salam maulidur rasul...
hari ni di ofis ada majlis sambutan maulidur rasul. dalam kesibukan kerja, kena lah ada masa untuk suburkan rohani kita ye tak?
hmmm..cerita pagi ini 14 rabiul awwal 1433 hijriyah...2 tahun satu hari yang lalu, pada tarik 13 rabiul awwal 1431 hijri, saya dan suami diijabkabulkan..alhamdulillah dah 2 tahun ikut kalendar islam. yang kat ticker tu ikut calendar omputeh gittew!
rasa nak upload gamba2 kawen la pulakk hehe..nantilah godek2 balik gambar 2 tahun lepas.
alkisahnye semalam pagi2 kami balik ke lepar sebab encik abang tersayang mahu pinjam tong racun nak racun rumput yang dah masyaallah..tinggi nak sampai bumbung rumah (acah je..hee) on the way tu tiba-tiba teringat eh, hari ni cuti maulidur rasul, kita dah kawen 2 tahun la ayah (mama la cakap ni)..a'ah laa (ayah jawab sambil terus wish kat mama) pas tu kami bukak la cerita2 hari nikah kami sambil akmal tido lena di pangkuan. alhamdulillah antara hikmah kawen dihari kebesaran islam ni ialah...senang nak ingat ikut kalendar islam. betoi tak? betoiiiiii..jgn nak tipu kan, mmg betul bila kita kawen contohnya 1 muharram, kompom la senang nak ingat sbb klu tak de event2 ni ada ke kita ingat tarikh kawen kita ikut kalendar islam? ada tapi sangat jarang kot. korg ingat tak tarikh kawen korang ikut kalendar islam? hmmm, korang tau tak tarikh kawen korg ikut kalendar islam?hehe! jangan marah, tanya je..
nasib baik pilih tarikh selepas birthday rasulullah, dapatla ingat dengan mudah, kan? alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment