Cerita ringan-ringan sahaja.
Ada Pandangan Peguam Negara nak dibuat untuk Jemaah Pengampunan.
Tapi nak ceritanya pasal iklan di Fb pasal jubah mesra nursing. Zip sebelah kiri. Bagi saya itu tidak mesra unless yang sebelah kanan tidak digunakan.
Dulu saya pernah ke kedai pakaian, promoter beria-ia promote jubah mesra nursing katanya. Agaknya sebab saya mendukung Hanaa. Bila saya tanya macamana yang kata mesra tu? Promoter jawab, jubah tu ada zip yang boleh dibuka sebelah kiri sambil buka zip.
Bila saya tanya kenapa sebelah je? sebelah lagi macamana?
Promoter tak boleh jawab, cuma senyum simpul, malu-malu.
Dan kedudukan zipnya langsung tak mesra sebenarnya sebab dia duduk dekat sangat dengan bahu, menyerong antara badan baju dengan lengan. Pendek pulak tu.
Hmm...
Bagi saya tu adalah sekadar peniaga nak ambil kesempatan pada BF moms yang tercari-cari nursing attire. Ada jugak macam unsur-unsur menipu.
No comments:
Post a Comment