mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 23, 2013

dah lama tak update

kenangan.

banyak sangat cuma nak mencatatnya..tak ada booster hehe!

nak cerita apa ya?

teringat kisah-kisah lama.
 
dulu masa mula-mula kahwin, susah. macam-macam kesusahan. tapi, bila masa berjalan, kehidupan semakin baik, Alhamdulillah dapatlah Akmal merasa kehidupan selesa. kenapa Akmal? Hanaa? sebab Akmal dating dalam hidup mama dan ayah masa mama dan ayah betul-betul baru mulakan hidup. gaji kecik, komitmen banyak, tapi kami tekad beli rumah. untuk sementara, kami pakai satu kereta. kereta mama, bagi Pak su sambung bayar. lagipun kereta comel tu memamg beli guna nama pak su.
 
perlahan-lahan, akmi pindah rumah yang dah beli tu, lengkapkan rumah sikit. beli baju akmal sikit-sikit. semua sikit-sikit. semua perlahan-perlahan. baru mula hidup kan. duit pun cukup-cukup je. Alhamdulillah Akmal BF, jadi duit susu memang tak ada. boleh channel ke tempat lain.
 
Awal perkahwinan kan, memang banyak yang kurang, banyak yang nak kena korban.
 
Hanaa? Alhamdulillah, Hanaa datang masa mama dan ayah dah mula stabil sikit. tapi dugaannya lebih hebat. terpaksa duduk berjauhan pulak. sampai bila entah agaknya.
 
orang tua-tua kata, 5 tahun pertama memang waktu paling getir dalam kehidupan berumahtangga. insyaallah nanti bila sampai masanya, mama turunkan pengalaman mama pada anak-anak mama.
 
sebenarnya nak cerita pasal benda lain, entah kenapa yang terkeluar benda lain.
 
sayang anak-anak mama.
 
ayah cakap blog mama takde ticker pasal hanaa. semalam mama ada masa, mama buat ;-)

Wednesday, July 17, 2013

kisah panjang menjelang ramadhan: parent sila berhati-hati jika urusan sekadar di pintu taska

aku sebenarnya mencatatkan benda ni sebagai ingatan aku sahaja. tak ada niat nak menakutkan parent, memberi imej yang buruk pada taska ataupun nak pengaruh parent supaya jangan hanatar anak kat taska tu, tak sama sekali. cuma those yang hantar anak kepada taska/pengasuh, kita kena sangat hati2. yang membaca sekiranya bermanfaat, ambik pengajarannya. yang rasa annoy, aku mintak maaf.

********************

dah lama tak update.
straight to the point. nak cerita tentang apa yang berlaku pada hari-hari akhir syaaban.
isnin, 29 syaaban, kereta rosak. gegak gempita satu putrajaya aku mintak bantuan huuuu...terima kasih kepada kawan aku dan kawan kepada kawan aku yang bermalam-malaman membantu adik aku setelkan hal kereta. aku melayan si hanaa yang menangis nak tidur. terima kasih jugak sebab tumpangkan aku ke tempat kerja dan hantar serta ambik hanaa di nursery hari esoknya. aku, ayah akmal dan hanaa serta emakku sangat berterimakasih kepada anda kerana membantu.
bayangkan macam mana seorang perempuan dengan anak kecik, kereta rosak. suami jauh beratus kilometre. mujur sempat sampai rumah sebelum kereta betul2 buat hal. Alhamdulillah, benarlah janji ALLAH, Allah tak uji lebih dari kemampuan kita. walaupun aku rasa tak mampu nak lalu, down, stress macam2 lagilah bila berdepan situasi yang tak terjangka ni, walaupun sesekali aku terfikir macamana kalau...tak sangka pulak betul2 berlaku. Alhamdulillah, ujian yang datang tu, ada penyelesaiannya. terima kasih adikku yang bergigih2 lepas kerja mengejar erl nak tolong aku siap carikan pomen. terimakasih uncle pomen yang datang dengan anaknya all the way from kl to putrajaya,naik motor malam2 hari. sampai arini aku lupa nak tanya adik aku berapa dia bayar pomen tu datang tengok kereta aku. terimaksih gak kat kawan adik aku sebab suggest adik aku naik erl instead of drive sebab kalau drive memang lambat ler sampai sebab jam org balik kerja. malam2 hari dia ambik n hantar adik aku kat putrajaya sentral-p17-putrajaya sentral.
terimakasih pada bos bagi aku time off nak setelkan kereta, colleague yang hantar aku balik rumah sebab nak tunggu orang tow kereta. kawan aku yang bagi no telefon mekanik. wahhh...banyaknya orang tolong aku. terima kasih ALLAH kerana menggerakkan hati mereka untuk membantu aku.
1 ramadhan, kereta dah ok. malam2 hari mekanik yang baik hati hantar kereta. Alhamdulillah, dapat bawa hanaa ke klinik untuk imunisasi 3 bulan dan hantar hanaa ke taska. tapi ujian belum habis, kereta tiba2 buat hal semula depan taska hanaa. di sini bermula cerita ngeri taska hanaa.
selepas hantar hanaa masuk taska, aku start kereta nak ke office. tak hidup. sepantas kilat call semula mekanik. mekanik kata dia datang. so aku decide nak tumpang taska hanaa since kat luar teramat panasnya.
aku bagi salam tekan bell. cam biasa, pengasuh buka pintu.aku tanya hanaa mana. dia jawab kat atas. aku tak pernah tengok pengasuh ni, baru la tu. sebab sejak dari hari pertama aku hantar hanaa yang aku nampak cuma ada 3 pengasuh je. aku tanya boleh tak aku nak tumpang kejap kat dalam since kereta aku rosak dan aku tengah tunggu mekanik sampai. dia kata boleh, masuk la. aku masuk dan tanya lagi boleh naik atas tak nak tengok hanaa. boleh katanya. so aku naik la. sampai kat atas aku terkejut ada lelaki. aku assume maybe dia adalah saudara-mara tuan taska sebab beberapa kali jugak aku nampak dia ada kat dalam taska. tengah tengok tv dengan sorang lagi pengasuh bersama beberapa baby yang dalam umur setahun. volume tv macam dalam panggung wayang. ada sorang baby menangis di tepi tangga. pengasuh leka tengok tv. tangga tak berpenghadang.
aku masuk bilik hanaa. surprise!!!hanaa dibaringkan-takkan la dia pergi baring sendiri pulak kan..atas perut baby lain yang sebaya dengan dia. betul2 atas perut baby tu, dengan tak bertilamnya. aku terkejut.aku tanya pengasuh dia kenapa hanaa baring macam tu. dia pun terkejut tengok aku. dia cakap hanaa baru lepas tukar lampin and terus cakap sebenarnya puan tak boleh naik atas. aku cakap kat dia orang bawah kata boleh. dia cakap orang bawah baru start kerja hari ni, dia tak tau. ada beberapa baby. lebih dari 5 orang aku rasa dalam bilik tu. ada yang menangis kat bawah buai. ada yang bergolek-golek tak berbantal dan tilam. semua atas lantai tak berlapik even dengan toto. aku nampak tilam hanaa elok je parking tepi dinding.
aku terus turun. aku taknak argue sebab aku takut dia buat apa-apa pada hanaa. aku macam blur kenapa dia baringkan hanaa atas perut baby lain. kalau baby tu bergerak, jatuh kepala hanaa atas lantai yang tak berlapik tu. aku mesej ayah hanaa. there and then kitorng decide nak cari taska baru untuk hanaa. kebetulan esoknya kitorang apply cuti,so aku ajak ayah hanaa jalan2 putrajaya cari taska.
sementara tunggu kat bawah, aku tanya pengasuh baru tu ada lesen tak aska ni dia jawab tak tau. aku dah tanya tokei dia masa hantar hanaa mula-mula dulu dia cakap sedang dalam proses nak dapatkan lesen tapi aku rasa dia tipu sebab aku dah check syarat nak dapat lesen. taska tu tak menepati kriteria. aku tanya budak2 berapa kali makan. 2 kali katanya. maksudnya budak2 tu akan lapar la di petang hari sementara tunggu parent ambik. kepala otak aku mula fikir macam2. dah la mahal, bulan puasa OT dikira start pukul 5. mata duitan betul.
aritu kaki hanaa luka. aku tanya pengasuh cakap bukan dapat from taska. abistu dari mana? padang bola? tapi petang tu tokei taska dating jumpa aku ckap maybe luka sebab kaki dia hentak2 masa baring kat lantai. masa tu aku tak terfikir yang dia kata lantai tu betul2 lantai tak lapik apa2.
jumaat 3 ramadhan aku pergi taska nak bayar yuran dengan nak ambik barang hanaa. aku jumpa tokei, ada riak terkejut pada muka dia bila aku tiba2 nak keluarkan hanaa dari taska. dia cakap puan sepatutnya bagi notis sebulan sebab puan kan dah tandatangan dulu. aku tak peduli la sebulan ke seminggu dah keselamatan hanaa jadi taruhan. memang ada aku sign sd masa nak register hanaa aritu. salah satu akuan yang terkandung dalam sd tu adalah parent tak akan ambik sebarang tindakan pada taska kalau berlaku kematian. silap aku jugak tak tanya betul2 sebab aku memang terdesak nak taska dan itu je taska yang terima baby yang aku jumpa pada masa tu. bila benda ni jadi, buat aku fikir balik kenapa sd tu macam tu.adakah sebab pihak taska nak deny 100% liability atas kecuaian yang berlaku di taska? mentang2 husband dia lawyer. mind you, aku pun lawyer jugak.
aku mintak nak ambik barang hanaa. dia tak bagi and keep bagi reason yang aku sepatutnya bagi notice at least 2weeks prior sebab pengasuh dia busy handle budak. aku cakap xpe husband saya boleh ambik. dia berkeras tak mau bagi.ok fine, aku setelkan bayaran and balik.
masa tu aku start terfikir balik yang masa ayah hanaa dating hantar buai sebab dia kata hanaa xnak tidur bawah, mereka suami isteri cuma sambut buai tu kat pintu. aku tanya ayah hanaa napa tak masuk tolong pasang, dia kata diorang tak ajak masuk pun. and setiap hari tak de parent pun yang masuk dalam untuk hantar or ambik anak mereka. semua di muka pintu je. ini berbeza dengan taska akmal yang mana pintu terbuka masa hantar dan ambil anak2. cuma gril sahaja tutup. jadi parent boleh Nampak anak2 kat dalam. malah kat taska akmal,mak2 boleh masuk dalam tengok anak. masa mula2 hantar akmal dulu, 2 hari aku temankan dia dalam taska. cikgu2 dan pengurusan taska membenarkannya. tapi taska hanaa ni tak. agakmencurigakan kat situ.
tadi aku borak ngn colleague aku pasal taska ni since dia ada pergi tengok taska tu aritu. dia cakap dia naik atas ok je tapi sebelum tu tokei suruh tunggu dulu, tokei naik atas dulu then turun balik baru dia dibenarkan naik.
haaa...panjang cerita. tapi kata mak aku, ada hikmahnya kereta rosak depan taska sebab kalau tak, sampai hari ni aku tak tau macamana diorang jaga hanaa sebab petang balik tengok hanaa dah bersih wangi je dah mandi.so aku rasa everything was ok. tapi tak sebenarnya.
Alhamdulillah, ni dah 2 ari hanaa kat tempat baru. lebih dekat dengan rumah dan office. harapnya tempat ni ok la. yang penting nisbah pengasuh ngn baby sesuai dan aku boleh masuk taska melwat hanaa bila2 masa.
pada parents, sesekali terjah taska anak anda.
ok sekian. hanaa ajak tidur.

Tuesday, June 25, 2013

edisi jerebu danmemperkenalkan gadis solehahku

jerebu. 

satu malaysia jerebu. sesaknya hidung. anyway, akibat jerebu juga taska gadis solehah tutup. and mama have to take EL. Ahh!banyak prosedurnya ditempat baru ni. tak tau lah sama ada memang really banyak prosedur or mama yang fragile sangat..dan lambat adapt new environment. tak tau.tapi selalu rasa nak surrender especially bila rindu pada abang besar yang soleh dan ayah bertandang.

teringat-ingat kesibukan pagi menyiapkan bekal untuk abang akmal ke sekolah, bangunkan dia dan mandikan. ya, abang akmal mandi untuk ke taska walaupun masa tu dia belum lagi mencapai umur setahun. mama rindu momen tu walaupun mama sibuk dan selalu letih. letihnya tak sama melayan letih mengadap kerja-kerja office.

ini semalam di putrajaya. API rasanya belum cecah 150 masa ni. tapi hari ni dah sampai 190++


view dari bilik mama, aras 10 AGC
dan ini pula gadis solehah kesayangan kami satu keluarga. introducing AAFIA HANAA BINTI AMIR DZULFADLI

sudah besar!

dan yg ni pulak aktiviti weekend baru ni. floria fest putrajaya









Friday, June 21, 2013

anak...

ada yang nak tapi tak dapat.

ada yang dapat tapi tak nak.

ada yang dapat tapi tak mau dijaga.

ada yang dapat, mau dijaga tapi tak mampu menjaga.

anak-anak ku, mama sayang kalian.


Wednesday, June 19, 2013

apa cerita nya gap?

uishhhh!dah lama betul tak menyimpan kenangan di sini ya? 

malam ni rasa nak share pasal law lah. untuk manfaat bersama. simpan sorang2 kang hilang pulak kan?

hmmm...sepanjang minggu lepas, almost everyday balik lambat. kesian si gadis solehah, terpaksa tunggu mama lama kat taska.

okey, kembali ke cerita asal, ni ha yang nak ceritanya...pasal pengambilan tanah. acik loyar tanah dik, harus la cerita pasal tanah. citer pasal lain kang takut sesat lagi menyesatkan pulak.

berdasarkan pengalaman setahun jagung berkhidmat kat opis lama, banyak jugak kes-kes pengambilan tanah yang ada timbul isu. macam-macam lah isu nya. tapi kuliah kita malam ni pasal boleh tak boleh tanah yang diambil untuk satu maksud lain tapi digunakan untuk maksud lain? paham tak?

bahasa orang kampungnya lebih kurang camni "kerajaan ambik tanah acik leha sebab nak  buat klinik kesihatan katanya tapi alih-alih jadi tadika pulak".

dalam keadaan camni, timbul persoalan di kalangan Pentadbir Tanah sama ada boleh ke tak boleh tanah acik leha yang nak buat klinik tu tadi dibuat tadika sebab tujuan pengambilan dah digazet ni? kadang-kadang bukan setakat Pentadbir Tanah, waris atau tuan tanah asal pun konfius boleh ke tak. kalau tak boleh, ada chance kot nak saman gomen mintak pampasan lebih sket..heee!

okeh, mari kita tengok peruntukan undang-undang yang ada.

dalam seksyen 68A Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 468) ada kata:
"where any land has been acquired under this Act, whether before or after the commencement of this section, no subsequent disposal or use of,  or dealing with, the land whether by the State Authority or by the Government, person or corporation on whose behalf the land was acquired, shall invalidate the acquisition of     the land."

apekah itu? tak pa nanti free2,gugel translate.
  
seksyen ni agak baru, so authority agak terhad. dalam kes Wan Munah bt Wan Embong dan  lain-lain lwn Pemungut Hasil Tanah Kuala Terengganu [1990] 2 MLJ 120, Mahkamah kata tanah yang diambil untuk satu maksud boleh digunakan untuk maksud yang lain asalkan maksud tersebut adalah sepertimana yang disenaraikan dalam seksyen 3.

so?jawapannya adalah BOLEH.

acik dah ngantuk dik. jom tido, esk bos nak jumpa la pulak adoi la scary the muvi. berdebar2. nak letak penafian lah....ini adalah sekadar pendapat peribadi,  bukan datang dari big bos iaitu Peguam Negara. sapa2 ada alami lost apa2 sebab guna opinin seciput ni, nasib hangpa la, gua tak bertanggungjawab ok?

dah tutup buku, g tdo. jangan lupa baca doa. cau cin cauuuuu

Wednesday, June 5, 2013

entry baru

mama dah mula bekerja semula pada 3 Jun 2013 lepas cuti selama 90 hari.

90 hari yang sangat indah di Taman Guru. rindunya. how is wish i have more time to spend with my lovelies.

keluarga dah makin membesar- ayah, mama, Abang Akmal dan our newborn baby girl- Aafia Hanaa binti Amir Dzulfadli. sihat, happy-maksud nama Aafia Hanaa. nama beliau inspired from nama Dr. Aafia Siddiqui, seorang saintis neurologi dari  Pakistan. juga merupakan seorang hafizah alQuran. Beliau dituduh ada hubungan dengan rangkaian al-Qaeda walaupun sampai sekarang tak ada bukti penglibatan beliau yang dikemukakan oleh FBI. Beliau ditangkap, dipenjarakan dan diseksa hingga hilang ingatan oleh Amerika Syarikat di penjara Baghram, Afghanistan. banyak lagi kisah-kisah hebat beliau yang menyebabkan mama dan ayah decided to name you after her name, baby.

Hanaa tu mama yang nak which "H" indicates nama mama since the first name huruf "A" indicates nama ayah. Maksudnya happy sebab mama selalu sedih sorang-sorang kat sini. 

Mama sebenarnya sedang risau yang teramat sangat tentang Hanaa. Arghhh!kalau la boleh mama nak jaga sendiri anak-anak mama. mama taknak jauh dari anak-anak mama.

Anak-anak, mama pertaruhkan keselematan kalian pada ALLAH Maha Pemelihara, Maha Pelindung. Mudah-mudahan Allah memberi sebaik-baik perlindungan kepada anak-anak mama dan ayah.

Sunday, March 3, 2013

entry khas untuk baby

hai sayang, 

mama, ayah dan abang amal sangat teruja nak tunggu baby keluar.

jumaat lepas, lepas solat asar mama called ayah. ayah tanya abang akmal, "akmal, nanti mama balik rumah ayah,  pastu mama g shital, pastu mama bawak balik apa?"

abang akmal jawab "mama awak alik bash".

hehe!

bila ayah kata "bukan bas la, mama bawak balik baby", mama tanya abang akmal "baby sapa?" 
abang akmal jawab "baby aman ya".
"sayang baby tak?"
"sayang" kata abang akmal. 

abang akmal very excited to see u, little baby :-) mama and ayah too.
ari rabu ayah ambik mama, kita balik kuantan ya :-)

dan ni persediaan untuk sambut baby, sikit2 je, nanti baru tambah.

pakai beg abang akmal, tapi isi semua baru
mitten dan lukisan abang akmal
rezeki baby, hadiah kawan mama bagi


mama dan ayah dah standby nama untuk baby :-)

untuk abang akmal

mama buat ni untuk abang akmal. mama potong dan jahit sendiri. handmade with love. nanti mama cuti, mama nak ajar abang akmal huruf hijaiyyah, mama nak abang akmal pandai mengaji, mama nak abang akmal menjadi seorang yang hafiz alquran :-)




sepah2. nanti mama kemas
;-)


Wednesday, February 27, 2013

mulai hari ini mama hanya mahu tulis yang hepi2 sahaja

hmm, tak mau lagi sedih2 sebab mama yakin ALLAH ada perancangan yang sangat baik, yang terbaik buat kita semua di masa akan datang. apa yang ALLAH tetapkan untuk kita ni sebenarnya juga sesuai dengan kemampuan kita. bukankah ALLAH dah janji Dia takkan uji kita melainkan sesuai dengan kemampuan kita (alBaqarah 286). maknanya mama mampu lalui ujian ni, ayah mampu, abang akmal mampu dan baby juga, insyaAllah dihujungnya nanti ada keindahan untuk kita semua kan?

okey, cukup mukaddimah untuk hari ni.

hari ni mama tak mau cerita apa2, cuma nak upload gambar wedding mama dan ayah sebab esok anniversary kami. ye anak2 mama dan ayah, esok ialah wedding anniversary mama dan ayah yang ketiga, kalau ikut calendar omputeh la hehe!

Akad nikah
kat umah nenek jengka
satu daripada gambar yang mama suka
dah petang
paneh terik
kat umah nenek lepar
tersandar kepenatan
okeh dah ngantukkk..nanti mama sambung cerita ya.

Tuesday, February 26, 2013

Sunday, February 17, 2013

kisah akmalku3

mama call abang akmal. ayah kata abang akmal nak pakai pempes, nak sembahyang. ayah suruh tunggu kejap :-)


ini je yang ada dalam hp mama. anak soleh, akhlak mulia

kisah akmalku 2

lupa nak update, masa ayah outstation kat jerteh aritu, akmal cakap ayah sembahyang kat masjid, bila atuk ngan nenek tanya mana ayah. "ayah ayang kat ajid" :-)



yang sentiasa mama rindu, tertidur kat sofa nenek, tunggu ayah balik 'masjid' :-)

ada garisan air milo di pipi :-)


mama tak larat nak angkat abang akmal masuk bilik. abang akmal dah 13 kg. mudah2an sentiasa sihat dan dalam perlindungan ALLAH YANG ESA.

doa untuk baby tecik


"Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhkanlah segala penyakit. sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melainkan dengan penawarMu. Ya Allah, lahirkan anakku dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikan anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkan perangainya, fasihkan lidahnya dan merdukan suaranya untuk membaca Al Quran dan hadith dengan berkat Nabi Muhammad SAW".
*************
untuk anak2 mama dan ayah, inilah harapan mama dan ayah pada kalian. semoga anak2 mama dan ayah menjadi anak2 yang soleh dan solehah. mama, ayah dan abang akmal tak sabar menunggu kelahiran baby :-)

Saturday, February 16, 2013

kisah akmal ku...

"heyo"

"assalamualaikum sayang.."

"alam...ama anan anesh..."

allahu akbar, bijaknya akmal ambil hati mama.

mama rindu akmal sayang.

****************

Tuesday, February 5, 2013

bercuti..

mama coti kawankan akmal sbb ayah outstation kat jerteh.

semalam masa nak tido abg akmal call mama. sembang2 ngn akmal...mama jgn nangis katanya..allahuakbar..pintarnya ank mama. 2x abg akmal ckkp mcm tu. bahagianya mama, pada umur 2 thn 2bulan, abang akmal dah pandai pujuk mama :-)

buah hati




Sunday, February 3, 2013

entah...

lately ni air mata asyik tumpah. tumpah dan tumpah..entah berapa banyak. terkenangkan orang yang tersayang. kadang-kadang terasa nak surrender. rasa dah tak mampu nak melalui keadaan ni lebih2 lagi bila teringat saya terlepas banyak moment tumbesaran nyawa saya, MUHAMMAD AKMAL BIN AMIR DZULFADLI. terasa ruginya. terasa seolah2 terlalu mementingkan diri sendiri, terasa seperti tak bertanggungjawab pun ada..banyak sangat rasa-rasa yang tidak enak. 

sesekali hati rasa kuat tapi banyak kali hati sebenarnya rapuh sangat. ayah akmal dah berbuih mulut meyakinkan semuanya baik2 belaka. ya saya tau kerana dia seorang ayah yang hebat. bukan semua mampu menjadi sepertinya. bangun pagi siapkan barang2 sekolah akmal, buatkan milo, siapkan diri sendiri untuk pergi kerja, bergelut pula mengejutkan akmal bangun, menyiapkan akmal, baru pergi kerja, jaraknya? lebih 30 km. sampai ofis, tinggalkan akmal sekejap dalam kereta, pergi punch kemudian baru hantar akmal ke sekolah. alhamdulillah, allah jadikan akmal anak yang benar2 tidak menyusahkan ayah. kata ayah, tak de lagi adegan menangis tak mau masuk kelas. sekarang akmal jalan sendiri bawa beg masuk dalam kelas, letak botol milo dan terus duduk sama kawan-kawan untuk breakfast. alhamdulillah. cuma beberapa hari lepas ayah kata akmal meragam pagi suruh ayah tunggu dia habiskan milo dulu baru nak pergi sekolah.

selesai semua urusan akmal, baru ayah masuk ofis. alhamdulillah, ayah tak lambat. tengahari ayah balik rumah, basuh baju sebab ayah taknak susahkan nenek. petang lepas ambil akmal ayah tak terus balik rumah nenek, tapi singgah rumah dulu.siram pokok, main dengan akmal, sidai baju yang basuh tengahari tadi, bagi akmal makan, kadang2 ayah masak mi, kadang goreng telur, kadang goreng roti canai, untuk alas perut akmal sementara nak tunggu makan malam. lepas selesai semua, solat magrib, baru  balik rumah nenek. kadang2 akmal tertidur dalam kereta. kadang2 ayah singgah pasar malam untuk beli lauk. pernah nenek cerita akmal nak mainan kat pasar malam. ayah dah siap beli2 barang, duit kat tangan cuma tinggal rm5. ayah bawa akmal anta barang kat kereta, jalan pulak kat petrol pump g withdraw duit and pergi semula pasar untuk beli mainan akmal. hebatnya ayah melayan akmal. Akmal, bila akmal dah boleh baca ni nanti, ingat cerita  ni dan jadilah anak soleh yang sentiasa ingat pengorbanan ayah menjaga akmal.

mama? mama kat sini dengan baby  tak pernah putus doakan ayah dan akmal. doa supaya kita dapat tinggal bersama semula.supaya mama dapat sama2 ayah besarkan akmal dan baby. supaya hidup kita normal macam dulu semula. mama betul2 harap keadaan ni cuma sementara.
cinta mama tertidur di ribaan ayah masa hantar mama tunggu bas nak balik putrajaya. mama sayang akmal


Saturday, February 2, 2013

mau sambung cerita...

22 hb januari aritu mama g jumpa pakar O & G kat hospital putrajaya.

hmmm...parking takde, berkali2 pusing tp memang dah bukan rezeki nak dapat parking dalam hospital..parking kat depan balai polis, jalan perlahan2 g masuk hospital. :-) .nak tunggu turn punya la lama sampai tertidur2 mama. 

tapi the good news ialah, doc kata kedudukan uri dan baby telah kembali normal.alhamdulillah.syukur sangat2. dan ada satu berita yang mama ngan ayah decide nak simpan dulu hehe!

doc kata baby sihat dan dah mencapai berat 2.2 kg. ada kemungkinan lagi berat dari abang akmal bila keluar nanti.xkisahlah, yg penting, sihat. ayah hari2 ingatkan mama supaya tak tinggalkan supplement.ayah kata ayah tak pecaya mama sebab kalau kat rumah, mama ponteng2 makan :-) tapi kat sini mama makan sentiasa.

hmm..minggu ni tak balik lagi sebab minggu lepas dah balik lama. minggu depan pulak balik raya cina.

 aktiviti minggu tak balik aritu.

memanik

baking utk dibawa  balik


kemas barang baby

Sunday, January 20, 2013

sudah lama tak update.

weekend ni mama tak balik. minggu lepas ayah ngn abang besar a.k.a abang aman datang rumah mama. seronoknya. ayah bawak mama balik rumah nenek jengka, nak urut. doktor cakap mama placenta previa type 3. hari selasa nanti mama ada appointment ngan pakar O&G untuk confirmkan. tapi masa bidan urut tu pegang perut mama, dia pun cakap memang uri kebawah and baby duduk tak betul. tapi alhamdulillah dia dah tolong betulkan. mama rasa ok sikit, perut tak keras sangat. bidan cakap mama xcukup rehat. mungkin  betul kot, since mama travel every week putrajaya-kuantan-putrajaya. naik bus, terhentak2. itu lah, dugaan untuk keluarga kita. 

hmmm..minggu ni mama buat kek untuk ayah n abang aman. mama rindu ayah ngan abang aman. teringat2 pimpin tangan abang aman, teringat dia lari2, teringat dia ajak mama main.."mama jom ain..." teringat semuanya tentang abang aman dan ayah.

sekarang abang besar panggil diri dia "AMAN".

ayah bagitau abg aman panggil buah nenas tu buah emas. comelnya abng aman.

apa lagi mama nak citer? mama citer pasal placenta previa ni la dulu. bahasa senang dia, uri kebawah. ada 4 peringkat which is peringkat paling teruk adalah peringkat ke 4 iaitu keadaan di mana uri terus menutup laluan bersalin.


Placenta previa (placenta previa AE) is an obstetric complication in which the placenta is inserted partially or wholly in lower uterine segment.[1] It can sometimes occur in the later part of the first trimester, but usually during the second or third. (sumber)


Traditionally, four grades of placenta praevia are defined:[1]
Grade Description
I Placenta is in lower segment, but the lower edge does not reach internal os
II Lower edge of placenta reaches internal os, but does not cover it
III Placenta covers internal os partially
IV Placenta covers internal os completely

kalau ikut doc kat klinik kesihatan mama dah type 3 tapi alhamdulillah, mama takde bleeding. mama doa uri ngan baby duduk betul semula and mama dapat besalin normal.

jenis-jenisnya


cukupla dulu. nanti mama cerita lain pulak. mama sayang anak2 mama.

Wednesday, January 2, 2013

sangat terkesan di hati

pagi tadi sejurus selepas beli breakfast, teringat apsal la tak beli benda untuk kunyah2..tetiba2 dalam terfikir tu,seseorang ketuk pintu bilik n bagi keropok segera. alhamdulillah, rezeki Allah bagi melalui hambaNya kepada hambaNya yang lain. maka dapatlah ibu mengandung ni kunyah2...thank you Allah, Yang Maha Mendengar apa yang ada dalam hati hambanya.