mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 29, 2012

itu tanda rindu kah?

hari selasa, balik sekolah ayah bawa abang besar ke PLP Inderapura, tengok geng2 ayah main bola.ayah kata abang besar suka sangat.

malamnya abang besar mengigau. bangun menangis jam 2.30 a. habis satu rumah nenek bangun. 20 minit nangis, abang besar dah taknak tidur. main sampai kul 5. sudahnya ayah tak kerja semalam tambah lagi ayah sakit tekak. pengorbanan ayah untuk mama dan akmal. mama rasa bersalah pada semua orang yang kena tempiasnya bila mama jauh macam ni. dan ayah, mama rasa ayah jaga akmal jauh lebih baik dari mama jaga akmal. sabarnya ayah, nenek mama pun puji. ayah sungguh2 seorang yang sangat penyabar. bertuahnya mama menjadi isteri ayah.

malam tadi, pukul 12.30 ayah call, mama tak sempat jawab sebab sekejap sangat ringing. mama tak return call sebab mama assumed ayah terdail nombor mama. dekat2 pukul 1 ayah call lagi bagitau abang besar nak cakap dengan mama. tak tidur lagi rupanya anak mama ni. awal malam tu mama dah call aban besar cakap sekejap je abang besar dah nak main pulak.

ayah kata abang besar baring, letak telefon kat telinga. mama dodoikan zikir yang biasa mama tidurkan abang besar. bila mama cuba bercakap dengan ayah, abang besar marah. 20 minit mama dodoi, ayah bagitau abang besar tertidur. ya allah, tuhan saja yang tahu macamana rasa hati mama. kalau boleh rasanya masa tu jugak mama nak balik kuantan peluk abang besar supaya tidurnya lena. mama tak tau sampai bila akan lalui keadaan berjauhan macam ni. mama kesian abang besar, waktu dia sangat perlukan mama, mama jauh dari pandangan dia. mama berdoa, dalam waktu terdekat ni, kita semua dapat tinggal bersama semula.

mama doa juga abang besar jadi anak yang soleh dan tak susahkan orang2 yang jaga. mama doa ayah sihat sentiasa supaya dapat cari rezeki dan jaga abang besar. mama dan baby kat sini, insyaallah baik2 dan dalam perlindungan allah sentiasa.

esok abang besar genap 2 tahun. semakin pintar dan petah bercakap. tapi sayangnya mama jauh kat sini. maafkan mama sayang. esok malam mama balik. selamat hari lahir sayang. semoga anak mama membesar menjadi seorang yang soleh dan pintar. semoga anak mama sihat dan selamat serta dalam perlindungan allah selalu. semoga kita sekeluarga dapat tinggal bersama semula.

mama sayang abang besar, ayah dan baby.

Tuesday, November 27, 2012

mama rindu akmal

main2 dalam kereta, bergurau bersungguh2 dengan mama sementara tunggu ayah meeting.

"cok yoyong" kata abang besar which mama assume as "masuk terowong" sebab abang besar main kereta dan jerit cok yoyong tiap kali kereta masuk dlm lekuk2 kat dalam kereta ayah.

betapa mama rindukan anak mama, ayahnya dan rumah kita.

sedih hati mama bila ayah cakap "ayah beli rumah tapi mama tak dapat tinggal di situ". bila teringat tu makin kuat hati mama nak balik kuantan.

bila teringat susahnya ayah jaga akmal sendiri, dengan nenek dan atok yg tak berapa sihat, mama rasa mama memang kena berada di kuantan.

semalam ayah ada seminar di MAHA 2012, Serdang. mama balik putrajaya dengan ayah. pagi kami gerak, kul 4. mama dan ayah terpaksa tinggalkan abang besar masa tidur. kalau tak nanti abang besar nangis nak ikut. sunyi pagi sesunyi hati mama. nenek bangun temankan akmal. kesian nenek. mama mintak maaf pada nenek sebab terpaksa susahkan nenek. rasa bersalah menebal dalam hati mama.

lepas tol karak, mama dan ayah nyaris accident. nyaris sangat, mama dah menjerit panik, mujur ayah cekap control stereng. jalan licin dekat selekoh, macam ada minyak. 3 bijik kereta dah tergolek kat tepi tu. kereta mama dan ayah berpusing atas jalan. itulah, mujur tak kena divider ataupun kereta2 lain yang dah tergolek tu. nenek mama kata Allah lindungi mama dan ayah sebab mama bawa baby yg takde dosa. alhamdulillah, Allah pelihara mama dan ayah. kalau tak mama tak dapat bayangkan macam mana dengan abang besar kalau jadi apa2 pada mama dan ayah. ya ALLAH, syukur padamu. bila fikir benda2 macam ni, lagi la mama rasa mama taknak terlepas satu saat pun masa bersama ayah dan akmal.

ayah, berkorban semuanya untuk mama. masa, tenaga, duit-semuanya. "ayah kan ayah.." ayah selalu cakap macam tu bila mama suarakan yg mama sangat berterimakasih pada ayah sebab buat semua untuk mama. memang, ayah memang ayah, sebab tu Allah lantik ayah jadi ketua keluarga kita. mama sentiasa doakan ayah sihat, selamat dan cemerlang dalam apa yg ayah buat sebab ayah adalah contoh buat mama dan anak2.

mama sayang ayah..sangat2. mama sayang anak2 mama.

ayah dan abang besar masa sambutan hari belia peringkat negeri pahang

Monday, November 26, 2012

doa mama mengiringi ayah..

ujan. ayah dah nak balik kuantan. ayah ada seminar pagi tadi dekat bangi. mudah2an ayah selamat sampai. sedihnya mama. hati rasa rindu sangat..pada ayah, pada akmal, pada rumah kita..

pen rupanya...

banyak yg mama nk tulis kt sini, tapi nanti malam la. cuma satu yg mama takut telupa, smlm dalam kereta abang besar jerit2 nk ten.mama offer vitagen sebab ingatkn nak vitagen.tapi abg besar jerit2 jugak. pastu mama ambik pencil case mama n tunjuk pada dia, bila mama bukak je abang besar cakap "haaa..."

nak pen rupanya.nak lukis ketam.so sweet anak mama. now mama tau vocab abg besar, ten means pen. love you so much sayang.

Friday, November 16, 2012

malam jumaat ini...

berkobar2 di hati. insyaallah malam ni mama balik kuantan untuk bertemu cinta hati mama yang berdua tu. naik bas jam 830 mlm di terminal putrajaya sentral. dah lama nya mama tak naik bus. last skali dulu masa nak bli barang kawen tahun 2009. berdebar2, takut pun ada. malam kan, sorang je lak tu bwak baby dalam perut. mama mintak mudah2an ALLAH permudahkan perjalanan mama dan pelihara keselamatan mama dan baby.

tiket mahal rm49.90. bus murah ada tapi kul 1030 malam, lagi la mama takut.

malam tadi hati terasa rindu sangat pada ayah dan abang besar. lagi2 petang tu ayah mesej bagitau abang besar mandi ngn ciklong, berkepit je ngan ciklong. pagi2  bangun dah sebut mama. nenek tanya sapa beli vitagen, abang besar replied "mama'. mandi pun panggil mama sebab sejuk.

abang besar rindu mama. mama pun rindu abang besar sangat2. insyaallah, mama dah mulakan usaha mencari kerja di kuantan. mudah2an ALLAH beri jalan untuk kita tinggal bersama semula dan selama2nya. mama mahu abang besar dan adik2 membesar depan mata mama, di tangan mama dan ayah. mama rindu abang besar dan ayah.

Wednesday, November 14, 2012

kenangan2 mama dan ayah...


ayah bagi mama
yang pink tu mama bagi ayah. mama buat sendiri semua
upacara sedang berlangsung
mama yang cun haha! make up-less
anggota keluarga

eh?
objek paling cantik pada hari tersebut selain tuan tanah haha!

date: 31 may 2009
occasion: engangement mama dan ayah

Wednesday, November 7, 2012

cerita tempat baru part2

macam-macam mama nak cerita. tapi tu la kat tempat baru ni restricted sangat. apa pun tak boleh.

hmm...pertamanya yang mama nak catatkan sebab takut terlupa kenangan ni, abang besar officially stop bf pada 4 november 2012. last abang besar nenen petang 3 november, malam tu abang besar tidur buai dan tak langsung nenen sampai hari ni. poor my boy. tapi mama bangga sebab abang besar pandai dan tahu bawa diri, tahu mama kene kerja jauh dan sangat menyenangkan semua yang menjaganya.

ayah bagitau malam tadi abang besar tidur dalam buai dan panggil 'ayah' instead of 'mama'. ayah kata sebab abang besar tau mama takde. menitik airmata mama. satu harapan mama, abang besar tak lupa mama. entah kenapa sejak duduk jauh ni, itu yang mama bimbang. mama bimbang abang besar lupa pada mama sebab mama jauh, tak ada bersama abang besar pada waktu kritikal pembesaran abang besar. maafkan mama sayang. mama akan berusaha cari jalan untuk kita dapat tinggal bersama semula. maafkan mama. setiap kali mama teringat ini, mama akan menangis. tapi ayah kata tak mungkin abang besar lupakan mama, sebab mama kan mama abang besar. dan doa mama macam tu lah. sejauh mana dan selama mana pun kita terpisah mama tetap dalam hati dan ingatan abang besar.

mama juga doa perpisahan ni sementara dan tak lama lagi mama akan kembali pada ayah dan abang besar dengan baby.

mama sayang semua.

sebelum mama lupa, mama ditempatkan di unit tanah, kerajaan tempatan dan pihak berkuasa negeri, bahagian penasihat, jabatan peguam negara sebagai peguam persekutuan. tak lari dari skop kerja mama di ofis lama dulu.

Tuesday, November 6, 2012

di tempat baru, memulakan kehidupan baru tanpa suami dan anak

panjang tajuknya, tapi itulah...dugaan yang mudah2an beroleh kemanisan dihujungnya. mama dan baby pergi jauh dari ayah dan abang besar untuk cari rezeki. nanti mama update lagi. macam2 cerita untuk kenangan kita sekeluarga.