mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 29, 2012

tahun melompat

ini je nak tulis.tahun ni ada 29 februari. tahun depan takdek.tahun lagi satu pun tadek.lambat lagi baru nak ada. so aku nak ada tinggal kenangan di hari ini

Monday, February 27, 2012

tangisan malam ulangtahun..

wahhh gitu tajuk yang kontrobesi.
ari ni genap 2 tahun kami dijabkabulkan.
gamba printscreen haru ada untuk kenangan dihari tua kelak

bukti
tengok dekat sikit...

alkisah malam tadi kami suami isteri sembang kosong sambil hero setelkan urusan cuti kat hrmis.hero kecik dah tido. sembang punya sembang punya sembang, hero berkata beliau lebih gembira dengan tarikh 13 rabiul awwal, sebab bulan islam. selaku seorang heroin mama pun jawab, ala kita ingat dua2 tarikh la best..pastu continue sembang dan sembang dan sembang dan suddenly mama cried..bersungguh2 menangisnya sampai sang hero menghentikan terus kerjanya. heroin sedih sebab esok kena g KL dan terpaksa tinggalkan hero besar dan hero kecil. menangis, menangis, menangis sampai dekat kul satu pagi. teringat nanti diorg nak makan apa masa mama takde, tingat nanti ayah kelam kabut pagi nak setelkan akmal, tingat sape nak iron kan baju ayah, macam2 la. tingat nanti akmal tido ngn ayah je cemana...makin laju menangis.

pagi tadi nangis lagi..tadi pas solat zohor pun nangis lagi..sayu nye hati ni nak tinggal buah hati...inilah kisahnya menangis di malam anibersari kami. tadek celebrate, we juz wish to each other. mood ke laut, kena outstesen huuu...

Thursday, February 23, 2012

syurga lah tempatmu wahai anak...

baca surah alfatihah dan niat sedekahkan untuk adik Faris Nur Daniel. mudah2an syurga tempatnya.


baru berniat nak share cerita ini dari blog mazidulakmal sebab encik mazidul kata tolong sebarkan jadi saya fikir takpelah tak mintak izin. tapi bila buka blog semula dah ada update entry ini.


sebak rasanya dan lantas teringat akmal ku.

saja tulis nak refresh apa yang ada dalam kepala ni

wahhh panjang gitu tajuknya ya.

sat2 tadi aku berjalan-jalan diruang maya, sambil2 bukak lawnet la kan nak buat opinion tentang macam2 hal, tersinggah pula ke blog mazidulakmal 360. aku suka baca blog beliau sebab beliau pandai tulis, ye lah kan wartawan, musti la kena pandai tulis.

nak cerita selingan sikit, nama muhammad akmal takde kena mengena dengan mazidul akmal tapi kan lepas beberapa hari akmal lahir, aku ada ambik few gamba dia, tetiba aku rasa muka dia cam ada mazidul sikit pastu agak lambat gak aku tersedar, eh nama anak aku akmal, oh sungguh kebetulan. haha.

tadi aku baca kat blog beliau pasal tanah tanih eh pasal tanah la, status tanah. aku tinggalkan komen ni.

salam.

pertama,berkenaan isu leasehold atau freehold ini, bermula dari tahun 1984, apabila pindaan terhadap kanun tanah negara dibuat, tiada lagi tanah dibenarkan untuk diberi milikan selama-lamanya kecuali dalam beberapa keadaan khas yang dinyatakan dalam undang-undang tersebut.

yang kedua, tanah yang berstatus freehold juga sebenarnya tidak terkecuali daripada dibuat pengambilan untuk tujuan pembangunan. walaubagaimanapun, undang-undang telah menetapkan bahawa tidak ada harta yang boleh diambil tanpa pampasan sewajarnya diberikan.

ketiga, berkenaan bayarn premium yang dibangkitkan oleh ros, bayaran premium itu adalah untuk pemberimilikan semula tanah tersebut setelah tamat tempoh pajakan. situasinya begini, apabila suatu tanah diberimilik dengan status leasehold telah tamat tempoh pajakannya, tanah tersebut secara automatik terkembali kepada kerajaan negeri. pemilik asal berhak untuk memohon semula tanah tersebut manakala kerajaan negeri pula berhak untuk memberimilik kepada orang lain yang memohon tanah itu selain dari tuan tanah terdahulu.walaubagaimanapun, kebiasaannya kerajaan negeri akan memberi semula kepada tuan tanah terdahulu atas sebab diatas tanah tersebut telah ada rumah tuan tanah terdahulu dan sebagainya. apabila berlaku pemberimilikan semula inilah premium dikehendaki dibayar kerana identiti tanah tersebut telah bertukar. ianya dikira sebagai pemberimilikan baru. suatu suratan hakmilik baru (geran) akan didaftarkan dengan nombor hakmilik yang berbeza kerana suratan hakmilik terdahulu telah dibatalkan apabila tempoh pajakan tamat.

keempat, berkenaan tanah rizab melayu, undang-undang dalam enakmen rizab melayu (berbeza mengikut negeri), menetapkan bahawa tanah rizab melayu tidak boleh dipindahmilik, diberimilik, dibuat sebarang urusan kepada bukan melayu. tetapi sekiranya kerajaan merasakan suatu tanah rizab melayu perlu dibangunkan dimana pemajunya adalah bukan melayu, undang-undang membenarkan perizaban tanah tersebut dibatalkan dan satu tanah yang sama keluasan dan keadaan dengan tanah yang dibatalkan perizaban itu hendaklah diisytiharkan sebagai kawasan ganti kepada tanah yang telah dibatalkan perizabannya.

sekadar berkongsi maklumat, terima kasih :)

saja berkongsi sambil memajukan pemikiran sendiri. sebab benda ni kan sumber makanan aku. tapi aku pelik ngn diri aku ni tang bagi komen laju je tapi pasaipa tang nak bagi opinion macam agak perlahan seperti kereta nak abis minyak?


oh telupa nak tulis, comment ni kalau encik mazidul tak approve tak keluar ya di blog beliau (kena bagitau ni takut orang kata aku tipu lak bila komen ni tak keluar. tapi memang betul tau aku ada tulis kat ruang komen blog dia)

Thursday, February 16, 2012

nak tulis jugak2 walaupun dah nak balik dan kerja masih banyak

esok dah jumaat.cepat betol hari berlalu seperti kata ayah akmal pagi tadi tapi time gaji je kenapa kita rasa lambat? hoh!

yang nak ditulis cumalah ini sebenarnya...

mama rindu akmal.

kadng2 time buat kerja pun nak sebut nama akmal. oh! pasti inilah juga perasaan ibuku rupanya. 

aku juga rindu pada emakku

Tuesday, February 14, 2012

ini bukan imam muda...


tapi ini IMAM TECIK mama...!

ahad lepas mama dan ayah belikan akmal kopiah dan jugak sejadah kecik since sekarang dah mula ikut2 mama dan ayah solat.

dah 2hari akmal pegi sekolah pakai kopiah. kawan2 mama cakap akmal sangat comel. mama mengiyakannya :)

Tuesday, February 7, 2012

assalamualaikum...

salam maulidur rasul...

hari ni di ofis ada majlis sambutan maulidur rasul. dalam kesibukan kerja, kena lah ada masa untuk suburkan rohani kita ye tak? 

hmmm..cerita pagi ini 14 rabiul awwal 1433 hijriyah...2 tahun satu hari yang lalu, pada tarik 13 rabiul awwal 1431 hijri, saya dan suami diijabkabulkan..alhamdulillah dah 2 tahun ikut kalendar islam. yang kat ticker tu ikut calendar omputeh gittew!

rasa nak upload gamba2 kawen la pulakk hehe..nantilah godek2 balik gambar 2 tahun lepas. 

alkisahnye  semalam pagi2 kami balik ke lepar sebab encik abang tersayang mahu pinjam tong racun nak racun rumput yang dah masyaallah..tinggi nak sampai bumbung rumah (acah je..hee) on the way tu tiba-tiba teringat eh, hari ni cuti maulidur rasul, kita dah kawen 2 tahun la ayah (mama la cakap ni)..a'ah laa (ayah jawab sambil terus wish kat mama) pas tu kami bukak la cerita2 hari nikah kami sambil akmal tido lena di pangkuan. alhamdulillah antara hikmah kawen dihari kebesaran islam ni ialah...senang nak ingat ikut kalendar islam. betoi tak? betoiiiiii..jgn nak tipu kan, mmg betul bila kita kawen contohnya 1 muharram, kompom la senang nak ingat sbb klu tak de event2 ni ada ke kita ingat tarikh kawen kita ikut kalendar islam? ada tapi sangat jarang kot. korg ingat tak tarikh kawen korang ikut kalendar islam? hmmm, korang tau tak tarikh kawen korg ikut kalendar islam?hehe! jangan marah, tanya je..

nasib baik pilih tarikh selepas birthday rasulullah, dapatla ingat dengan mudah, kan? alhamdulillah. 

sekian terima kasih :) mari kita berselawat beramai2

Friday, February 3, 2012

aku mahu malaysia yang selamat untuk akmal dan anak2 saudara ku

aku mengaku aku adalah pembaca media alternatif..tujuannya untuk dapat alternatif la selain daripada 'input' yang dibagi oleh buletin utama tiap2 malam (tp sekarang aku lagi selalu 'temankan' akmal tido time buletin utama ke udara).

aku baca tentang lynas, aku attend program yang state govt buat utk gomen servant tentang lynas. 

aku takut sebenarnya. dengan segala macam masalah kat malaysia ni dari masalah perompak, penyamun, peragut, rogol, sampai masalah setinggan, harga barang, harga rumah, peluang kerja, masalah tapak pelupusan sampah pun tak leh nak selesai, longkang sumbat pun susah nak setel, pokok tinggi tepi rumah aku dah banyak kali aku buat aduan termasuk pada Yb yang katanya jaga kepentingan bangsa dan agama- semua masalah ni tak setel, cemana nak handle masalah lynas ni nanti?

apa untungnya kita sebenarnya ngan lynas ni?

aku punya anak dan anak-anak saudara yang berhak untuk menikmati malaysia yang selamat. aku juga masih mahu hadiahkan akmal adik, dan dia berhak hidup sihat dan selamat di malaysia ni.

tolonglah, jika pak2 menteri tak mahu fikir pasal akmal dan sepupu2nya, fikirlah macam mana aku fikir- pak menteri juga punya anak, anak saudara dan cucu yang berhak untuk satu malaysia yang lebih selamat.

entry ni adalah luahan hati aku yg betul2 bimbang. aku tak dapat bayangkan cemana akmal tak boleh nak enjoy childhood cemana aku dan ayahnya enjoy dulu sebab tempat tinggal aku ni dah tak selamat dek kerana lynas. 

aku bukan orang politik. tulisan ini bukan politik.