aku memang seorang pengepam susu tegar, walaupun kadang-kadang separa tegar dan tak setegar orang lain, dalam hati aku tetap rasa diri aku pengepam susu tegar. jadinya bila ada yang mengutarakan cadangan-cadangan untuk aku memberi susu formula kepada akmal dengan alasan "ajar dia sikit2 takut susu tak cukup" , "cuba bagi dia susu tepung, tambah sikit zat" dan bermacam-macam lagi alasan untuk mewajarkan cadangan tersebut, aku jadi sentap, hangin dan buat muka.
sori banyak2, besfren aku zaman kat uitm dulu cakap, kalau aku rasa tak best, aku memang tak boleh sorok. reaksi muka aku memang otomatik akan menunjukkan perasaan aku masa tu. memang betul apa yang kawan aku tu cakap. jadi maaf kan aku sebab tak pandai sembunyikan perasaan aku, tak pandai berlakon. kalau aku sentap memang muka aku nampak sentap. kesentapan tersebut tidak dapat disorok-sorok lagi ya kawan-kawan.
aku tau akan kemungkinan susu tak cukup tu, tapi aku tak mau fikir pasal tu. aku sikit pun tak nak fikir yang susu aku tak cukup untuk akmal sebab aku sentiasa berdoa supaya ALLAH cukupkan susu aku untuk akmal sampai akmal umur dua tahun. aku taknak buat apa-apa persediaan untuk menghadapi saat kurang susu-maksud aku persediaan beli susu formula dan latih akmal minum susu formula sikit2-aku taknak buat persediaan tu. apa yang aku buat ialah kumpul stok sebanyak yang aku mampu supaya bekalan susu untuk akmal tak putus.
aku tanak fikir susu tak cukup!taknak!taknak!aku nak fikir cukup!cukup!cukup!selagi mana aku gigih mengepam, selagi tu akan cukup! aku memang emo kalau citer bab susu ibu ni.
sampai sekarang, alhamdulillah, belum setitik pun susu formula masuk dalam perut akmal dengan niat nak gantikan susu ibu. BELUM. kami suami isteri cuma bagi akmal chocolate milk dan sekali full krim milk dalam kotak tu tapi tu bukan dengan niat nak ganti susu tapi sebab memang nak bagi akmal minum sama macam kami bagi dia minum vitagen.
kenapa aku buat entry ni?sebab aku baru lepas pam susu dan tatkala mengepam itu aku terfikir dan teringat2 akan cadangan-cadangan yang pernah diutarakan pada aku pasal susu ibu vs susu formula ni. aku jadi menyirap dan entry ni adalah air sirap tersebut. tapi alhamdulillah, aku dapat jugak 7oz lebih sikit.
entry ni bukan untuk belagak2 bahawa akmal masih bf walaupun dah setahun lebih. tidak sama sekali ya sebab masih ada lebih kurang sebelas bulan lagi nak complete misi susu ibu nih, jadi perjalanan masih sangat jauh.
aku penah baca ada mak2 yang sentap jugak bila org lain citer pasal susu ibu-sebab mereka tak dapat susukan anak secara ekslusif for whatever reasons- tapi ketahuilah ibu2 sekelian (mode ramai pembaca) aku sangat kagum pada ibu-ibu yang gigih nak breastfeed anak dia, usaha bersungguh-sungguh tapi tak de rezeki, tabah pula mendepani hakikat kena bagi anak susu formula. aku kagum semangat dan kekuatan kamu2. kalau aku ditempat kamu belum tentu aku sekuat kamu. mudah2an di lain kali ALLAH bagi rezeki untuk breastfeed anak yang lain, kan?
dah. nak buat benda lain lak.
No comments:
Post a Comment