mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 26, 2011

hangat2 taik ayam..

ye tuan2..nampaknya sepertimana tajuk diatas,begitulah hakikat blog ini.konon beria2 nak berbelog tapi kemalasan mengatasi segala2nya..huuu..!
tapi hari ni mau cerita2 tentang bf or breastfeeding..saya enjoy breastfeeding dan harapnya tiada aral yang akan menghalang saya untuk menyusukan akmal secara eksklusif selama 2tahun seperti yg saya rancang.saya lngsung takde experience bangun malam bancuh susu haha!

hmmm..ada orang beranggapan bf adalah sangat susah dan leceh sebab:
1. kene curik masa untuk pam kt opis
2. kene disiplin i.e. ikut jadual pam
3. cemana nak pam kalau sokmo2 outstesen
4. kene ulang alik g pantry nak simpan susu
5. kene basuh2 part kecik2 pam tu
6. kene ulang alik lg kat pantry nak amil pam yang letak kat peti sejuk opis utk sesi pam berikutnya.
7. pagi2 kene masuk pantry dulu sebab nak simpan icepack
8. banyak benda nak kene angkut g opis
9. etcetera
10. etcetera....

ya, sekiranya kamu malas, memang kamu akan ada macam2 alasan untuk tidak bf.betul x?heee...
alasan tu adalah berdasarkan pengalaman sendiri. saya sendiri yang rasa benda2 tu, tapi since hati dah tekad mau akmal dapat apa yang jadi hak dia dan mau beri yang terbaik untuk dia dan poket mama dan ayah, maka saya ignore kan alasan2 itu dan teruskan jugak bf.

saya pernah mengepam kt surau RnR masa ondeway back dari outstation..saya pernah tumpang pam kt surau hotel, penah pam kat surau opis org..macam2 tempat la.in fact saya penah hampir2 nak pam kat bilik kebal opis org sebab masa sy ada miting kat district, saya tanya kerani kat ctu ada tak mana2 tempat yang boleh saya pam susu. and kakak itu sangat bersusah-payah dan bersungguh2mencarikan tempat utk saya tp xberjaya sebab kebetulan  plug rosak..kalau tak, jadi sejarah saya pam dibilik kebal hehe!

hmm...ada orang pernah bagitau saya,
1. "masa saya dalam pantang dulu, susu saya banyak snagt.saya nak bagi dia cepat kering, saya bia je dia mengalir, tak bagi pun anak isap"
2. "lecehnya kene simpan2 ais pulak kat peti"
3. "apsal aku tengok hang mcam senang je bf akmal, opismet aku tu punya la susah nak bagi anak dia susu"
4. "saya dulu bengkak susu letak kobis, nanti tak sakit dah la"
5. "akak dulu letak daun selasih, lepas tu susu keluar mencurah2, pastu dah kering tak sakit lagi dah"
paling tak tahan
6. "saya tak ada container nak simpan susu, jadi saya pam2 pastu buang je lah"

banyaknye susu kau boleh buang2 je semata2 kerana takde container?tahukah kamu container itu jauh lebih murah harganya berbanding susu formula?
tuhanku kenapa mereka ini tak sedar tentang kebaikan yang engkau bagi dalam susu ibu?

saya pun tak tau sangat apa kebaikan susu ibu ni secara detail yang macam seorang pakar laktasi tau, tapi saya buat kesimpulan mudah, anak manusia tentulah susu yang terbaik baginya adalah susu manusia juga kan? itulah yang saya pegang selama ni :)

hmmm...dah abis bebel2 nak buat kerja pulak.tak pam susu lagi ni huu....


No comments:

Post a Comment