mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 19, 2013

apa cerita nya gap?

uishhhh!dah lama betul tak menyimpan kenangan di sini ya? 

malam ni rasa nak share pasal law lah. untuk manfaat bersama. simpan sorang2 kang hilang pulak kan?

hmmm...sepanjang minggu lepas, almost everyday balik lambat. kesian si gadis solehah, terpaksa tunggu mama lama kat taska.

okey, kembali ke cerita asal, ni ha yang nak ceritanya...pasal pengambilan tanah. acik loyar tanah dik, harus la cerita pasal tanah. citer pasal lain kang takut sesat lagi menyesatkan pulak.

berdasarkan pengalaman setahun jagung berkhidmat kat opis lama, banyak jugak kes-kes pengambilan tanah yang ada timbul isu. macam-macam lah isu nya. tapi kuliah kita malam ni pasal boleh tak boleh tanah yang diambil untuk satu maksud lain tapi digunakan untuk maksud lain? paham tak?

bahasa orang kampungnya lebih kurang camni "kerajaan ambik tanah acik leha sebab nak  buat klinik kesihatan katanya tapi alih-alih jadi tadika pulak".

dalam keadaan camni, timbul persoalan di kalangan Pentadbir Tanah sama ada boleh ke tak boleh tanah acik leha yang nak buat klinik tu tadi dibuat tadika sebab tujuan pengambilan dah digazet ni? kadang-kadang bukan setakat Pentadbir Tanah, waris atau tuan tanah asal pun konfius boleh ke tak. kalau tak boleh, ada chance kot nak saman gomen mintak pampasan lebih sket..heee!

okeh, mari kita tengok peruntukan undang-undang yang ada.

dalam seksyen 68A Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 468) ada kata:
"where any land has been acquired under this Act, whether before or after the commencement of this section, no subsequent disposal or use of,  or dealing with, the land whether by the State Authority or by the Government, person or corporation on whose behalf the land was acquired, shall invalidate the acquisition of     the land."

apekah itu? tak pa nanti free2,gugel translate.
  
seksyen ni agak baru, so authority agak terhad. dalam kes Wan Munah bt Wan Embong dan  lain-lain lwn Pemungut Hasil Tanah Kuala Terengganu [1990] 2 MLJ 120, Mahkamah kata tanah yang diambil untuk satu maksud boleh digunakan untuk maksud yang lain asalkan maksud tersebut adalah sepertimana yang disenaraikan dalam seksyen 3.

so?jawapannya adalah BOLEH.

acik dah ngantuk dik. jom tido, esk bos nak jumpa la pulak adoi la scary the muvi. berdebar2. nak letak penafian lah....ini adalah sekadar pendapat peribadi,  bukan datang dari big bos iaitu Peguam Negara. sapa2 ada alami lost apa2 sebab guna opinin seciput ni, nasib hangpa la, gua tak bertanggungjawab ok?

dah tutup buku, g tdo. jangan lupa baca doa. cau cin cauuuuu

2 comments:

  1. heheh share la lagi pasal law..suka baca :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha!sebenarnya dah tak tau nak tulis apa but its good to share kan. dah berlumut blog ni ha hehe!hajar mak ko menang kes felda tu ke?bagus la, share sikit. mesti nanti boleh jadi rujukan untuk banyak lagi penerokawati2 tinggal/tunggal untuk dapatkan hak mereka. sometimes law just not on their side..kita rasa unfair tapi law kata camtu..ahhh mcm2 la. tp aku nk tau kes mak ko. court ckp apa?hepinya aku bc status fb ko aritu.

      err, aku reply komen ko ni ko bc tak?hehe

      Delete