lapan suku. erk?siapa parking tempat gua ni? leceh tul la.. gua hon kuat2 walaupun tadek org. musti akak kat blkg tu cakap "ape ke hei nye lah org depan ni hon depan opis"

haa.. kan dah nak kena cari parking lain. gua dengan beg pam besar bagak, kene terjun dari tempat tinggi lak sebab situ je parking yang dekah. yang arkitek buat opis ni pun satu, buat parking tinggi takde tangga.gila tak mesra pengguna.

sampai dalam terus cakap kat org kaunter, buat announcement sikit, mintak kete no CB* **** alihkan kete, saya nak parking la. gua pun naik atas dengan hati berkobar2 nak dengar announcement dibuat. sekali alahai, bunyi announcement macam cakap dalam kelambu. hoh!ape la opis baru nih banyak sungguh yang nak kena kompelin.

gua turun g cafe jap tadi gua tepek stick on note kat cermin depan kete tersebut "MINTA MAAF, TOLONG ALIH KERETA, SAYA NAK PARKING" sangat sopan nota gua terhadap si empunya kereta itu. tapi hasilnya dah sampai tengahari ni, kereta tersebut masih belom dialihkan...apekah ini?oh..pliss..

Wednesday, September 14, 2011

mama yindu atemai

itu je nak cakap

exco meeting @ PTG

hari ni exco meeting di jalankan di PTG. opis baru kannn...tapi rasanya ini adalah satu taktik yang baik untuk mendapat bajet bagi keperluan2 opis baru hehe!mane tau kot2 setelah melihat sendiri keadaan opis, tetiba dato' seri mb ckp "bagi la PTG duit buat beli meja baru.." hehe!tak pasal boleh la gua claim meja besar sikit ngan meja komputer baru, ganti yang dah terpatah masa pindah aritu kannn..

hari ni saya jadi liaison officer untuk yb penasihat undang2 negeri a.k.a bos gua lah. dan ada sesi gambar2 semua officer PTG. 

so sepanjang miting ni berlangsung saya kena stanby kot2 yb PUN nak g toilet ka, solat ka...kene usher. hmm..xpelah, semol de mater hehe!tapi saya tgu kat bilik saya je sambil2 buat kerja, sambil tgu arahan seterusnya dari 'runner' hehe!

okeh, kisah selanjutnya ialah pasal semalam. semalam saya dan ayah akmal berempit ke jengka ambik kereta saya @ kereta adik saya?entahla..dua2pun boleh..saya isi borg kebenaran keluar untuk jam 2-5pm. alhamdulillah, pukul 1 keluar, singgah temerloh patah balik jengka, balik opis semula. sempat dilakukan dalam waktu yg dirancang. saya sampai jam 4.55 pm terus gegas2 g bilik bos sebab masa kat jengka bos cari.mayb bos tak perasan borng keluar saya. sekali saya tengok borg saya dah ditandatangan oleh bos. timakasih bos, bagi saya keluar, kalo tak tak pasal2 kena cootii lagik..

kisahnya, dah lama tak drive dan masih belum berjaya mendrive si merah, maka hubby buat keputusan supaya saya 'pinjam' kete kecik saya tu sepanjang tempoh beliau berkursus. so semalam berdebar gak nak drive setelah setahun lebih saya bersara dari arena perempitan di jalanan haha! rasa saspen gak bila bertembung kete lain dijalan yang sempit. dalam kepala rasa "eh!muat tak aku nak lalu nih" haha! mode bawak kete besar.

smlm akmal tgu saya kat rumah. ayah dia cakap akmal balik je diam je, bawak masuk rumah pun diam je..tapi matanya mencari2.ayah kata dia cari mama. bila mama takde, dah lama sikit akmal nangis. ayah pujuk bawak keluar pun nangis. saya sampai je akmal macm pelik.."mama naik kete lain.." sian akmal. mama terus ambik, peluk cium dan bawak masuk bilik. kami jalankan projek kami haha!akmal rindu mama. 

pagi ni ayah anta akmal mama ikot belakang. akmal nanges tanak ddk dalam carseat..oh sayang, mama sayang kamu tapi mama tak berupaya nak sentiasa bersama kamu walaupun itu adalah sesuatu yang mama sentiasa harapkan..mama rindu atemai yang dah pandai memanjat.
cinta mama dan ayah
rasa nak pelok je pc ni sebab akmal ada kat sini ;) 

Monday, September 12, 2011

anak saya sembilan bulan

wiken yang baru lalu, kami anak beranak balik jengka, menziarahi emak sambil menyambut langtahun kelahiran mak yang je 61. syukur ya Allah kerana emak masih kuat dan sihat. saya berdoa semoga Allah memelihara emak dan memanjangkan usia emak di dalam kebaikan dan kesihatan dan kami adik beradik diberi kesempatan menggembirakan emak.

buat makan2 sikit panggil jiran dekat..kami tiba lambat, makanan sebahagiannya dah siap, tinggal bakar2 je belum. saya naik ke ruang tamu bahagian anjung rumah, untuk menyantuni tetamu2 yang hadir. duduk2 berbual sikit, saya bagi akmal makan. akmal malu2 sambil tanak berganjak sikit pun dari saya. dia takut dua benda kata makcik salmah. satu takut sebab org2 yang ada disekeliling dia tu, dia tak kenal, kedua, takut kena tinggal. haha!saya pun fikir perkara yang sama.

tengah pujuk2 akmal yang kejap2 merengek, pakcik wahab tanya, "dah berapa bulan dah tu?"
saya jawab "9 bulan"
pakcik wahab tanya lagi "oo..lahir bulan 1 aritu ya.."
saya jawab "erk tak lah bulan 11 la.."
pakcik wahab terkejut dengar jawapan. dia tengok saya, "saya ckp balik, 30 haribulan sebelas cik"
pakcik wahab tengok abg din saya dan cuba congak2. akhirnya saya pun rasa macam was-was, betul ke umur anak aku ni 9 bulan? sampai malam dok kira2 dlm kepala.
pagi ni tengok chart dekat blog, betolla, akmal berusia sembilan bulan la.. betul la mama kira...huuu

Thursday, September 8, 2011

makan makan makan...

gua lapar dong...bila la cafe nak bukak..amat bermasalah bagi ibu2 seperti saya bekerja di tempat yg tadek tempat makan. macam penafian terhadap hak asasi pulak...kan?

oh perut bersabarlah kamu...

nak citer pasal muhammad akmal. dia demam.dah beberapa hari dia demam. dari sebelum raya demam, baik demam lagik, baik lagik, demam lagik plus selsema tak baik2. semalam suhu dia naik sampai 39'c. siap termuntah-muntah lagi. sepanjang malam dia tido melekap dengan mamanya. kejap2 bangun nak mama peluk.sangat kesian..lepas kelamkabut akmal muntah sambil berperasaan berbelah bahagi nak pergi kerja ke taknak, kitorg decide nak bawa dia ke klinik semula walaupun ubt dia sebelum raya hari tu ada lagi. sedahnya mama dan ayah dua2 mc. 

tadi pagi akmal panas lagi..tapi hantar jugak ke sekolah lepas bagi ubat. malam tadi pun akmal melekap jugak..mama xleh bangun langsung.

alhamdulillah nampaknya ok anak mama sebab pagi tadi dah bagitau cikgu apa yang patut dibuat sekiranya akmal panas lagi. and alhamdulillah jugak, setakat ni cikgu tadek cal, so means everything is ok and under control.

harap2 semuanya baik belaka. seperti kata ayah, "akmal sabar ya, nak besar memang macam ni.."

itulah, dugaan membesarkan anak. nasib baik bos amat memahami. semalam bos cari, tadi pagi jumpa bos, bos tanye "semalam u mc sebab anak ke?"

dah rasa serba salah lak takut bos marah. pelahan2 jawab "ya dato'".
skali bos sambung.."tula ada anak kecik ni memang kena jaga betul2, anak u demam, anak azrul demam...bahaya la".

aku? "hoh!lega bos tak marah" tapi cakap dalam ati la...
ini talipon.

hari ni enpon asik berdering2 kerana talipon bilik saya sedang dalam proses pembaikan.tak tau ape yg rosak tiba2 ada org baiki.elok2 tak rosak terus jadi rosak

Tuesday, September 6, 2011

hasil tenusu untuk akmal

alhamdulillah...
hasil tenusu sesi pertama jam 11.30 pagi. kengkonon nak disiplin buat 3 sesi, kul 10, kul 1 ngan kul 5. tapi tah nape asik kantoi je. adoi la...susah sungguh nak lawan penyakit M tu..

untuk cinta hati mama
 close-up sket tinguk banyak mana...

kalo campur2 agak2 dapat 7 oz tak?huu...
 hasil kepada hasil tenusu..

akmal dah tumbuh gigi yeay!

iklan colgate - tayang gigi baru

chumel tak shaye?hehe
* gambar di taken pada 1/9/2011. anak mama dah besar :)

Monday, September 5, 2011

kaler tema

apekah kaler tema raya korang tahun ini?

dolu2 masa gua kecik2 rasanye tadek pon tema2 nih semua pakai macam2 kaler. tapi sekarang sebok bertema2 bagai. macam boria lak. termasuk la mak budak nih, sebok nak bertema, gigh menjahit baju akml sampai tak tido. senget benget pun kira ok lah kan..percubaan pertama. ayah akmal kata cuba lagi. yeah!saya gembira, tu tandanya dia menyokong isterinya :)

bila tengok balik gamba raya tahun ni, sah lah kaler tema keluarga cik imah tahun ni adalah warna-warni. ya, warna warni di aidilfitri hehe! 

yang penting raya best

raya bersama tecik

ayah, akmal dan mama
keluarga besar kami di laman rumah mak 1 syawal 1432 h (30 ogos 2011)- depan sekali paksu (adik lelaki bongsu saya), barisan kedua: aqilah (anak bongsu abang), emak yang saya sangat sayang, nuruddin (anak bongsu kak ita), sakinah (kakak nuruddin), zyad (anak no. 8 kak long). barisan ketiga: amal (anak sulong kak long-dapat raya kat malaysia tahun ni), cikdah (kakak atas saya), maklang (kakak ipar), abg saya (paklang),paklong (abang ipar no. 1) dukung humaira' (anak bongsu kak long), mak long (kakak sulong saya), pakcik amir (suami saya = ayah akmal), muhammad akmal (cucu paling kecik), saya (anak2 buah panggil cikjah), mak ngah (kakak no.2 = kak ita), aisyah (anak no.4 kak long), nurul (anak no. 2 kak ita), athirah (anak sulong abang). barisan keempat: hazim (anak no. 3 kak ita), umar (anak no.3 kak long), hadi (ank sulong kak ita = cucu sulong mak), ilyas (anak no. 5 kak long), pak ngah (abang ipar no.2). barisan kelima: adilah (anak no. 5 kak ita), mak su (adik bongsu perempuan saya). barisan last: asraf (anak no. 7 kak long), syarif (anak no. 4 kak ita), basir (anak no. 2 kak long) dan anas (anak no. 6 kak long )  
aidilfitri kali ini semua adik2 beradik saya berkumpul kat runah emak, kat jengka 13. alhamdulillah, bersyukur sangat2. seingat saya inilah first time raya kami sempurna dngan kehadiran semua anak, menantu dan cucu Allahyarham Haji Mat bin haji Kusin @ Hambali. meriah! termasuk amal yang dah dua tahun beraya kat perancis, tahun ni dapat beraya kat rumah nenek. mak saya berkali2 sebut - "kalaulah arwah abah masih ada.." rindu emak masih dalam pad arwah abah kami. macam tu jugak kami.

paling suprise bila kak ita, kakak saya nombor dua yang duduk di kelantan buat suprise balik kampung sehari sebelum raya. kelamkabut kami suami isteri cari tulang lembu, nak buat sup untuk berbuka puasa bersama orang jauh. habis sampai bandar pusat, pusing pulak jengka 15 cari tulang, last skali dapat sikit, kat simpang jengka 13. ayah akmal campur dengan daging sebab takut tak cukup. hasilnya petang tu kami berbuka sup tulang air tangan menantu baru emak-ayah akmal lah tu. cayalah ayah kerana berjaya menghasilkan sup tulang yang besh!

bestnya raya..bila kumpul ramai2..akmal dapat banyak duit raya yeay!

kisah baju raya kami..mama ngan ayah pakai baju nikah kami dua tahun lepas hehe!lebih baju mama dulu ada lagi, mama potong buat baju melayu akmal, alhamdulillah, akmal berjaya beraya dengan baju melayu hasil kerja tangan mama yeay lagi!walaupun tak kemas, maklum ler first time buat, tapi mama puas ati. tapi tak sempat jahitkan seluarnya, so rock lah akmal pagi raya paaki baju melayu dengan seluar jeans haha!yang penting baju sama kaler ngan mama dan ayah ok!

pagi raya ayah pergi sembahyang, akmal pulak lepas mandi siap2 pakai baju, tido balik sampai tengahari huuuu..org datang tengok akmal kat buai haha!

alhamdulillah, saya bersyukur kerana berkesempatan meraikan aidilfitri bersama orang2 yang saya sayang :)

maaf zahir batin semua.