mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, October 31, 2011

terkentut di tahiyat akhir

ini bukan entri berkenaan hukum hakam.

nak gelak dulu..heheheh!

baru2 ni saya ada terbaca berita tentang shahrizat jalil-ala kak ijat menteri tu..biasa la cerita2 org politik, nak2 musim pilihan raya dah dekat ni kan..nak tau citer ape, gugel la, confirm jumpa.

ceritanya bukanlah nak citer pasal citer kak ijat ni tapi cerita tentang komen seorang blogger tentang cerita kak ijat ni. katanya "kenapa la agaknya anggota kabinet najib akhir2 ni asyik terkentut di tahiyat akhir.." lebih kurang camtu la. hahah! lawak sungguh rasanya.

tak paham?tak paham tak pelah. saya paham dan saya mahu menabadikannya disini haha!.

terkentut di tahiyat akhir akan membatalkan solat kita. sila ambil wudhu dan solat semula :)

Friday, October 28, 2011

akmal dan kereta baru

kete myvi
baru
hehe!
atemai munye yaa...

mahal woo rm49.90 tu. skali akmal jolek2 kan dia habis bercalar balar patah spoiler sama antena huhu!

anak yang cumel itu berposing sungguh innocent dengan kereta barunya.

nak citer pasal si cecik ni sekarang dah pandai ambik henfon letak kat telinga sambil senyum2 bila org cakap "helo". sungguh cepat dia belajar melalui pemerhatian.

aritu kitorg g cowboy beli2 barang. sekali ayah suh letak akmal kat benda yg basikal tu, punye seronok akmal, mama dukung nak ajak balik menangis tanak.sian akmal. mama nak beli tp ayah kata kecik sangat, dah tak seseuai dngn saiz akmal. betul jugak tu. so nanti la akmal besar sikit mama belikan basikal ok :).

dan ini pulak video akmal naik kete 'tonjol2' kat giant. sekali balik tu akmal demam daa..hehe!

Tuesday, October 25, 2011

any idea please?

besday akmal is just around de corner...any idea to celebrate?mama blank

kenapa ibu2 wajar melabel botol susu anak

ada beberapa jawapan untuk soalan saya. melabel botol susu anak maksud saya adalah melabel pada botol susu yang disimpan dengan susu ibu i.e EBM. berikut adalah jawapan2nya. jawapan ini mungkin berbeza2 bagi setiap org. tp bagi saya, inilah jawapannya.

1. untuk senang guna sbb bila anak bf ni biasanya mak2 akan pakai sifir longest first. mana2 botol yg tarikh terawal akn digunakan terlebih dahulu.

2. senang nak tau bila expired. sama lebih kurg cam reason no satu tu, bila kita label date dia, so nanti bila nak buat '5S' edisi peti sejuk senang la kan nak tau yg mana kena sisih. takde la terbuang susu yang baru.

3. supaya tak tebagi anak susu yg dah expired.

ha, yang ni dari segi label tarikh nya. tapi ada satu lagi perkara yang lebih penting dari melabel tarikh. bagi saya amat2 penting iaitu melabel nama anak kita pada botol susu* especially those who send anak  kat taska yang ada lagi mommies lain yang guna EBM. sangat penting ya tuan2 dan puan2 untuk melabel nama anak tuan2 dan puan seperti yang saya lakukan ini- siila lihat gambar dibawah :)

sila label nama anak penuh2  ya

kenapa? sebabnya kemungkinan cikgu2 di taska anak2 anda 'tersasul' dan terbagi susu yg bukan sepatutnya anak kita punya kepada anak kita. nak2 lagi botol sebijik sejibon sama. dah tertukar. kalau susu lembu takpe ye tuan2 dan puan2 tapi kalau susu ibu?haru jawapannya ya kerana ianya melibatkan hukum. apa hukumnya? cek sendiri.

weekend baru ni hati saya sangat tidak tenang sbb jumaat lepas saya terjumpa botol yng bukan akmal punya dalam beg sekolah beliau. rasa nak talipon cikgu time2 tu jugak tp ayah akmal kata 'tak yah la, nanti hari isnin kita tanya". pagi tadi sampai sekolah, saya terus tanya cikgu, cikgu cakap "oohh, tadi baru mak dia tanya pasal botol ni.tersalah masuk kat beg akmal". saya tanya lagi "tak tertukar susu ke?" saya bimbang anak saya terminum susu org lain atau anak org lain terminum susu saya-nanti jadi saudara sususan lak.kalau lelaki sama lelaki takpe jugak kot, tapi klu perempuan?nanti kalau akmal dah besar terjatuh cinta kat budak pompuan tu n nak kawen, tanpa sapa pun sedar bahawa budak itu pernah kenyang dengan susu saya, ataupun akmal penah kenyang dengan susu mak dia, macammana? 

ini adalah point kerisauan saya. tapi cikgu cakap tak tertukar. tapi saya ttp bimbang jugak dan sempat saya cakap ngn cikgu, susu akmal semua ada nama dia. saya tulis AKMAL AMIR DZULFADLI. tulis nama penuh sbb takut2 ada org sama nama ngn anak kita. cam akmal, kat sekolah dia ada sorg lagi akmal bin amir jugak. tu sbb saya tulis nama penuh ayah dia sekali walaupun panjang.

bagi saya ini adalah alasan terpenting kenapa kita perlu label botol anak kita.penting sangat2. saya harap dan berdoa agar kejadian tertukar susu ibu tidak berlaku kepada akmal atau baby lain yg bf di taska.

* penting sangats

sekian terima kasih. hari ini besday saya

Friday, October 21, 2011

mimpiku..

aritu aku mimpi diamond ring.

bukan mimpi dapat diamond ring, tapi mimpi diamond ring. mimpi itu adalah seperti ini: ada seorg tunjukkan aku satu diamond ring yang cantik (tapi bukan Natural Fancy Blue-Gray Cushion Cut Diamond Ring ok huuu) dan aku ckp kat org tu, "eh cincin ni macam akak punya"

oh mimpi!aku xpunya cincin itu. dan aku mesej ayah akmal pasal mimpi ni.mana la tau bagi2 hint kan...sekali dia tadak respon daaa...huuu sedih akakkkk!

dan baru2 ni lak aku mimpi siti hajar jerman. aku mimpi beliau terfotostat mukanya sendiri. ape punya mimpi daaa..

adakah mimpi2 ini datang sebab aku tak basuh kaki before tido?

Thursday, October 13, 2011

lihat carta itu...

sudah 10 bulan mama berjaya menyusukan akmal secara ekslusif.alhamdulillah.rezeki kami.mudah2an dapat diteruskan sehingga sempurna dua tahun :)

Wednesday, October 12, 2011

anak mama tejolek2

tejolek sambil main henpon

cuba keluar dari bilik

tejolek lagi

tejolek sambil buat pose spesel. ni dah tuka baju sbb baju tadi dah comot momot

tejolek sambil main bekas toys

tejolek sambil pakai cap dan main frame gamba mama

cuba menjolekkan diri kearah bilik air
hahaha!
ini adalah aksi akmal tejolek2 (read : tergolek) 

malam tadi ayah g seminar di cerating.tinggal mama dua beranak ngn akmal. so akmal la heronya malam tadi. bila ayah tadek, mama dan akmal cuma jolek2 kan diri di atas tilam dalam bilik sbb mama tak berani nak ddk luar sbb terasa 'besarnya rumah..' coz ddk 2 org je sementelah lagi 2-3 arini paga tepi rumah belubang tak tau makhluk berakal atau tak berakal punya keje. plus jugak penemuan beg laptop berisi dokumen2 penting yg ditinggalkan kat tepi pagar rumah-kompom budak dadah yg meragut sebab dia ingat laptop skali bukan pastu buang kat tepi rumah tu. banyak sungguh dugaannya ddk dikawasan rumah baru nih.

sekali tgh saspen sambil bedebar2 tgk jam, rasa lambatnya ayah nak balik sambil doa2 cepatla akmal tido, buleh mama tido sama tetiba lampu bekelip..bertambah2 saspennya. akmal tgh main jolek2 tiba tegur keadaan tu dgn suara yg kuat.lagi la mama saspen.oh anak, mama takut sbnrnya tapi kamu rilek je,kamu mmg hero.mama mengaku, skrg mama penakut.

tapi yg penting, aksi tejolek2 anak mama mmg sangat cumelll :)

kerana akmal suka jolek2, mama dan ayah decide tamau pasang katil sbb takut akmal tejolek dari ats katil ke lantai

Tuesday, October 11, 2011

lalala..

hari ini saya berasa gembira. tiba awal di ofis, updet blog.

apa yang membuatkan saya gembira- satu, bila kami bersembang dan suami gelak bersungguh2, pada saya itu adalah kegembiraan dan kebahagiaan yang sangat saya hargai.senang kan untuk merasa gembira dan bahagia? dua-bila saya berjaya siapkan akmal untuk ke sekolah tanpa banyak masalah. tiga- saya berjaya mengemas rumah sebelum pergi kerja dan dengan mendapat kerjasama sepenuhnya dari suami.sudah dua hari ayah iron kan baju mama. timakasih ayah :-) lagi, saya sempat buatkan suami teh o.

saya gembira menjalani kehidupan ini :-) dan saya mahu SENYUMMMM...seperti akmal

goyang2 gamba sebab terlampau excited senyum :)

lagi

Monday, October 10, 2011

alhamdulillah...

alhamdulillah, dalam kekalutan menguruskan hal2 rumahtangga, dalam kerisauan prod menurun, pagi ini sesi pertama saya berjaya mendapat 6.5 oz, dkt2 7oz.

alhamdulillah, satu pencapaian yg saya kira baik dalam waktu2 'kecemasan' macam ni.harap2 sesi kedua dan ketiga nanti berterusan memberi hasil yang menggembirakan buat santapan si kecil saya :)

alhamdulillah, syukur dgn rezeki ini

Saturday, October 8, 2011

gambaran gambarajah

gambar pertama akmal
tido lena
keluarga kecil baru bermula


innocent look
latest

kenangan kita sekeluarga

Friday, October 7, 2011

semoga ALLAH pelihara iman kita





Waspada!!!! Ini bukan ayat al-Quran



PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.

Wednesday, October 5, 2011

akmal..akmal buat ape ni sayang...?

latar belakang @ suasana:
rumah agak tunggang tebalik,  mama sedang kelentang kelentung kat dapur, ayah tengok tv sambil layan mukabuku. akmal merangkak2 ke sana ke mari sambil kadang2 merengek nak mntak perhatian dari org tuanya yang bz macam menteri dekat2 musim pilihanraya.

waktu @ jam:
baru lepas maghrib jam lebih kurang 8 mlm lebih2 sebab tv tgh berita

tiba2 terdengar akmal cam terbatuk2 nak muntah.bersungguh2 bunyiknya. ayah gegas2 g kat akmal. tah ape yg ayah buat, mama tak amek pot sangat. 

ayah: "hi akmallll...akmal buat ape ni?" (nada cool tak panik langsung)
mama: "nape ayah?"

ayah: "akmal makan ulat gonggok" (pun masih cool)

mama: "hah?!!! ya allah, meh sini basuh mulut..yurk!...bla..bla..bla..." (gila panik sgt2)
haa..itu lah alkisahnya malam tadi....akmal makan ulat gonggok sampai putus dua ulat tu dia gigit. geli ada nak gelak pun ada, nak marah pun ada.campor2 perasaan nih.

magrib semalam masa saya nak solat ayah bagi akmal makan, pastu dia merengek2, biasala, nak bekepit ngan mama la tu..tiba2 ternampak ulat gonggok tengah jalan lenggang kangkung kat atas lantai. saya suruh ayah akmal tunjuk kat akmal. akmal pun senyap kejap. 

lepas siap solat, saya tgk ulat tu dah tadek, rupanya dia melekat kat telekong saya. saya mmg dari zaman dahulukala sangat la allergicnya ngn hamba allah ni, terus tak jadi sidai telekong, trus suh ayah buangkan, masuk bilik buat projek ngan akmal. dah siap projek, bg akmal kat ayah, start masak. tutup citer ttg ulat.tgh bersungguh2 masak tiba2 kejadian diatas berlaku. 

akmal..akmal..nanti dah besar akmal baca ni ya. masa umur akmal 10 bulan 4 hari akmal penah gigit ulat gonggok sampai putus dua tau.huhu!

ayah kata akmal makan ulat gonggok pastu rasa tak sedap akmal nak muntahkan.

moral of the story:
pastikan lantai sentiasa bersih ok dan sekiranya ada ulat jgn sekali2 dok tunjuk kat anak yg tgh aktif merangkak dan silalah buang ulat tersebut segera dan yang terpaling penting ya, tatkala isteri sedang sibuk, para suami haruslah memberi kerjesama dengan melupakan fesbuk tu barang seketika supaya kejadian yang sama tidak berlaku ok :)

tapi yang aku heran cemana buleh ulat tu masuk rumah

Monday, October 3, 2011

atemai, atemai,atemai,atemai...

atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemaiatemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai atemai

atemai

atemai jugak
mama miss atemai mama