aku mengaku aku adalah pembaca media alternatif..tujuannya untuk dapat alternatif la selain daripada 'input' yang dibagi oleh buletin utama tiap2 malam (tp sekarang aku lagi selalu 'temankan' akmal tido time buletin utama ke udara).
aku baca tentang lynas, aku attend program yang state govt buat utk gomen servant tentang lynas.
aku takut sebenarnya. dengan segala macam masalah kat malaysia ni dari masalah perompak, penyamun, peragut, rogol, sampai masalah setinggan, harga barang, harga rumah, peluang kerja, masalah tapak pelupusan sampah pun tak leh nak selesai, longkang sumbat pun susah nak setel, pokok tinggi tepi rumah aku dah banyak kali aku buat aduan termasuk pada Yb yang katanya jaga kepentingan bangsa dan agama- semua masalah ni tak setel, cemana nak handle masalah lynas ni nanti?
apa untungnya kita sebenarnya ngan lynas ni?
aku punya anak dan anak-anak saudara yang berhak untuk menikmati malaysia yang selamat. aku juga masih mahu hadiahkan akmal adik, dan dia berhak hidup sihat dan selamat di malaysia ni.
tolonglah, jika pak2 menteri tak mahu fikir pasal akmal dan sepupu2nya, fikirlah macam mana aku fikir- pak menteri juga punya anak, anak saudara dan cucu yang berhak untuk satu malaysia yang lebih selamat.
entry ni adalah luahan hati aku yg betul2 bimbang. aku tak dapat bayangkan cemana akmal tak boleh nak enjoy childhood cemana aku dan ayahnya enjoy dulu sebab tempat tinggal aku ni dah tak selamat dek kerana lynas.
aku bukan orang politik. tulisan ini bukan politik.
No comments:
Post a Comment