mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 22, 2011

bagaimana mahu menyukai apa yang kita ada..

manusia kan..
dulu masa sekolah arab, cikgu kata manusia or insan asalnya datang dari perkataan NASIYA maksudnya LUPA.
sebab tu la hakikat kejadian manusia ni selalu lupa..percayalah bukan melayu saja yang mudah lupa seperti kata Tun M, tapi memang hakikat kejadian manusia tu..lupa adalah sifat yang berdampingan dengannya.
contohnya, pagi tadi bangun tido sudahkah mengucapkan syukur kepada ALLAH Rabbul Jalil? baca doa bangun tido tak? HAAA...xbaca? awat jd lagu tu..?oooh..lupa rupanya...
macam2 lagilah kelupaan yang selalu melekat dengan kita..
(mengapakah entry ini macam takde kaitan dengan tajuk..) adakah sebab aku pun telupa apa yang aku nak tuliskan pasal tajuk tu haha! sepatutnya aku tulis tajuk dia lupa bukan sifat orang melayu sahaja..kan?
sebenarnya yang hendak dicatatkan adalah tabiat suka membanding2kan diri dengan kelebihan yang orang lain ada lantas merasa diri serba kekurangan dan terdetik di hati alangkah bagusnya kalau aku dapat apa yang dia ada..macammana nak suka apa yang kita ada kalau kita asyik membandingkan dengan org yang lebih?dah itu rezeki dia maka kamu terima lah rezeki kamu..kan?
agak2 berdosa tak bila hati terdetik camtu?sama macam xbersyukur ke?
belajarlah suka apa yang kita ada sebab ada orang lain yang langsung tak ada apa2 jika dibandingkan dengan kita, so maknanya apa yang kita ada tu cukup baik dah untuk kita.
dulu masa sekolah arab (tiba2 pagi ni teringat nostalgia sekolah arab..apa kabar cikgu2 warga pendidik http://www.maahadsas.edu.my/) masa tulis autograf selalu je ada kata2 hikmat ini
"JIKA SUDAH MEMANDANG KE LANGIT, JANGAN LUPA RUMPUT DIBUMI"
agak2 la kan adakah org yang cipta kata2 ni menujukan ianya utk tabiat manusia yang selalu asyik nak tgk kelebihan org je sampai jadi xbesyukur lak ngn apa yang ada?
tapikan bukanlah mudah untuk mendidik hati supaya sentiasa suka redha dan syukur dengan apa yang ada sebabnya..manusia memang mudah lupa.sebab tu kene ada orang yang tolong ingatkan..adakah terjawab persoalan bagaimana nak suka apa yang kita ada..? macam tak je huhu!

hmm.. okay lah, jom belajar doa bangun tidur, mudah2an esok tak lupa membacanya tatkala bangun dari tidur..

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

'segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepadaNYAlah aku bangkit'

-renung2kan selamat beramal..(tagline pinjam)-

No comments:

Post a Comment