saya menerima pertanyaan ini dari seorang sahabat yang juga punya anak kecil
"salam fiza.. pekhabar?nak tanya sikit, fiza fully Bf ke sampai sekarang? baca dalam blog fiza pam susu dapat byk juga kan.. buat mcmana eik?"
soalan ini telah mencetuskan mood kepada saya untuk menulis di awal pagi.heee.. :-) dan saya juga gembira sbb ada org baca blog saya yeay!happy gak sebab saya dapat sharing apa yang say ada tentang dunia BF ni.
hmmm...baiklah, mari kita menjawab soalan yang dikemukakan oleh sahabat saya ini.soalan pertama- apa kabar jawapannya adalah kabar baik dan mood saya sangat baik hari ini kerana soalan kamu wahai haizan. (lihat saya senyum lebar :D) hehe!
soalan kedua-fully BF sampai sekarang...iye, alhamdulillah, ALLAH memberi saya keizinan untuk fully BF anak saya dari usia dia 2 hari sehingga sekarang, umurnya dah 6bulan 3hari.
* tecik saya buat muka manja sambil landing baik punya kat tangan mak dia
cerita tentang fully BF ni dulu masa dalam pantang saya berdepan dengan dugaan akmal xmau menyusu dan menangis tahap tak ingat punya sampai biru2 bibir. mak saya dan mertua saya berusaha mengubatnya secara tardisional.saya dan ayahnya ada jugak bawa akmal jumpa doktor untuk check takut2 ada something yang tak kena dengan kesihatan dia. bila masuk bilik doktor, he smile..sweet sangat.doktor pun check and said "tengok dia senyum, dia happy,kenapa mama kata dia sakit?dia tak sakit ape2 pun.."
tapi rasanya berkat usaha orang tua, akhirnya akmal nak semula menyusu.mak saya yang paling risau sbb dia takut susu stop, so dia suruh jugak bagi walaupun akmal menolak. (panjang lak jawapan untuk soalan kedua ni hehe)
ok, untuk soalan ketiga- jumlah susu yang banyak..hmmm, alhamdulillah walaupun dulu lagi banyak dan sekarang production dah agak kurang tapi saya sedaya upaya maintain untuk dapatkan 4 botol 4 oz sehari (4x4=16 oz sehari) sebab akmal akan minum sebanyak ni sehari cuma lately ni bila dah start bagi solid food kat dia kadang2 dia cuma habiskan 3botol je sehari.kenyang kot.saya bersangka baik je since dia tak menangis or meragam bukan2.
saya xbuat apa2 pun untuk banyakkan production. cuma malam saya akan pastikan akmal menyusu sesuka hati dia.kalau 5minit dia nak susu pastu dah nak main lepas 5minit main dia nak susu semula pun saya layankan je.pastu siang hari di ofis saya akan pam 2kali. tp if ada botol lebih dan kerajinan yang extra saya akan pam 3kali.saya gak minum air kosong yang banyak. mak saya pesan minum air yang banyak dan makan kuah2.
*botol air 1 liter haha
saya jugak pantang nampak sayur peria, jantung pisang, bubur kacang kat kantin confirm beli. kadang2 roti kacang merah, air tin sengkuang cina tu. orang kata makanan2 ni banyakkan susu.so saya ikut la,alhamdulillah ada nampak hasilnya. dan ada jugak saya bli pil homopathi untuk tambah susu.pil ni di suggest oleh kawan saya yang menyusukan anaknya sampai umur 3tahun. pil ni bli kat temerloh nama kedainya homopathi ikhwan kalau xsalah.kedai dia dekat dengan exit highway temerloh.saya xpenah pergi kedai ni selalunya kakak saya yg tolong belikan.alhamdulillah usaha ini nampaknya ada hasil.tapi saya cuma makan bila saya rasa production memang sangat merisaukan.kalau masih ok lagi,kurang sikit2 tu saya xmakan pil.kira pil ni utk keadaan darurat la.
*pil tersebut. cara makannya 2biji 2 kali sehari-kemam lepas solat
pastu cara terbaru yang saya buat ialah marmet.saya blajar tru internet dan jugak seoarng kawan yg tunjuk secara live.dulu sampai agak cedera saya punya tu, tp sy praktis dan praktis akhirnya dah boleh sikit2 dan saya sngt happy sbb dapat buat ni.bila happy production pun makin banyak heeee..kalau boleh pasni nak marmet je, so xyah bawak pam g mana2.senang kan? lagipun teknik marmet ni melibatkan skin to skin touch, so sepertimana direct feeding, ia akan menggalakkan production.
lagi ape ek?rasanya setakat ni je kot yang saya buat untuk BF tecik saya. apa yang baik bolehlah dipraktikkan sama2.mudah2an kita sama2 dapat bagi yang terbaik untuk tecik2 kita.lagi satu saya selalu doa, "ya allah izinkan aku susukan akmal hingga dia berusia sekurangnya 2 tahun" dan "ya allah permudahkan aku untuk susukan akmal".
sebab semuanya akan berlaku dengan keizinan ALLAH jua. okeis..saya mau pergi miting pula hehe!mari bekerja dengan hati riang gembira
No comments:
Post a Comment