mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 23, 2012

saja tulis nak refresh apa yang ada dalam kepala ni

wahhh panjang gitu tajuknya ya.

sat2 tadi aku berjalan-jalan diruang maya, sambil2 bukak lawnet la kan nak buat opinion tentang macam2 hal, tersinggah pula ke blog mazidulakmal 360. aku suka baca blog beliau sebab beliau pandai tulis, ye lah kan wartawan, musti la kena pandai tulis.

nak cerita selingan sikit, nama muhammad akmal takde kena mengena dengan mazidul akmal tapi kan lepas beberapa hari akmal lahir, aku ada ambik few gamba dia, tetiba aku rasa muka dia cam ada mazidul sikit pastu agak lambat gak aku tersedar, eh nama anak aku akmal, oh sungguh kebetulan. haha.

tadi aku baca kat blog beliau pasal tanah tanih eh pasal tanah la, status tanah. aku tinggalkan komen ni.

salam.

pertama,berkenaan isu leasehold atau freehold ini, bermula dari tahun 1984, apabila pindaan terhadap kanun tanah negara dibuat, tiada lagi tanah dibenarkan untuk diberi milikan selama-lamanya kecuali dalam beberapa keadaan khas yang dinyatakan dalam undang-undang tersebut.

yang kedua, tanah yang berstatus freehold juga sebenarnya tidak terkecuali daripada dibuat pengambilan untuk tujuan pembangunan. walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa tidak ada harta yang boleh diambil tanpa pampasan sewajarnya diberikan.

ketiga, berkenaan bayarn premium yang dibangkitkan oleh ros, bayaran premium itu adalah untuk pemberimilikan semula tanah tersebut setelah tamat tempoh pajakan. situasinya begini, apabila suatu tanah diberimilik dengan status leasehold telah tamat tempoh pajakannya, tanah tersebut secara automatik terkembali kepada kerajaan negeri. pemilik asal berhak untuk memohon semula tanah tersebut manakala kerajaan negeri pula berhak untuk memberimilik kepada orang lain yang memohon tanah itu selain dari tuan tanah terdahulu.walaubagaimanapun, kebiasaannya kerajaan negeri akan memberi semula kepada tuan tanah terdahulu atas sebab diatas tanah tersebut telah ada rumah tuan tanah terdahulu dan sebagainya. apabila berlaku pemberimilikan semula inilah premium dikehendaki dibayar kerana identiti tanah tersebut telah bertukar. ianya dikira sebagai pemberimilikan baru. suatu suratan hakmilik baru (geran) akan didaftarkan dengan nombor hakmilik yang berbeza kerana suratan hakmilik terdahulu telah dibatalkan apabila tempoh pajakan tamat.

keempat, berkenaan tanah rizab melayu, undang-undang dalam enakmen rizab melayu (berbeza mengikut negeri), menetapkan bahawa tanah rizab melayu tidak boleh dipindahmilik, diberimilik, dibuat sebarang urusan kepada bukan melayu. tetapi sekiranya kerajaan merasakan suatu tanah rizab melayu perlu dibangunkan dimana pemajunya adalah bukan melayu, undang-undang membenarkan perizaban tanah tersebut dibatalkan dan satu tanah yang sama keluasan dan keadaan dengan tanah yang dibatalkan perizaban itu hendaklah diisytiharkan sebagai kawasan ganti kepada tanah yang telah dibatalkan perizabannya.

sekadar berkongsi maklumat, terima kasih :)

saja berkongsi sambil memajukan pemikiran sendiri. sebab benda ni kan sumber makanan aku. tapi aku pelik ngn diri aku ni tang bagi komen laju je tapi pasaipa tang nak bagi opinion macam agak perlahan seperti kereta nak abis minyak?


oh telupa nak tulis, comment ni kalau encik mazidul tak approve tak keluar ya di blog beliau (kena bagitau ni takut orang kata aku tipu lak bila komen ni tak keluar. tapi memang betul tau aku ada tulis kat ruang komen blog dia)

No comments:

Post a Comment