apa pun kau panggil dia, mak, mama,ibu, ummi, dialah orangnya yang paling banyak berkorban untuk kamu anak2. ingat ini!
anak2 ku, ingat ini..
"Daripada Abi
Hurairah r.a. berkata: Telah datang seorang lelaki kepada baginda Nabi s.a.w
lantas bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah yang lebih berhak untuk aku berbuat
baik dan mendampinginya. Baginda bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian
siapa? Baginda bersabda: Ibu
kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian siapa? Baginda
bersabda: Ibu kamu. Tanya lelaki itu lagi: Kemudian
siapa? Baginda bersabda: Bapa kamu. (Hadith Muttafaq ‘alaih)"
***************
esok kena report duty kat AG hq, so kiranya hari ni last lah sepatutnya, tapi ai mintak tangguh u. terasa sungguh tak ready dan tak terasa nak paksa diri supaya ready...huuuu...
tadi g klinik, check perut. dah 21 minggu 1 hari. dah terasa gerakan2 yang kadang2 buat mama terkejut.
hmmm...inilah yang hendak diceritakan tentang pengorbanan mak. mak mengandung, penat tau bawak perut besar. sebelum ni bawak badan sendiri 50 kg, itupun ramai tak caya, "kurus camni 50 kg?" haa...sekarang dah jadi 61 kg. banyak beza tuh, dah nak kena minum air gula. bukannya sedap pun, manisnya ya ampun, semut pun boleh mati kna diabetes. kena puasa lak dulu semalaman sebelum minum, kena ambik darah, banyak tau. lepas 2 jam minum, kena ambik darah lagi, pastu baru boleh makan dan minum.
sebelum tu berapa kali ambik darah dah-hiv test, hb test la, sebab hb rendah sangat.
tadi kena cucuk. sakit dan lenguh sangat. ada mak yang tak tahan, boleh demam dibuatnya. mama alhamdulillah, masa abg besar dulu cuma sakit2 badan je, tak demam, harap2 kali ni pun tak demam sebab esok nak jalan jauh.
hmmm..kat sini je dah berapa banyak mak mengorbankan dirinya untuk memberi kehidupan pada anak2. berkongsi nyawa! maka, mmg sewajarnya kita mendahulukan mak dalam semua benda.
tu belum kira sakit2 sepanjang mengandung, bengkak kaki, mengah, cramp macam2la. masa abg besar dulu dua2 tangan mama kebas. pegang apa2 tak rasa. harap kali ni tak la sebab mama kena drive sorg2, ayah jauh, kalau kebas2 tangan, boleh menjejaskan driving skills.
bab loya dan muntah satu hal, kadang2 sampai lembik badan.
masuk pulak bab nak melahirkan, sakitnya tuhan je tau. hilang darah banyak. tapi mak tetap berjuang nak pastikan anak dapt keluar, hidup, selamat, sihat.
dah keluar, sambung cerita pantang, tak tido malam-nyamuk la,anak kembung la, macam2 la. pengalaman masa abang besar dulu, mama ngan ayah sekali atuk nenek semua berjaga malam setiap malam sebab abang besar menangis tiap2 malam. kata doc colic tapi kata org tua2 ada gangguan. entahla, macam2 ikhtiar ayah dan mama dan nenek buat, alhamdulillah bila dah menginjak 3 bulan, abang besar dah boleh tidur lena, dapatla mama dan ayah rehat.
masuk pulak bab menyusu. ada yang dapat rezeki susukan anak cukup 2tahun, ada yang tak dapat. tapi apapun, mak tetap berusaha yang terbaik untuk anaknya. macam mama, sampai sekarang abang besar masih menyusu. ya, masih lagi walaupun bila mama tanya "nenen sapa punya?" abang besar jawab "baby" so cute. tapi mama bagi juga sebab doc dah sahkan xmudaratkan baby tecik plus allah makbulkan doa mama nak bagi susu kat abang besar sampai abang besar cukup 2 tahun. tak lama dah, bulan depan je. tambah lagi mama nak kena pergi jauh, jadi mama fikir, sementara mama ada, biarlah abang besar susu dulu.
hmmm..apa lagi pengorbanan mak pada anak2?
banyak sebenarnya dan hampir x boleh nak di senaraikan satu2.
mak2 bukan nak mengungkit akan apa yang telah dia buat untuk anak2, tak sama sekali. tapi anak perlu ingat semua pengorbanan tu sebab mak jugak mahu dihargai dan diletakkan pada martabat yang sewajaarnya.
tapi ini jugak tak bermakna anak2 boleh ketepikan ayah. tidak sma sekali sebab ayah pun ada pengorbanannya.
******************
untuk anak2 mama dan ayah,
abang besar MUHAMMAD AKMAL dan adik2nya, jadilah anak yang soleh yang sentiasa ingat dan doa pada mama dan ayah.
cinta mama dan ayah pada kalian hingga ke syurga.