mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 30, 2011

ALHAMDULILLAH..

Ya ALLAH Ya Tuhanku
padaMu aku panjatkan kesyukuran
dengan segala nikmat yang Engkau berikan padaku
janganlah Engkau jadikan aku lalai dan sombong
Ya Allah
berilah aku kemudahan dalam mendepani setiap ujianMu
jangan Kau uji aku dengan beban yang tak mampu aku pikul
Ya Allah
beri aku jalan keluar dalam setiap kesulitan yang Engkau takdirkan untukku
Ya Allah
beri aku kesihatan yang baik agar aku dapat memikul amanahMu
Ya Allah
berilah keampunan kepadaku, suamiku, ibuku, mertuaku dan seluruh ahli keluargaku, guru2 ku, sahabat2 ku, muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau telah mati.
Ya Allah,
tetapkan kami di dalam iman!

Alhamdulillah... pada hari ini Muhammad Akmal ku genap berusia 4 bulan. syukur, dia tumbuh dan membesar sebagai anak yang sihat, pintar ceria dan langsung tidak menyusahkan kedua orang tuanya mahupun nenek yang mengasuhnya sewaktu mama dan ayah bekerja. mudah2an akmal mama akan  dewasa sebagai insan yang berpegang teguh pada ajaran agama. luv u sayang


Tuesday, March 29, 2011

tecikku demam..

sayang mama sayang
sayang tecik mama..
tecik mama demam..
sayang tecik mama..
-------------------------------
dia demam.
semalam saya cuti.
malam tadi kami bawa dia ke klinik. doc bagi ubat demam, antibiotik dan nasal spray because dia too small to consume ubat selsema. kesian akmal mama.malam tadi tidurnya tak lena sebab hidung tersumbat. harap2 hari ni selsemanya kurang.
tapi akmal sangat pintar, kuat dan sabar.dia tak merengek pun walaupun xsedap badan...good boy.mama doakan sayang mama cepat sembuh

cinta hati mama yang ceria.tapi ni bukan gamba akmal masa demam

Wednesday, March 23, 2011

lullaby..what a sweet feeling of being mama

tecik mama tecik
tecik mama comel
tecik mama sayang
mama sayang tecik mama
tecik mama
tecik mama sayang
sayang tecik mama sayang
tecik mama
tecik mama sayang
mama sayang tecik mama

Tuesday, March 22, 2011

bagaimana mahu menyukai apa yang kita ada..

manusia kan..
dulu masa sekolah arab, cikgu kata manusia or insan asalnya datang dari perkataan NASIYA maksudnya LUPA.
sebab tu la hakikat kejadian manusia ni selalu lupa..percayalah bukan melayu saja yang mudah lupa seperti kata Tun M, tapi memang hakikat kejadian manusia tu..lupa adalah sifat yang berdampingan dengannya.
contohnya, pagi tadi bangun tido sudahkah mengucapkan syukur kepada ALLAH Rabbul Jalil? baca doa bangun tido tak? HAAA...xbaca? awat jd lagu tu..?oooh..lupa rupanya...
macam2 lagilah kelupaan yang selalu melekat dengan kita..
(mengapakah entry ini macam takde kaitan dengan tajuk..) adakah sebab aku pun telupa apa yang aku nak tuliskan pasal tajuk tu haha! sepatutnya aku tulis tajuk dia lupa bukan sifat orang melayu sahaja..kan?
sebenarnya yang hendak dicatatkan adalah tabiat suka membanding2kan diri dengan kelebihan yang orang lain ada lantas merasa diri serba kekurangan dan terdetik di hati alangkah bagusnya kalau aku dapat apa yang dia ada..macammana nak suka apa yang kita ada kalau kita asyik membandingkan dengan org yang lebih?dah itu rezeki dia maka kamu terima lah rezeki kamu..kan?
agak2 berdosa tak bila hati terdetik camtu?sama macam xbersyukur ke?
belajarlah suka apa yang kita ada sebab ada orang lain yang langsung tak ada apa2 jika dibandingkan dengan kita, so maknanya apa yang kita ada tu cukup baik dah untuk kita.
dulu masa sekolah arab (tiba2 pagi ni teringat nostalgia sekolah arab..apa kabar cikgu2 warga pendidik http://www.maahadsas.edu.my/) masa tulis autograf selalu je ada kata2 hikmat ini
"JIKA SUDAH MEMANDANG KE LANGIT, JANGAN LUPA RUMPUT DIBUMI"
agak2 la kan adakah org yang cipta kata2 ni menujukan ianya utk tabiat manusia yang selalu asyik nak tgk kelebihan org je sampai jadi xbesyukur lak ngn apa yang ada?
tapikan bukanlah mudah untuk mendidik hati supaya sentiasa suka redha dan syukur dengan apa yang ada sebabnya..manusia memang mudah lupa.sebab tu kene ada orang yang tolong ingatkan..adakah terjawab persoalan bagaimana nak suka apa yang kita ada..? macam tak je huhu!

hmm.. okay lah, jom belajar doa bangun tidur, mudah2an esok tak lupa membacanya tatkala bangun dari tidur..

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

'segala puji bagi ALLAH yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepadaNYAlah aku bangkit'

-renung2kan selamat beramal..(tagline pinjam)-

Friday, March 18, 2011

ngantuk..

nk tido nk fb nk makan semua nak..boleh tak buat sume dlm masa 1 jam ni?nk tengok fail jugak dah telupe ape kesnya yang nk bincang isnin ni.nk jupe bos nak pilih saksi..nak itu nak ini..nk macam2..
tadi beberapa org ofismate tegur muka saya pucat..b4 ni pun ada yg tegur tp bila arini lebih dari sorg yg tego saya rasa kene berbuat sesuatu sbb memang pun lately ni sy rasa lemah xbertenaga, penat sume2 lah..

Thursday, March 17, 2011

kawan saya kata AKMAL comel.. :)

masa makan2 lepas miting tadi kawan saya tgk gamba si kecil saya.
dia kata "dia ni COMEL la..blh masuk dlm majalah2.."

inilah gamba yang kawan saya tengok tu.. :)

Wednesday, March 16, 2011

hari bertemu pelanggankah?

mari!mari!mari!
waahhh...ramai betul org jumpa saya hari ni sampai xsempat2 nak buat kerja lain asyik entertain org je..macam hari terbuka lak.cam kaunter aduan pun ya jugak haha!

senarai kerja2 yang belum buat:-
1. tan khau khieh v pentadbir tanah raub-
pelaksanaan perintah Penghakiman Persetujuan..saya cuti bersalin 2 bulan rupanya diorg tak buat benda nih!adoi la..harus la dapat reminder dari Kamar Penasihat
2. Opinion utk kes Notis 8A Kanun Tanah Negara
3. ape lagi erk...lupe la...ayokkk banyak makan semutkah?huuu..
tapi saya tau saya ada BANYAKKKKK kerja sekarang...

amek gamba fail org lain haha!

Monday, March 14, 2011

miss him again..

syndrome takde mood nak buat kerja..esok nk coti mau bawa si kecil yg dirindui ke klinik untuk cucuk 3 bulan.kesian sayang mama huuu..

lalalalala mama rindu akmal...mama dah nak balik yeay!

MAMA and AKMAL..watercoloured

akmal..mama miss u

begini rasanya menjadi wanita bekerja dan punya ank kecil yang fully breastfeed. malam tadi si kecil saya yang COMEL itu sangat baik. hati terasa berbunga2 riang bangun pagi ini sebab 4 de 1st time lepas saya abis berpantang akmal nak menyusu sambil berbaring sampai tertidur..

waahhh..gembiranya saya dengan si kecil itu..

pengalaman pertama sebagai ibu sangat mencabar dan menguji kesabaran saya dan suami. akmal asyik menangis..setiap hari kembung perut.sehingga kadang2 saya menangis sama. pernah juga beberapa kali bawa dia berubat secara tradisional dan moden.

doktor kata dia sihat..pakcik2 yang saya jumpa tu kata ada 'sesuatu' menganggunya...bertawakkallah kami suami isteri untuk mengubat si kecil yang asyik menangis2 tak mau menyusu sehingga habis sudah lagu untuk mendodoikan dia, habis sekeliling rumah bawa dia berjalan untuk memujuknya..ya ALLAH..kerap jugak kami suami isteri tarik muka sebab hal ini. tapi ALHAMDULILLAH semenjak masuk usianya 3 bulan dia semakin bijak, dah xsakit perut lagi, dah tak menangis sekuat hati lagi, dah mau menyusu cuma dia masih belum pandai menyusu botol kecuali ketika tidur..sayang anak mama..

malam tadi si ayah cuba tiarapkan akmal..dia suka..agaknya keletihan dikerjakan ayah, tu yang dia nak menyusu baring sampai tertidur tu..poor my baby..love u sayang..dia benar2 mengeratkan kasih kami suami isteri :D

ALHAMDULILLAH..Muhammad Akmal Amir Dzulfadli, anugerah istimewa dari ILLAHI

gambar goyang2..sayang mama berusaha keras utk stabilkan posisinya. good boy :)

Friday, March 11, 2011

lets DU'A

YA ALLAH ya Tuhanku
baguskanlah untukku Agamaku
kerana ia Pengawas seluruh urusanku
perbaikilah untukku duniaku
yang di sana adalah kehidupanku
sempurnakanlah untukku Akhiratku
kerana ke sanalah tempat kembaliku
jadikanlah kehidupanku sebagai penambah kebaikan
dan jadikanlah matiku sebagai tempat istirehat dari segala kejahatan

YA ALLAH ya Tuhanku
sembuhkanlah saudara2ku yang sedang sakit
limpahkanlah rezeki pada keluarga kami dan mereka yang sedang kesulitan
berikanlah jodoh yang soleh dan solehah bagi yang belum bertemu jodoh
berilah cahayamata bagi yang inginkan keturunan
limpahkanlah keluarga kami dengan rahmat, taufiq dan hidayahMU yaALLAH
ampunilah dosa2 kami ya RAHMAN, ya RAHIM...
......
mudah2an ALLAH memakbulkan doa kita di penghulu segala hari ini.

aNGan2

JUSt IMaGiNE it was PaiNT bY MY LiTTle boY
HAhaa!

Wednesday, March 9, 2011

hujan turun lagi...


dah 3hari berturut2 hujan turun..musim hujankah sekarang?
rumah emak saya dilanda banjir kilat. SebAb?
paya ditepi rumah tu yang kat seberang jalan sana dah KaMBus.
kesian mak..bila hujan lagi, mak mesti biMBaNG.semalam mak pesan, doakan mak..mudah2an air hujan tu pergi ke lain, xbertakung kat rumah kita..
mak, doa anak mak sntiasa ada untuk mak yang terSaYAng.
mari kita doa sama2:

اللَّهُمَّ صَيِّباً نَافِعاً
"YA ALLAH, JADIKAN IA HUJAN YANG BERMANFAAT"


Tuesday, March 8, 2011


ini MuhaMMAd aKMaL, anak saya :)


apa yang perlu dibuat saat jiwa terasa KOSONG
dan suram

tuhanku, beri aku kekuatan...

************

kenapa dalam kehidupan ini perlu ada rasa tak best?untuk menghargai saat2 best?
kenapa manusia suka tanya kenapa?kenapa dan kenapa tentang apa2 yang terjadi dalam hidupnya?
tanda tidak bersyukurkah?
TUHANKU,
ampuni aku...
Aku bersyukur tapi kerapkali jugak aku mempersoalkan apa yg terjadi sebab aku takut xmampu hadapinya..

************

percayalah sesungguhnya ALLAH tidak menduga lebih dari kemampuanmu..


dugaan

benarlah..
nikmat itu juga dugaan.
kebahagian itu dugaan.
rezeki itu dugaan.

Dia beri saya jodoh, anak, kebahagiaan, kerjaya sehingga saya jadi wanita yang sempurna di mata orang..

syukur YA ALLAH..

tapi dia juga beri saya dugaan..di saat saya memiliki apa yang diidam orang lain, saya juga diuji dengan pelbagai dugaan..

syukur juga YA ALLAH..kerana sesungguhnya itu bukti aku ada di mataMU.
dan disebalik setiap dugaan yang diberi, ada lagi nikmat yang datang..syukur, ALLAH gerakkan hati bos saya untuk beri markah prestasi tahunan yang sangat menggembirakan. lantas membakar semangat saya untuk bekerja dengan ikhlas dan lebih bersungguh-sungguh..dan sesekali terlupa juga pada dugaan yang mengusik jiwa..YA ALLAh, apa pun yang Engkau takdirkan untuk ku, Engkau jadikan hati ku tabah melaluinya. jauhkan aku dari sikap berputus asa dan berkeluh kesah.

SYUKUR ITU INDAH
SYUKUR ITU PENGUAT JIWA

Mudah2an ALLAH terus melimpahkan rezeki buat kami sekelurga dan orang lain juga...