mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 25, 2013

edisi jerebu danmemperkenalkan gadis solehahku

jerebu. 

satu malaysia jerebu. sesaknya hidung. anyway, akibat jerebu juga taska gadis solehah tutup. and mama have to take EL. Ahh!banyak prosedurnya ditempat baru ni. tak tau lah sama ada memang really banyak prosedur or mama yang fragile sangat..dan lambat adapt new environment. tak tau.tapi selalu rasa nak surrender especially bila rindu pada abang besar yang soleh dan ayah bertandang.

teringat-ingat kesibukan pagi menyiapkan bekal untuk abang akmal ke sekolah, bangunkan dia dan mandikan. ya, abang akmal mandi untuk ke taska walaupun masa tu dia belum lagi mencapai umur setahun. mama rindu momen tu walaupun mama sibuk dan selalu letih. letihnya tak sama melayan letih mengadap kerja-kerja office.

ini semalam di putrajaya. API rasanya belum cecah 150 masa ni. tapi hari ni dah sampai 190++


view dari bilik mama, aras 10 AGC
dan ini pula gadis solehah kesayangan kami satu keluarga. introducing AAFIA HANAA BINTI AMIR DZULFADLI

sudah besar!

dan yg ni pulak aktiviti weekend baru ni. floria fest putrajaya









Friday, June 21, 2013

anak...

ada yang nak tapi tak dapat.

ada yang dapat tapi tak nak.

ada yang dapat tapi tak mau dijaga.

ada yang dapat, mau dijaga tapi tak mampu menjaga.

anak-anak ku, mama sayang kalian.


Wednesday, June 19, 2013

apa cerita nya gap?

uishhhh!dah lama betul tak menyimpan kenangan di sini ya? 

malam ni rasa nak share pasal law lah. untuk manfaat bersama. simpan sorang2 kang hilang pulak kan?

hmmm...sepanjang minggu lepas, almost everyday balik lambat. kesian si gadis solehah, terpaksa tunggu mama lama kat taska.

okey, kembali ke cerita asal, ni ha yang nak ceritanya...pasal pengambilan tanah. acik loyar tanah dik, harus la cerita pasal tanah. citer pasal lain kang takut sesat lagi menyesatkan pulak.

berdasarkan pengalaman setahun jagung berkhidmat kat opis lama, banyak jugak kes-kes pengambilan tanah yang ada timbul isu. macam-macam lah isu nya. tapi kuliah kita malam ni pasal boleh tak boleh tanah yang diambil untuk satu maksud lain tapi digunakan untuk maksud lain? paham tak?

bahasa orang kampungnya lebih kurang camni "kerajaan ambik tanah acik leha sebab nak  buat klinik kesihatan katanya tapi alih-alih jadi tadika pulak".

dalam keadaan camni, timbul persoalan di kalangan Pentadbir Tanah sama ada boleh ke tak boleh tanah acik leha yang nak buat klinik tu tadi dibuat tadika sebab tujuan pengambilan dah digazet ni? kadang-kadang bukan setakat Pentadbir Tanah, waris atau tuan tanah asal pun konfius boleh ke tak. kalau tak boleh, ada chance kot nak saman gomen mintak pampasan lebih sket..heee!

okeh, mari kita tengok peruntukan undang-undang yang ada.

dalam seksyen 68A Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 468) ada kata:
"where any land has been acquired under this Act, whether before or after the commencement of this section, no subsequent disposal or use of,  or dealing with, the land whether by the State Authority or by the Government, person or corporation on whose behalf the land was acquired, shall invalidate the acquisition of     the land."

apekah itu? tak pa nanti free2,gugel translate.
  
seksyen ni agak baru, so authority agak terhad. dalam kes Wan Munah bt Wan Embong dan  lain-lain lwn Pemungut Hasil Tanah Kuala Terengganu [1990] 2 MLJ 120, Mahkamah kata tanah yang diambil untuk satu maksud boleh digunakan untuk maksud yang lain asalkan maksud tersebut adalah sepertimana yang disenaraikan dalam seksyen 3.

so?jawapannya adalah BOLEH.

acik dah ngantuk dik. jom tido, esk bos nak jumpa la pulak adoi la scary the muvi. berdebar2. nak letak penafian lah....ini adalah sekadar pendapat peribadi,  bukan datang dari big bos iaitu Peguam Negara. sapa2 ada alami lost apa2 sebab guna opinin seciput ni, nasib hangpa la, gua tak bertanggungjawab ok?

dah tutup buku, g tdo. jangan lupa baca doa. cau cin cauuuuu

Wednesday, June 5, 2013

entry baru

mama dah mula bekerja semula pada 3 Jun 2013 lepas cuti selama 90 hari.

90 hari yang sangat indah di Taman Guru. rindunya. how is wish i have more time to spend with my lovelies.

keluarga dah makin membesar- ayah, mama, Abang Akmal dan our newborn baby girl- Aafia Hanaa binti Amir Dzulfadli. sihat, happy-maksud nama Aafia Hanaa. nama beliau inspired from nama Dr. Aafia Siddiqui, seorang saintis neurologi dari  Pakistan. juga merupakan seorang hafizah alQuran. Beliau dituduh ada hubungan dengan rangkaian al-Qaeda walaupun sampai sekarang tak ada bukti penglibatan beliau yang dikemukakan oleh FBI. Beliau ditangkap, dipenjarakan dan diseksa hingga hilang ingatan oleh Amerika Syarikat di penjara Baghram, Afghanistan. banyak lagi kisah-kisah hebat beliau yang menyebabkan mama dan ayah decided to name you after her name, baby.

Hanaa tu mama yang nak which "H" indicates nama mama since the first name huruf "A" indicates nama ayah. Maksudnya happy sebab mama selalu sedih sorang-sorang kat sini. 

Mama sebenarnya sedang risau yang teramat sangat tentang Hanaa. Arghhh!kalau la boleh mama nak jaga sendiri anak-anak mama. mama taknak jauh dari anak-anak mama.

Anak-anak, mama pertaruhkan keselematan kalian pada ALLAH Maha Pemelihara, Maha Pelindung. Mudah-mudahan Allah memberi sebaik-baik perlindungan kepada anak-anak mama dan ayah.