mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 30, 2012

cerita akmal mama

cerita nombor satu

oleh kerana semalam kami balik kampung dengan mak saya, maka car seat akmal dikeluarkan untuk bagi ruang kepada nenek akmal a.k.a mak saya duduk.

pagi tadi masa siap2 nak masukkan barang dalam kereta, akmal bising2 tunjuk dia punya carseat. oh anak mama, sangat comel kamu!akmal takut mama dan ayah tertinggalkan car seat akmal ye...hehe.

bila mama angkat car seat akmal masukkan dalam kereta, akmal senyum.

anak mama pintar. mama sayang akmal.

......

cerita nombor dua

sebelum-sebelum ni kalau kat tv ada baby akmal suka sangat. sama gak kat you tube, benti nangis serta merta kalau ayah bukakan video yang ada baby.

ayah selalu tanya akmal nak baby tak, akmal jawab nak sambil angguk. akmal dah faham banyak benda sekarang and dah boleh decide yang mana dia nak, yang mana taknak.

aritu mama dan ayah pergi majlis sambutan hari guru sekolah akmal, ada baby yang subhanallah sangat la menggiurkan nama daniel. cikgu dia bagitau akmal suka sangat dengan baby daniel. peluk baby la cium baby la..sampai tido pun dengan baby daniel.ohh..patut akmal suka sangat tengok baby kat tv ya...

tapi lately ni bila tanya akmal nak baby ke tak, akmal dah taknak. dia geleng. huuu..agaknya sebab aritu kitorang cakap kat akmal kalau ada baby, akmal kena minum susu botol pastu akmal xleh tido ngan mama dah sebab mam kena tido ngan baby.

akmal, akmal...bijak sangat. mama love you sayang. akmal always mama's baby.


daripadanya kita datang, kepadanya kita kembali...

29 Mei 2012,  jam lebih kurang 12 malam, embah lanang saya kembali ke rahmatullah.

semalam pagi kami i.e saya, ayah akmal, akmal dan mak saya balik kampung di kampung soeharto, sungai dusun, selangor. tak sempae tengok jenazah almarhum sebab kami sampai lewat, almarhum dah dikebumikan seawal jam 10 pagi.

nama embah saya ialah haji hambali bin haji rawi. ayah kepada arwah abah saya. saya orang jawa. saya adalah cucu terakhir yang nikah berwalikan almarhum embah.

alfatihah untuk embah.

terima kasih ayah sebab sudi bawak kami ziarah embah

Thursday, May 24, 2012

saya tenang melihat manik

pagi ini ada sesuatu yang mengganggu emosi saya.

saya jadi teramat letih. fizikal saya memang letih, tapi lepas berehat semalamam, sepatutnya saya sudah dapat semula tenaga. tapi, setiap kali ada yang mengganggu emosi saya seperti pagi tadi, saya terasa semakin letih, fizikal dan mental.

saya tengok manik, terapi untuk saya pujuk hati saya.

tolong, saya rayu kepada dia, hormati perasaan saya dan hargai apa yang telah saya lakukan.

takde gambar manik, biar saya layan sorang!

Friday, May 18, 2012

cerita susu untuk su

haha!dulu ko marah kan kalau aku panggil ko su!su!su! banyak kali sebab bunyinye macam susu. hahahaha! lawak2..teringat zaman sekolah.

hari ni aku buat entry khas tentang untuk ko su. su susu haha!

dah lama aku nak tulis ni tapi biasanya berangan je lah, nak jadikan kenyataan tu kena ada faktor pendorong yg kuat. itulah kelemahan aku sebagi manusia.tetapi, since ko post pasal susu kat wall ko aritu, dan aku pun bebel banyak2 kat ko kan, maka hati aku bagai digaru2, mood nak tulis membuak2 ko tau.

haa..sebelum pergi kepada isi penting entry aku kali ni, aku nak abadikan dulu cerita pasal opis banjir.hoh!alkisahnya aritu hujan turut teramat lebat sampai bertakung air dalam opis aku. kekdahnye abis segala peralatan berteknologi canggih seperti lampu letrik, plug, mesin fotostat, mesin fax, komputer, server internet, semualah tak leh guna.haa dasat tak dasatnye impak hujan tersebut terhadap opis aku.

hokeh!abis dah pasal opis, jom cerita pasal susu ibu, topik fav i semenjak menjadi  ibu muda dan bekerjaya nih.muda ke?haha!yang penting aku tetap rasa aku muda remaja.

aku decided to bf anak aku masa aku 2 months pregnant. masa tu aku really inspired oleh jie a.k.a fadzilah buhari a.k.a itik. itik ni nama apiz ali yg bagi kat dia. ko nak tau pasaipa ko tanya apiz haha. masa tu jie baru deliver anak dia. dan jugak sejarah famili aku iaitu kakak-kakak aku, mereka memang bf anak-anak diorang. 

since that, aku meng'google' macam-macam perkara berkenaan susu ibu untuk menyediakan mental aku. ye la, sebagai seorang wanita yang bekerjaya, nak bf anak ni tak semudah mak-mak yang surirumah sepenuh masa.

awal kelahiran Akmal dulu aku cuma pakai pam susu manual RM64 cap anakku, xpakai pun pam letrik canggih-canggih ni. tapi aku tetap bersyukur dan pam jugak pakai pam tu untuk bulan-bulan awal kelahiran Akmal. alhamdulillah, walaupun murah, pam tu ok, cuma ambik masa yang agak lama nak dapat susu sebab manual kan, tangan lenguh nak pam laju-laju. tapi sampai satu tahap, aksesori pam tu dah longgar kot so suction dia dah tak bagus. tak dapat banyak, aku pun ejas-ejas sikit ayah Akmal, nak pam baru. 

masa tu target aku ialah spectra 3 sebab banyak cerita from internet kata pam tu bagus and personally aku tanya experience jie sebab dia pakai spectra 3 jugak. kami berkira-kira jugak lah nak beli sebab mahal woh dekat RM400 harga dia. masa tu komitmen banyak gila sebab baru beli rumah. duit abis bayar deposit siap dengan rumah kena masuk pencuri, nak kena buat wiring baru, grill segala bagai. macam-macamla. so hasrat nak beli pam baru tertangguh sikit. 

tetapi, kata orang niat yang baik selalu dipermudahkan. tetiba kawan aku offer aku pakai pam dia sebab dia beli pam baru cap...medela freestyle. harga? almost 2k. gulpp..telan airliur aku. tanpa berlengah aku setuju. beberapa bulan jugak aku pakai spectra kawan aku (thanks to nana) sampai satu hari, pam dia problem, dia perlukan semula spectra nya, aku pun diskas2 ngan ayah Akmal, ok kitorang beli sendiri. pusing-pusing kuantan, akhirnya jumpa jugak. alhamdulillah tapi mahal sikit harganya berbanding beli online. beli pakai credit card ko tau sebab cash tak cukup huuu..thanks ayah Akmal sebab sangat supportive. 

dengan pembelian pam baru, aku semakin berkobar-kobar nak menyempurnakan penyusuan susu ibu selama 2tahun untuk Akmal.

haa.. ce kira berapa duit dah aku guna untuk susu. dalam RM470. tapi tu modal untuk pam je lah. apa motif aku cerita ni?motifnya adalah aku nak buat comparison dari segi perbelanjaan untuk susu between BF ngn guna FM.

pastu aku jugak keluarkan modal untuk cooler bag dan ice pack serta botol-botol untuk storage stok susu yang aku pam. Akmal ada lebih kurang 50 bijik botol semuanya untuk simpan stok. sekarang dah jadi barang mainan dia sebab stok dah tak banyak, dia lak aku simpan dia rajin sangat geledah. mana je aku sorok bendalah tu dia jumpa jekkk..bijak sungguh dia mencari. aku syak tu sebab dia minum susu ibu la tu hehe!

botol-botol tu murah jek aku beli kat internet, kalau botol BPA free kat anakku dalam RM8 sebijik, kat internet aku dapat separuh dari harga tu. so kira la 4 x 50 = 200. hui, banyak gak yek rupanya hihi..cooler bag + icepack dalam RM 100.

pastu lagik modal aku ialah 2 rol masking tape yang gunanya untuk labelkan nama akmal dan tarikh susu tu di pam, nak elak tertukar susu kat sekolah and terminum susu expired serta sebatang pen yang aku jumpa kat dalam pencil case aku, tak tau bila punya pen dan berapa harganya. masking tape tu start dari aku mula pam samapi sekarang aku baru guna 2 jek, jimat betul aku hehe. satu rol 2hengget.

setakat yang aku ingat-ingat, itulah modal yang aku keluarkan untuk memberikan yang terbaik buat anak aku. aku buat ni comparison dari segi modal duit jek. dari segi yang lain terutama khasiat, for sure bf is far better than fm kan. 

so sekarang meh kita totalkan ia. RM 470 + 200 + 100 + 4 = 774. secara kasarnya, tu ler modal aku nak bagi susu kat anak aku. pastu aku tak keluar duit dah sampai la baru-baru ni aku demam, akmal tak cukup susu, kitorang belikan dia susu dumex dugro dalam peket kecik tu harga 9.90. dah 2 minggu ni cikgu belum cakap susu dia dah habis. 

kalu beli fm tiap-tiap bulan dah berapa..aku rasa masuk 3 bulan setengah, modalnya dah sama ngan modal aku untuk tempoh 1.6 tahun ni,dan insyaallah, modal aku tu akan remain sampai akmal umur 2 tahun. aku doa hari-hari supaya susu untuk akmal cukup sampai dia 2 tahun.

benefit lain yang dapat selain dari jimat duit ialah aku kurus hehe..org kata bf ni kurus. aku kurus, sampai ramai yang tegur. benefit yang aku enjoy sekali ialah malam-malam tak yah ler aku bangun nak buatkan akmal susu hehe! best kan. nak g mana-mana pun tak yah la berangkut macam-macam benda. 

hmmm..panjang tol cerita aku kali ni. cukuplah kot kan, kang boring lak ko baca. akan tetapi ada beberapa perkara penting aku nak tekankan di sini iaitu:

* aku tulis ni bukanlah nak berlagak sombong atau seangkatan dengannya sebab aku berjaya bf akmal sampai sekarang. tidak sama sekali. isu susu ibu ni kalau tengok kat internet dia adalah agak sensitif sebab ada ibu-ibu yang dah usaha sehabis baik nak bf anak tapi takde rezeki, ada ibu yang susu banyak tapi tanak bf anak, ada ibu yang tadek susu dan tak kisah pun nak bagi anak fm-macam-macam keadaan. so ada macam-macam pandangan boleh jadi bila baca cerita bf ni.

* aku tulis adalah untuk menggalakkan ataupun memotivasikan ko supaya bf lah anak ko itu. sharing is caring kan..aku share experience aku mana tau kot-kot ko akan ter'inspired' cam aku dengar cerita jie dulu.

*kelebihan susu ibu sebenar-benarnya adalah dari segi khasiatnya. kelebihan-kelebihan lain dari segi jimat belanja lah, kurus la dan lain-lain adalah bonus sahaja.

okeh aku nak mengepam, cau cin cau..assalamualaikum. semoga beroleh manfaat dan doakan aku dapat bf anak aku sampai umur dia 2 tahun.

meh tengok gamba mehhh...

hasil tenusu..dah lama tak dapat banyak cenggini, tapi kalau rajin pam, hari-hari boleh dapat banyak ni hehe
benda yang banyak berjasa..spectra 3, double pumping
hasil tenusu bersempit-sempitan di dalam cooler bag yang dah  tak berapa comel
sup botol haha
raja yang hensem dan masih menyusu ibu
sekian terima kasih

Monday, May 14, 2012

rezeki anak mama...

hari ni cuma dapat 10 oz..harap2 cukup untuk bekalan anak mama esok kat sekolah supaya akmal tak yah minum fm.stok abis langsung..sedih sungguh..sekarang ni memang tahap pam harini untuk bekalan esok..dah macam kais pagi makan pagi, tak mengais, memang tak makan jawabnya.

dah lebih kurang 2 weeks akmal tak cukup susu. mula-mula bekalkan freshmilk, cikgu cakap akmal tanak minum. lepastu beli dumex dugro.cikgu kata dia minum jugak sikit-sikit. kesian anak mama..

camne nak buat stok semula ya? kawan-kawan kata pam malam, tengah-tengah mala dan awal pagi. saya dah buat, tapi tak berjaya. saya tak tau lah kenapa, tapi rasanya mind setting sebab dulu masa akmal kecik, saya pun tengah bersemangat sangat nak pam, saya bangun jam 2-3 pagi nak pam tapi tak keluar pun even B rasa penuh. so macam agak kecewa. setiap kali cuba, setiap kali tu lah tak berjaya, so macam jadi set dalam otak if kat rumah, pam la cemana pun tak keluar. huaaaa...susah tau nak ubah mind setting ni...baru2 ni cuba, tak berjaya jugak..

tolong...


Friday, May 11, 2012

cerita...

dah lama nya tak tulis apa2 kat blog ni.

bizi dan takde mood sangat nak tulis.ceritanya ada banyak...tp tu lah, tak terluah lak kat sini.

ok lah meh nak citer sikit pasal perkara yang dh lama nak cerita tapi tak tercerita2 jugak..pasal kurus.

saya tersangat kurus sekarang. lagi kurus dari zaman sebelum kawin. tiap2 hari ada orang tegur saya kurus. ayah akmal kata saya dah takde pipi. pergi hantar baju, amoi tu ukur balik sebab dia kata dulu datang besar sikit ni sudah kecik sikit. saya pun tak tau apa yg sebabkan saya kurus. ada yg tanya nak petua,saya takde petua. ada yg kata saya kuat kerja sangat, pun jawapan nya tidak,saya biasa2 je. ada yang kata sebab si akmal breastfeed, yang ni saya tak berani nak kata ya atau tak. tapi mungkin..mungkin sbb sy masih gigih pam susu untuk akmal. ada kawan sy dah stop mengepam, badan naik sikit. ada yang kata saya tak cukup makan kot..hehe..mak saya la tu..cukup mak, anak mak cukup makan..terlebih2 lagi cuma mungkin kadang2 terskip jugak waktu makan n kekadang tak makan berat sangat kot...ada yang kata saya makan ati..adoi..orang gemok je ke ati senang? hehe..saya kurus yang bukan langsing, kurus kering...hmmm...apa agaknya yang buat saya jadi camni?tapi saya tak berhasrat nak gemuk pun.biar lah kurus, senang nak cari baju khennnnn...???


Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu mak..maafkan saya sekiranya saya tak mampu jadi anak yang terbaik buat mak. ya Allah, beri aku kesempatan untuk berbakti pada ibuku, membahagiakannya dan menyenangkan hatinya.

Anakku, 
membesarlah dan dewasa menjadi anak yang membahagiakan dan menyenangkan hati mama. ya Allah, beri aku kekuatan untuk mendidik anakku supaya dia menjadi yang terbaik buatku dan ayahnya.

Selamat Hari Ibu pada semua ibu. Hargai ibu.

p/s: first time rasa sangat touching..now i'm a mama. indahnya rasa ini

yang memanggilku MAMA..tiada galang ganti