ada beberapa jawapan untuk soalan saya. melabel botol susu anak maksud saya adalah melabel pada botol susu yang disimpan dengan susu ibu i.e EBM. berikut adalah jawapan2nya. jawapan ini mungkin berbeza2 bagi setiap org. tp bagi saya, inilah jawapannya.
1. untuk senang guna sbb bila anak bf ni biasanya mak2 akan pakai sifir longest first. mana2 botol yg tarikh terawal akn digunakan terlebih dahulu.
2. senang nak tau bila expired. sama lebih kurg cam reason no satu tu, bila kita label date dia, so nanti bila nak buat '5S' edisi peti sejuk senang la kan nak tau yg mana kena sisih. takde la terbuang susu yang baru.
3. supaya tak tebagi anak susu yg dah expired.
ha, yang ni dari segi label tarikh nya. tapi ada satu lagi perkara yang lebih penting dari melabel tarikh. bagi saya amat2 penting iaitu melabel nama anak kita pada botol susu* especially those who send anak kat taska yang ada lagi mommies lain yang guna EBM. sangat penting ya tuan2 dan puan2 untuk melabel nama anak tuan2 dan puan seperti yang saya lakukan ini- siila lihat gambar dibawah :)
sila label nama anak penuh2 ya |
kenapa? sebabnya kemungkinan cikgu2 di taska anak2 anda 'tersasul' dan terbagi susu yg bukan sepatutnya anak kita punya kepada anak kita. nak2 lagi botol sebijik sejibon sama. dah tertukar. kalau susu lembu takpe ye tuan2 dan puan2 tapi kalau susu ibu?haru jawapannya ya kerana ianya melibatkan hukum. apa hukumnya? cek sendiri.
weekend baru ni hati saya sangat tidak tenang sbb jumaat lepas saya terjumpa botol yng bukan akmal punya dalam beg sekolah beliau. rasa nak talipon cikgu time2 tu jugak tp ayah akmal kata 'tak yah la, nanti hari isnin kita tanya". pagi tadi sampai sekolah, saya terus tanya cikgu, cikgu cakap "oohh, tadi baru mak dia tanya pasal botol ni.tersalah masuk kat beg akmal". saya tanya lagi "tak tertukar susu ke?" saya bimbang anak saya terminum susu org lain atau anak org lain terminum susu saya-nanti jadi saudara sususan lak.kalau lelaki sama lelaki takpe jugak kot, tapi klu perempuan?nanti kalau akmal dah besar terjatuh cinta kat budak pompuan tu n nak kawen, tanpa sapa pun sedar bahawa budak itu pernah kenyang dengan susu saya, ataupun akmal penah kenyang dengan susu mak dia, macammana?
ini adalah point kerisauan saya. tapi cikgu cakap tak tertukar. tapi saya ttp bimbang jugak dan sempat saya cakap ngn cikgu, susu akmal semua ada nama dia. saya tulis AKMAL AMIR DZULFADLI. tulis nama penuh sbb takut2 ada org sama nama ngn anak kita. cam akmal, kat sekolah dia ada sorg lagi akmal bin amir jugak. tu sbb saya tulis nama penuh ayah dia sekali walaupun panjang.
bagi saya ini adalah alasan terpenting kenapa kita perlu label botol anak kita.penting sangat2. saya harap dan berdoa agar kejadian tertukar susu ibu tidak berlaku kepada akmal atau baby lain yg bf di taska.
* penting sangats
sekian terima kasih. hari ini besday saya
No comments:
Post a Comment