aku dah lama nak tulis pasal benda ni tapi skil mengarang aku tumpul. aku tak pandai nak karang cantik2 susun bahasa elok2 supaya takde orang yang terbaca nanti terkecik ati sebab aku ada pengalaman dengan blog aku yg lama dulu, ada orang yang salah tafsir apa yang aku tulis. dan benda tu walaupun aku penah cakap aku dah lupakan, tapi aku tipu je tu, aku tak penah lupa pun sebenarnya haha. 
ok, straight to the point, yang aku nak ceritakan ialah perihal pengurusan masa dalam alam rumahtangga. dan kenapa seorang abah itu perlu mendahului dalam setiap perkara yang dia nak bini dia a.k.a mak dan anak2 dia buat.
satu sebab paling utama adalah kerana abah itu adalah nakhoda kapal or driver bas or pilot flight dalam rumahtangga yang akan tentukan mana hala tuju rumahtangga. jadi apa-apa yang dia nak berlaku dalam rumahtangga dia, dia kena buat dulu supaya jadi contoh ikutan oleh penumpang-penumpang kapal@bas@kapalterbangnya a.k.a mak dan anak-anak. tak boleh la main request je dan berharap semata-mata benda tu akan jadi perfect sebagaimana yang diangan-angankan dalam kepala dan bila tak jadi sama cam yang dia imagine kan, put the blame on the passengers pulak. tak boleh. ini tidak adil!tidak adil! (yuna kata).
aish!jauh pulak peginya mukaddimah aku ya. baiklah cut the stori short lah, ni yang aku nak kongsikan. sila baca dengan berhati-hati, penuh hemah dan iman di dada serta fikiran yang terbuka luas. aku ambil ini dari blog ini. aku kopipes bulat bulat sebab apa yang dia tulis adalah sama dengan apa yang ada dalam kepala aku. aku cuma cut gambar yang ada dalam entry tersebut je dan jugak ayat ini "Sarapan pagi sebelum ke school" yang merupakan caption pada gambar tersebut. terimakasih ya allah sebab bagi aku jalan yang lebih berhemah untuk menyatakan pandangan aku. terima kasih jugak Mama Iman sebab entri yang menyamai fikiranku ini. saya mohon izin tepek di sini.
Salam.  Sekolah sudah bermula. Macam mana kekalutan mengejutkan anak ke sekolah  setelah sekian lama anak membuta sampai ke tengah hari? Hehe. Cabaran  sungguh kan? Saya pernah dengar teori yang menyatakan bahawa bila mana  seorang ibu itu adalah surirumah, anak-anak seringkali dilihat sebagai  anak yang liat bangun pagi. Ops, bukan saya yang cakap. Ade sesetengah  pendapat yang menyatakan begitu. Bezanya dengan ibu yang bekerja ialah,  mereka seakan “terpaksa” mengejutkan anak-anak bangun pagi-pagi sebab  keperluan untuk pergi kerja. Jadi, mereka banyak “mengeraskan hati” @  tidak berlembut dengan anak-anak supaya anak-anak bangun pagi.
Ibu bekerja tiada perasaan seperti,  “Alahai…kesian nak kejutkan pagi2″. Sedangkan sebelah malamnya anaknya  itu bukannya study pun, tapi cuma bermain game sehingga lewat malam.  Ahak.
Ibu bekerja juga kalau boleh tentulah  tak mahu mengamuk-ngamuk sakan pagi-pagi buta bila anak yang dikejut  susah gila nak bangun menguruskan diri. Huh, hilang mood nak pergi  kerja. Bad mood lah sepanjang hari jawabnya.
Teringat zaman saya kecil2 dahulu.  Sekolah rendah, pukul 430 @ 500 mak sudah bangun pagi untuk buat  sarapan. Pukul 530 pagi kami dah dikejutkan untuk mandi segala. Pukul  630 sarapan pagi yang mak sediakan. Mak sendiri akan siapkan diri  sendiri sebelum menyiapkan diri kami. Bila kami menganjak sekolah  menengah, mak paksa kami bangun pukul 5 pagi!! Huaaa!
 >
1. Contoh yang baik
Huh, nak anak bangun  pagi, kita kenalah jadi contoh terbaik dahulu. Ni kalau si ayah @ si  mak sendiri yang liat-liat bangun, tapi tepuk2 anak kat sebelah suruh  bangun pagi, tapi diri sendiri masih terbaring pejam mata, ada anak tu  nak ikut? Hah, dalam hati diorg “Eleh, mak pon malas2 tak aktif pagi,  nak pulak suruh saya bangun pagi2 buta”. Haa, si bapak pun sama lah.  Takkan pula anak bangun dulu sebelum bapa kan? So, kalaulah katakan  dalam keluarga tu si isteri adalah “jam loceng” si suami, kenalah si  isteri kejutkan suami tu dahulu, dan pastikan suami dah bersiap &  segar bugar, sebelum kejutkan si anak. Rasionalnya ialah, nak jadikan  contoh kat anak yang ayahnya rajin bangun pagi. “Oh, ayah dah siap2″  Fikir si anak. Ni kalau ayah bangun serentak dengan anak, “Eleh, ayah  pun susah bangun”. Haha, tentu kita tak nak anak fikir gitu kan? Macam  mana nak jadi contoh yang baik.
>
 2. Aktiviti pagi
Pagi-pagi kenalah  isikan masa anak tu dengan aktivity yang menggembirakan. Yelah, kalau  dah bangun awal-awal, sekali bangun dan bersiap, jam baru pukul 615  pagi. Tak ke bengkek je rasanya bebudak ni. “Alah..awal sangat lagi. Nak  buat apa lagi, tidur lagi baik”. Haa, tak ke nada frust tu? So, ayah2  kenalah ajak mereka2 ni solat Subuh dahulu secara berjemaah. Haa,  takdelah tertinggal Subuh ye tak? Ibu-ibu pulak, sarapan pagi kenalah  dah sedia. So, anak happy je nak makan sarapan pagi. Maklumlah sepanjang  tidur malam kan kira dah puasa. Sarapan memang jangan skip ya. Dengan  itu, anak ke sekolah happy je perut dah terisi. Alah, tak perlulah  sarapan fancy2 sangat. Setakat leftover dinner semalam pon orait what.  Oter la sikit2 kasi mengancam. Tambah buah2 sikit ke. Susu ke, yogurt  ke.
>
3. Aktiviti malam
Haa, bab aktiviti  malam, ibu bapalah ada kuasa sepenuhnya. Elakkan pengaruh-pengaruh luar  yang memaksa anak-anak tidur lewat. Nanti pagi mengamuk2 tak cukup  tidur, ibu bapa juga yang susah. Bukan orang lain yang susah. So, kawal  anak sendiri sepenuhnya. Jadual waktu mereka sepatutnya orang lain tak  boleh kacau. Jangan disalahkan anak yang main game sahaja, atau tonton  TV sahaja. Sebab siapa yang benarkan mereka main game @ tonton TV sampai  lewat malam? Anda juga kan?
 >
>
Eh, Iman masih kecik. Takkan lah dah  apply semua yang kat atas tu? Haha. Tak semua. Tapi sebahagian tu adalah  dah praktikkan sikit2. Ada orang tanya, gamak saya mandikan Iman  pagi-pagi buta? Hehe. Gamak!! Sebab saya nak maksimumkan masa  bersamanya. Sekurang2nya, pagi2 saya akan membelek2 badan Iman. Yelah,  pas balik taska, boleh cek2 kot2 ade lebam sana sini. Ahak. Saya  tidaklah mandikan air sejuk sangat-sangat pun. Saya akan hangatkan sikit  air. Kalau tiada pemanas air, saya akan rebus air mandian buat Iman.  Iman bangun ke? Haha. Kadang-kadang saya cuma perlu panggil nama Iman,  dia akan bangun dan siap sebut “Hai” lagi. Haaa, tu maknanya memang puas  sangat tidur la tu. Kalau tak berapa nak cukup tidur tu, memang dia tak  bangun dengan sekadar panggilan. Saya gotong je ke bilik air. Buka  segala2nya, dan terus jirus air. Bunyi macam kejam kan? Hehe. Iman akan  terus bangun, dan saya terus berus giginya. Lepas berus gigi je, memang  Iman akan segar bugar.
Siap mandi, Iman dah tahu rutinnya. Saya  pakaikan tuala, dan Iman akan terus meluru ke arah Ayah Iman untuk  dipakaikan baju dan disuapkan sarapan. Itulah rutin pagi-pagi Iman. Iman  akan jadi sangat aktif pagi. Maklumlah, perut dah terisi. InsyaAllah,  saya akan cuba praktikkan semua di atas supaya Iman tak malas bangun  pagi dan yang paling penting, tak tinggal Subuh~! InsyaAllah.
Kalau boleh bangun pagi untuk ke  sekolah, kenapa tak boleh bangun pagi untuk Subuh? Ops, jangan salahkan  anak konon anak liat bangun pagi. Salahkan diri macam mana kita didik  anak kita. Sama-samalah kita beri yang terbaik buat anak kita. Cuma  terkadang yang terbaik untuk anak orang lain, tak semestinya terbaik  untuk kita.
Wallahua’lam.
inilah yang bertulisan condong yang nak dikongsikan. maknanya sebelum nak ajar anak, kena ajar diri sendiri dulu. sebab mak dan abah lah contoh kepada anak tersebut. 
dalam rumahtangga, mak dah abah ada tangungjawab yang kena kongsi. kata dah bercinta sharing is caring kannn...




No comments:
Post a Comment