INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN
-Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return-
saya sangat terkesan dengan berita kematian ALLAHyarham adik saiful syazani bin saiful sopfidee. ya allah, mana agaknya perginya pertimbangan akal cikgu yang memukulnya?
cikgu, dia budak kecil.
sungguhpun mencuri itu salah, mengapa sampai kematian hukumannya?puaskah sudah hati cikgu kerana si kecil ini sudah tidak lagi bernyawa?sudah terbuktikah dia yang mencuri duit itu atau sebaliknya?
cikgu, saya punya anak kecil, saya sangat sedih dengan berita kematian ini.dan saya tidak terfikir bagaimana seorang cikgu yang tugasnya sangat mulia boleh menjadi segila cikgu ketika berdepan dengan anak murid yang dituduh mencuri wang sebanyak 7 ringgit.adakah berguna lagi penyesalan sewaktu semuanya sudah terlambat?
saya cuba memahami apa yang dirasai oleh cikgu itu sewaktu dia membelasah ALLAHyarham...apa yang ada dalam kepalanya sehingga dia boleh bertindak gila begitu.tapi saya x dapat..iya, saya emak, saya punya perasaan sayang yang mendalam terhadap anak.apatah lagi anak sekecil ALLAHyarham..tapi sebagai manusia sepatutnya cikgu itu walaupun mungkin belum punya anak, dia sepatutnya punya perasaan 'manusia' dalam dirinya. malangnya institusi pendidikan kita punya guru yang macam cikgu ini. saya tak boleh terima kejadian ini.saya rasa semua orang yang waras tidak dapat terima perkara ini.tak dapat bayangkan bagaimana si ayah mendepani situasi ini.dan terbayang2 di kepala macammana ALLAHyarham berjuang untuk teruskan hidupnya..tapi ALLAH lebih sayangkan dirinya. saya mendoakan ALLAHyarham ditempatkan di syurga, dan mudah2an keluarganya tabah.
cikgu?
tinggallah cikgu dengan penyesalan yang tidak berguna lagi.semoga sikecil ALLAHyarham saiful syazani telah memaafkan cikgu sebelum dia dijemput pergi dan semoga ALLAH mengampun cikgu.
allahyarham dan ayahnya-pic from berita harian
No comments:
Post a Comment