banyak keje nak buat.
tapi nak update jugak.
semalam akmal genap berusia 1 tahun 2 bulan, dan akmal sudah boleh berjalan sendiri. alhamdulillah. mama seronok, ayah seronok, akmal apatah lagi, taknak berenti bejalan malam tadi.
mama tak ada ambik gambar, insyaallah malam ni ambik, n nak record jugak si tecik mama yang dah 'dapat' kaki :)
Tuesday, January 31, 2012
Monday, January 30, 2012
hujung minggu yang berjaya...
alhamdulillah..
weekend yang sangat sukses seperti yang saya rancang.
berjaya kemas stor-matlamat utama wiken baru ni. sampai akmal suka sangat ulang alik masuk stor yang sudah di 5S kan tu haha!
berjaya masak nasik lemak yang sedap (ayah akmal kata hehe) masa akmal dan ayah tengah tido. siap boleh kejutkan ayah, jom bekfes, akmal ajak haha! ayah bangun je pling! makanan sudah siap. best :)
berjaya memujuk ayah untuk ubah kedudukan perabot kat bilik tido untuk lebih keselesaan. pun best jugak.
ayah jugak berjaya mengemas bilik akmal halfway. takpe next weekend kita cuba siapkan sebab stor dah kemas jadi barang2 dalam bilik akmal anytime boleh transfer kat stor. best best best. tak sabar nak wujudkan classroom-cum-playground's-bedroom untuk akmal. huh!sungguh bersemangat.
alhamdulillah best sungguh weekend kali ni, pendek kata berjaya la membuatkan rumah kelihatan seperti rumah sebenar tanpa sehelai rambut pun dilantai dan jugak kain baju menimbun dibakul. minggu depan nak gotong royong kat luar rumah pulak :)
oh ya, sebelum lupa, arini akmal genap setahun 2 bulan :) makin bijak, makin pintar, makin manja.
alhamdulillah untuk semua ini.
Thursday, January 26, 2012
kenapa lagi...
kenapa bila puasa kita terasa nak makn macam-macam?
harini aku puasa. ganti. dah masuk tahun baru hijrah lama dah tapi puasa tak abis ganti lagi. apa da...harap aku dapat menguatkan iman dan hati untuk teruskan puasa sampai abis. tak mau skip except for weekend.nanti payah nak start semula. betul tak?
wekend ni aku bercadang nak mengemas stor. ya, bilik kecik kosong yang kami guna untuk buat tempat jemur kain. kain tak leh jemur kat luar sebab sekitar rumah kami sangat banyak makhluk lain yang sama-sama tumpang hidup. takut kang baju hilang ke..ataupun tup-tup tengok baju dah ada kat atas pokok ke..hehe! ada monyet la...so, sebagai langkah berjaga-jaga, kitorang decide nak jemur baju dalam rumah je.
yang sebenarnya aku nak cerita pasal perasan nak makan time puasa nih tapi dah melalut pulak. tak pelah nak jugak sambung cerita pasal stor. aku targeyt nak kemaskan stor tu sebelum ayah akmal mula start kemas bilik akmal. korang bayangkan le punya dah lama pindah, bilik2 kat umah kitorang tu semua tak berkemas lagi except bilik tidur kitorg, dapur, bilik air dan jugak bilik belakang yang aku guna buat bengkel jahitan hahaha!
so this wekend harapnya dapat kekuatan dan kelapangan masa untuk mengemas bersengguh-sungguh sebab barang dalam bilik akmal tu ada banyak, nak kena punggah nanti takde tempat pulak nak letak.
ok masuk bab yamg sebenar yang aku nak tulis. pasal teringin nak makan macam-macam, aku syak faktor utama adalah kerana lapar haha. dan sekarang aku tengah teringin nak makan ini
sambal belacan |
labu masak lemak |
ikan kering sepat |
pekasam |
arghhh!sedapnya..tekak orang kampung kan... nak buat cemana.
best nyeh kalau dapat nih.
Wednesday, January 25, 2012
mimpi..
malam tadi mama bermimpi akmal hilang!
penat mama cari, rupanya akmal main papan gelongsor sorang2. nasib baik mama jumpa!
penat mama cari, rupanya akmal main papan gelongsor sorang2. nasib baik mama jumpa!
Thursday, January 19, 2012
kenapa...?
aku dah lama nak tulis pasal benda ni tapi skil mengarang aku tumpul. aku tak pandai nak karang cantik2 susun bahasa elok2 supaya takde orang yang terbaca nanti terkecik ati sebab aku ada pengalaman dengan blog aku yg lama dulu, ada orang yang salah tafsir apa yang aku tulis. dan benda tu walaupun aku penah cakap aku dah lupakan, tapi aku tipu je tu, aku tak penah lupa pun sebenarnya haha.
ok, straight to the point, yang aku nak ceritakan ialah perihal pengurusan masa dalam alam rumahtangga. dan kenapa seorang abah itu perlu mendahului dalam setiap perkara yang dia nak bini dia a.k.a mak dan anak2 dia buat.
satu sebab paling utama adalah kerana abah itu adalah nakhoda kapal or driver bas or pilot flight dalam rumahtangga yang akan tentukan mana hala tuju rumahtangga. jadi apa-apa yang dia nak berlaku dalam rumahtangga dia, dia kena buat dulu supaya jadi contoh ikutan oleh penumpang-penumpang kapal@bas@kapalterbangnya a.k.a mak dan anak-anak. tak boleh la main request je dan berharap semata-mata benda tu akan jadi perfect sebagaimana yang diangan-angankan dalam kepala dan bila tak jadi sama cam yang dia imagine kan, put the blame on the passengers pulak. tak boleh. ini tidak adil!tidak adil! (yuna kata).
aish!jauh pulak peginya mukaddimah aku ya. baiklah cut the stori short lah, ni yang aku nak kongsikan. sila baca dengan berhati-hati, penuh hemah dan iman di dada serta fikiran yang terbuka luas. aku ambil ini dari blog ini. aku kopipes bulat bulat sebab apa yang dia tulis adalah sama dengan apa yang ada dalam kepala aku. aku cuma cut gambar yang ada dalam entry tersebut je dan jugak ayat ini "Sarapan pagi sebelum ke school" yang merupakan caption pada gambar tersebut. terimakasih ya allah sebab bagi aku jalan yang lebih berhemah untuk menyatakan pandangan aku. terima kasih jugak Mama Iman sebab entri yang menyamai fikiranku ini. saya mohon izin tepek di sini.
Salam. Sekolah sudah bermula. Macam mana kekalutan mengejutkan anak ke sekolah setelah sekian lama anak membuta sampai ke tengah hari? Hehe. Cabaran sungguh kan? Saya pernah dengar teori yang menyatakan bahawa bila mana seorang ibu itu adalah surirumah, anak-anak seringkali dilihat sebagai anak yang liat bangun pagi. Ops, bukan saya yang cakap. Ade sesetengah pendapat yang menyatakan begitu. Bezanya dengan ibu yang bekerja ialah, mereka seakan “terpaksa” mengejutkan anak-anak bangun pagi-pagi sebab keperluan untuk pergi kerja. Jadi, mereka banyak “mengeraskan hati” @ tidak berlembut dengan anak-anak supaya anak-anak bangun pagi.
Ibu bekerja tiada perasaan seperti, “Alahai…kesian nak kejutkan pagi2″. Sedangkan sebelah malamnya anaknya itu bukannya study pun, tapi cuma bermain game sehingga lewat malam. Ahak.
Ibu bekerja juga kalau boleh tentulah tak mahu mengamuk-ngamuk sakan pagi-pagi buta bila anak yang dikejut susah gila nak bangun menguruskan diri. Huh, hilang mood nak pergi kerja. Bad mood lah sepanjang hari jawabnya.
Teringat zaman saya kecil2 dahulu. Sekolah rendah, pukul 430 @ 500 mak sudah bangun pagi untuk buat sarapan. Pukul 530 pagi kami dah dikejutkan untuk mandi segala. Pukul 630 sarapan pagi yang mak sediakan. Mak sendiri akan siapkan diri sendiri sebelum menyiapkan diri kami. Bila kami menganjak sekolah menengah, mak paksa kami bangun pukul 5 pagi!! Huaaa!
>
1. Contoh yang baik
Huh, nak anak bangun pagi, kita kenalah jadi contoh terbaik dahulu. Ni kalau si ayah @ si mak sendiri yang liat-liat bangun, tapi tepuk2 anak kat sebelah suruh bangun pagi, tapi diri sendiri masih terbaring pejam mata, ada anak tu nak ikut? Hah, dalam hati diorg “Eleh, mak pon malas2 tak aktif pagi, nak pulak suruh saya bangun pagi2 buta”. Haa, si bapak pun sama lah. Takkan pula anak bangun dulu sebelum bapa kan? So, kalaulah katakan dalam keluarga tu si isteri adalah “jam loceng” si suami, kenalah si isteri kejutkan suami tu dahulu, dan pastikan suami dah bersiap & segar bugar, sebelum kejutkan si anak. Rasionalnya ialah, nak jadikan contoh kat anak yang ayahnya rajin bangun pagi. “Oh, ayah dah siap2″ Fikir si anak. Ni kalau ayah bangun serentak dengan anak, “Eleh, ayah pun susah bangun”. Haha, tentu kita tak nak anak fikir gitu kan? Macam mana nak jadi contoh yang baik.
>
2. Aktiviti pagi
Pagi-pagi kenalah isikan masa anak tu dengan aktivity yang menggembirakan. Yelah, kalau dah bangun awal-awal, sekali bangun dan bersiap, jam baru pukul 615 pagi. Tak ke bengkek je rasanya bebudak ni. “Alah..awal sangat lagi. Nak buat apa lagi, tidur lagi baik”. Haa, tak ke nada frust tu? So, ayah2 kenalah ajak mereka2 ni solat Subuh dahulu secara berjemaah. Haa, takdelah tertinggal Subuh ye tak? Ibu-ibu pulak, sarapan pagi kenalah dah sedia. So, anak happy je nak makan sarapan pagi. Maklumlah sepanjang tidur malam kan kira dah puasa. Sarapan memang jangan skip ya. Dengan itu, anak ke sekolah happy je perut dah terisi. Alah, tak perlulah sarapan fancy2 sangat. Setakat leftover dinner semalam pon orait what. Oter la sikit2 kasi mengancam. Tambah buah2 sikit ke. Susu ke, yogurt ke.
>
3. Aktiviti malam
Haa, bab aktiviti malam, ibu bapalah ada kuasa sepenuhnya. Elakkan pengaruh-pengaruh luar yang memaksa anak-anak tidur lewat. Nanti pagi mengamuk2 tak cukup tidur, ibu bapa juga yang susah. Bukan orang lain yang susah. So, kawal anak sendiri sepenuhnya. Jadual waktu mereka sepatutnya orang lain tak boleh kacau. Jangan disalahkan anak yang main game sahaja, atau tonton TV sahaja. Sebab siapa yang benarkan mereka main game @ tonton TV sampai lewat malam? Anda juga kan?
>
>
Eh, Iman masih kecik. Takkan lah dah apply semua yang kat atas tu? Haha. Tak semua. Tapi sebahagian tu adalah dah praktikkan sikit2. Ada orang tanya, gamak saya mandikan Iman pagi-pagi buta? Hehe. Gamak!! Sebab saya nak maksimumkan masa bersamanya. Sekurang2nya, pagi2 saya akan membelek2 badan Iman. Yelah, pas balik taska, boleh cek2 kot2 ade lebam sana sini. Ahak. Saya tidaklah mandikan air sejuk sangat-sangat pun. Saya akan hangatkan sikit air. Kalau tiada pemanas air, saya akan rebus air mandian buat Iman. Iman bangun ke? Haha. Kadang-kadang saya cuma perlu panggil nama Iman, dia akan bangun dan siap sebut “Hai” lagi. Haaa, tu maknanya memang puas sangat tidur la tu. Kalau tak berapa nak cukup tidur tu, memang dia tak bangun dengan sekadar panggilan. Saya gotong je ke bilik air. Buka segala2nya, dan terus jirus air. Bunyi macam kejam kan? Hehe. Iman akan terus bangun, dan saya terus berus giginya. Lepas berus gigi je, memang Iman akan segar bugar.
Siap mandi, Iman dah tahu rutinnya. Saya pakaikan tuala, dan Iman akan terus meluru ke arah Ayah Iman untuk dipakaikan baju dan disuapkan sarapan. Itulah rutin pagi-pagi Iman. Iman akan jadi sangat aktif pagi. Maklumlah, perut dah terisi. InsyaAllah, saya akan cuba praktikkan semua di atas supaya Iman tak malas bangun pagi dan yang paling penting, tak tinggal Subuh~! InsyaAllah.
Kalau boleh bangun pagi untuk ke sekolah, kenapa tak boleh bangun pagi untuk Subuh? Ops, jangan salahkan anak konon anak liat bangun pagi. Salahkan diri macam mana kita didik anak kita. Sama-samalah kita beri yang terbaik buat anak kita. Cuma terkadang yang terbaik untuk anak orang lain, tak semestinya terbaik untuk kita.
Wallahua’lam.
inilah yang bertulisan condong yang nak dikongsikan. maknanya sebelum nak ajar anak, kena ajar diri sendiri dulu. sebab mak dan abah lah contoh kepada anak tersebut.
dalam rumahtangga, mak dah abah ada tangungjawab yang kena kongsi. kata dah bercinta sharing is caring kannn...
Tuesday, January 17, 2012
pening...
dah dua hari akmal bangun malam. mlm semalam dia tak tidur tp ok je tak merengek, mlm tadi dia bantai menangis tanak tidur dari pukul 2.30 sampai 5 pagi...napa camtu sayang?
dah 2hari akmal g sekolah tak mandi sebab mama tak sampai hati nak kejutkan akmal pukul 7.15 macam biasa sebab malam akmal tak tido. malam ni kita tidur ya sayang. mama pening huuu..pagi tadi dah terpecahkan cawan satu, pening campur hilang kawalan ke ape tah, terlepas cawan dari tangan.
akmal tido ya sayang...ayah pun pening jugak..sian ayahh...
Friday, January 13, 2012
cerita tahun baru kami...
arini dah 13 januari 2012.
harap2nya tahun baru 2012 menjadi tahun yang lebih baik (kenapa lebih mudah nak ingat 1 january as compared to 1 muharram???) hmmm...
ini ada cerita..cerita tahun baru famili kami. sebelum tu meh tengok gambar-gambar ni dulu..
new year's ride |
tangan kena cucuk |
hmmm... |
seronok kena check :) |
inilah cerita tahun baru kami. akmal warded sebab tak boleh kencing. doc suspected ada infection kat salur kencing. tapi alhamdulillah, takde apa2 sebab pagi masuk ward, petang tu akmal dah mula kencing. yang merah-merah kat dia punya private part tu is nappy rash.
mama cuti temankan akmal tido kat ward.
moral of the story, pastikan tukar lampin anak dengan kerap. sy wonder jugak macamana benda ni boleh jadi coz kitorg termasuk cikgu kat taska tak pernah biarkan akmal 'terendam' dalam najis lama-lama. tapi datang dari mana benda merah2 tu?sangat teruk dan sangat luar biasa.
malam kul 10.30 kami bawa akmal ke klinik, mujur masih ada klinik yang buka. sebab kemerahan tu menyebabkan oversize dan bengkak. doc bagi ubat sapu,ubat makan n suruh pantau whether akmal kencing or tak. kalau tak kencing, most probably infection di salur kencing, air kencing tak keluar dan boleh menjangkiti pundi kencing dan buah pinggang juga.
pagi nak mandi g taska (mama mandikan akmal tiap2 hari before hantar sekolah-nanti mama cerita), tengok diaper dia kering. bimbang jugak tapi nak sedapkan hati, cakap kat ayah akmal-malam tadi memang akmal kurang susu, maybe ngantuk sebab ubat makan tu can cause drowsiness. ayah kata, ok takpe, nanti kat sekolah kita check akmal kencing tak. sampai sekolah, akmal tak kencing lagi, and cikgu bagitau semalam pun diaper akmal tak penuh!
mama terus ajaak ayah bawak akmal g hospital. gitu gini gitu gini, akhirnya akmal kena tahan ward, mama cuti 2hari tunggu akmal. doc ambil darah dan jugak air kencing akmal untuk buat test.
tapi alhamdulillah, bukan jangkitan.
semalam merah-merah tu muncul lagi tapi sikit, saya siap2 sapukan ubat yang doc bagi aritu, takut!
itulah ceritanya, tahun baru kami sekeluarga. kejadian berlaku pada 5 januari 2012.
tambahan sikit- akmal dah pandai ambil syringe dan masukkan kat mulut mama-konon2 bagi mama makan ubat macam ayah selalu buat kat akmal :)
Thursday, January 12, 2012
panas dalam
nenong!nenong!nenong!
hapdet di pagi hari.
aku tengah nak buat hrmis ni. apa benda tu?tanya goment servant, tau le deme jawapannya. tapi yang aku hanginnye masuk hrmis guna username ngn paword aku tapi tiba-tiba nak buat penilaian prestasi keluar nama mahayudin bin baba, jabatan perhutanan. ape ke hey nye yeop?
adoihla sistem oh sistem..kan ke lebih efisien kalau buat prestasi secara manual @ pakai kertas cam dolu2, tak yah le dah masuk kene keluar balik dah tunggu nak login je sekian lama..adoidoidoi....symp...
Wednesday, January 11, 2012
susu ibu
aku memang seorang pengepam susu tegar, walaupun kadang-kadang separa tegar dan tak setegar orang lain, dalam hati aku tetap rasa diri aku pengepam susu tegar. jadinya bila ada yang mengutarakan cadangan-cadangan untuk aku memberi susu formula kepada akmal dengan alasan "ajar dia sikit2 takut susu tak cukup" , "cuba bagi dia susu tepung, tambah sikit zat" dan bermacam-macam lagi alasan untuk mewajarkan cadangan tersebut, aku jadi sentap, hangin dan buat muka.
sori banyak2, besfren aku zaman kat uitm dulu cakap, kalau aku rasa tak best, aku memang tak boleh sorok. reaksi muka aku memang otomatik akan menunjukkan perasaan aku masa tu. memang betul apa yang kawan aku tu cakap. jadi maaf kan aku sebab tak pandai sembunyikan perasaan aku, tak pandai berlakon. kalau aku sentap memang muka aku nampak sentap. kesentapan tersebut tidak dapat disorok-sorok lagi ya kawan-kawan.
aku tau akan kemungkinan susu tak cukup tu, tapi aku tak mau fikir pasal tu. aku sikit pun tak nak fikir yang susu aku tak cukup untuk akmal sebab aku sentiasa berdoa supaya ALLAH cukupkan susu aku untuk akmal sampai akmal umur dua tahun. aku taknak buat apa-apa persediaan untuk menghadapi saat kurang susu-maksud aku persediaan beli susu formula dan latih akmal minum susu formula sikit2-aku taknak buat persediaan tu. apa yang aku buat ialah kumpul stok sebanyak yang aku mampu supaya bekalan susu untuk akmal tak putus.
aku tanak fikir susu tak cukup!taknak!taknak!aku nak fikir cukup!cukup!cukup!selagi mana aku gigih mengepam, selagi tu akan cukup! aku memang emo kalau citer bab susu ibu ni.
sampai sekarang, alhamdulillah, belum setitik pun susu formula masuk dalam perut akmal dengan niat nak gantikan susu ibu. BELUM. kami suami isteri cuma bagi akmal chocolate milk dan sekali full krim milk dalam kotak tu tapi tu bukan dengan niat nak ganti susu tapi sebab memang nak bagi akmal minum sama macam kami bagi dia minum vitagen.
kenapa aku buat entry ni?sebab aku baru lepas pam susu dan tatkala mengepam itu aku terfikir dan teringat2 akan cadangan-cadangan yang pernah diutarakan pada aku pasal susu ibu vs susu formula ni. aku jadi menyirap dan entry ni adalah air sirap tersebut. tapi alhamdulillah, aku dapat jugak 7oz lebih sikit.
entry ni bukan untuk belagak2 bahawa akmal masih bf walaupun dah setahun lebih. tidak sama sekali ya sebab masih ada lebih kurang sebelas bulan lagi nak complete misi susu ibu nih, jadi perjalanan masih sangat jauh.
aku penah baca ada mak2 yang sentap jugak bila org lain citer pasal susu ibu-sebab mereka tak dapat susukan anak secara ekslusif for whatever reasons- tapi ketahuilah ibu2 sekelian (mode ramai pembaca) aku sangat kagum pada ibu-ibu yang gigih nak breastfeed anak dia, usaha bersungguh-sungguh tapi tak de rezeki, tabah pula mendepani hakikat kena bagi anak susu formula. aku kagum semangat dan kekuatan kamu2. kalau aku ditempat kamu belum tentu aku sekuat kamu. mudah2an di lain kali ALLAH bagi rezeki untuk breastfeed anak yang lain, kan?
dah. nak buat benda lain lak.
Tuesday, January 10, 2012
nak citer pasal atemai
akmal dah setahun lebih sikit.
akmal dah pandai macam2.sekarang ni dia amat merupakan seorang yang copy paste.
akmal copy paste macam-macam.
- sebelum tidur, ayah sapukan mintak angin kat perut akmal, akmal kopipes, sapu minyak angin kat perut ayah. sangat cumel.
-mama bersihkan telinga akmal guna cotton bud dan minyk johnson, akmal kopipes jugak, ambik cotton bud dan mintak mama letakkan minyak johnson.
-akmal kopipes mama pukul nyamuk dan halau lalat.
-akmal pandai suap mama makan-kopipes mama suap akmal makan.
*akmal jugak dah pandai halau kucing bila mama cakap, 'akmal halau kan kucing masuk rumah' hehe!
*akmal pandai lukis :)
lukis kat magnetic board |
lukis kat peha |
*akmal dah pandai jerit mintak air
*akmal pandai sapukan bedak kat muka mama. mama saja pakai bedak comot2 nanti akmal tolong sapukan rata-rata :)
*akmal pandai sikat rambut
*akmal pandai dan sangat suka main apa2 yang boleh pasang dan cabut balik-tayar kereta, penutup botol dan jugak kepala paip yang ayah tak jadi pasang huhu!
*akmal pandai kupas telur rebus. sekarang ni bukak peti je dia nak ambik telur huu..dia tak tau tu telur mentah
*akmal suka tutup tv huuu, taburkan kain mama dah lipat, tumpahkan air, nak makan sendiri, tiup tangan sebab terpegang makanan panas, apa lagi yek..banyak sebenarnya
*paling latest, akmal dah pandai punch card sendiri tiap2 kali pergi dan balik sekolah. nanti nak snap gambar akmal tengah punch.
akmal pandai macam2 lah selaras dengan perkembangan baby seusia dia. cepat sungguh anak mama membesar. lagi satu akmal pandai taburkan duit syiling dan masukkan balik dalam tabung.
mama sayang akmal :)
oh rupa2nya hari ini baru 4hb januari...
gua fikir sudah 5 januari...rupanya baru hari 4
hari ni nak upload gambar atemai masa kat cameron aritu. dah lama baru ni ada kesempatan nak upload. nanti dah besar akmal tengok ya :)
tetido dalam perjalanan |
ambik gamba sendiri, penatnyeh nak sampai sini |
ladang teh |
tertidur di pangkuan sambil comot2 ngan air kotak susu coklat |
belon dan orang yang cumelll |
jenuh paksa pakai cap tu |
tido |
behave oneself :) |
breakfast ngan mama, ayah miting |
kat playground |
golek-golek ngan belon |
Akmal syuke kusi nih mama! |
mama paling suka gamba ni-akmal tengok tv macam org besar |
tengok mama bersiap nak balik |
aksi sebelum balik |
nak balik dahhh..akmal ngantuk |
pejabat daerah dan tanah |
(entry yang baru sempat nak publish hehe)
Wednesday, January 4, 2012
hari ini ada ceritaaa...
assalamualaikum readers sekalian...hehe! (mode: ramai readers)
dah lama tak mencatat cerita-cerita untuk jadi kenangan di sini ya. hari ini nak cerita...
satu, mood tahun baru, semangat baru dengan meja yang dah clear sebab nak mula aktiviti 5S. apa tu? ala sistem kemas2 senang nak cari fail. tapi ada gak jadi sampai 6 's' nya i.e. "sorok" sampai tak jumpa dah fail sampai ke sudah hehe..!
hari ini mahu buat kira2 hoo..dan berazam untuk menjayakannya :)
cerita kedua tentang jejaka kecil saya yang ganteng amat itu...bila baca-baca semula entry dalam ni, rupanya dah sebulan takde cerita pasal si cumel mama nih. isk!
arini akmal demam. dah beberapa hari dah sebenarnya, makan ubat ok, panas balik ok balik panas balik. semalam bawak g klinik, doktor dah mula bagi akmal antibiotik dengan ubt demam masuk ikot vontot huuu...sian tecik mama. mama ngan ayah jadi doktor, masukkan ubat kat akmal.
cepat sembuh ya sayang...
lately ni selalu takde idea nak membuat karangan
Subscribe to:
Posts (Atom)