mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 6, 2014

apakan sebenarnya konsep keredhoan di dalam Islam?


Serius kan tajuknya.

yes, this is serious.

a friend of mine, rumah kena pecah masuk and a friend of him states "redha je la dah rezeki setakat tu, duit ada banyak buat apa, sedekah jariah laa.."

my question is, does redha means pasrah berserah dan lantakkan saja orang pecah masuk rumah kita ?

bukankah mempertahankan harta itu juga jihad?

cerita ceriti di pagi sayyidul ayyam, Jumaat yang mulia dan penuh barokah, Insyaallah.

Assalamualaikum semua...

Selamat hari Jumaat. Entry hari ni entry edisi insaf dan peringatan buat diri sendiri dan anak-anak tercinta, ayah kepada anak-anak serta pembaca semua (mode ramai readers switch on hehe).

Hari ni kita cerita pasal ini ucapan "alfatihah" apabila terima berita kematian.

Selalunya dalam FB bila somebody up status berkaitan kematian, berpusu-pusu komen "alfatihah" masuk. i just wonder those who komen alfatihah ini apa maksudnya? adakah mereka benar-benar mensedekahkan bacaan surah alfatihah kepada si mati atau sekadar tulis alfatihah je?

Pada saya ada baiknya kita stop budaya komen alfatihah ni or kalau nak juga komen tepek la gambar macam ni kat ruangan komen tu..
at least yang membaca komen tu akan terbaca sekali surah alfatihah yang ditepek kan dan mudah-mudahan pahalanya sampai kepada si mati.

Bukannya apa, dibimbangi pula nanti ada yanh akan faham cukup sekadar ucap alfatihah bila terima berita kematian, tak payah sedekah bacaan alfatihah.

Hmm....

Ataupun, kita ucaplah "innalillahi wa inna ilaihi roji'un...".

Ada juga yang tak tau "innalillah.." ni disunatkan dibaca sewaktu ditimpa musibah sama musibah besar atau kecil. Maksudnya, bila ada orang ucap ni bila dengar berita orang sakit, jangan pulak kita kat dia "apelah ko ni, dia baru sakit belum mati lagi.." huhu..

Sekian tazkirah Jumaat acik ya anak-anak. 

Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu kelemahan saya. Hakikatnya, dua-dua datang dari Allah. Ambil yang baik, tinggalkan yang buruk untuk saya baiki, insyaallah.

Cau cin cau...Assalamualaikum. 

Buat kerja jom!

Monday, May 26, 2014

anugerah bintang popular dan kecelaruan identiti

seperti entry tudung mawar aritu, entry ABPBH ni jugak entry sesaja nak join the crowd.

aku tak tengok pun, biasalah, aku kan busy, mana sempat layan benda-benda lagha ni haha.

jadik nye semalam aku tengok gambar red karper artis2 ni. biasanya kalau aku tengok pun memang aku nak tengok baju jek. so, overall aku bagu award baju tercantik kepada.....

nomor satu untuk adibah noor. ya, bagi aku dia super cantik, plus sopan dan perwatakan dia comel. so lengkap la di mata aku. ni kak dibah kita ya.


nomor dua aku suka izara aisyah. aku rasa cantik  jugak. style rambut dia i loikke most.


nomor tiga ayu damit. baju dia cantik. simple yet elegant. 


yang lain-lain semua biasa-biasa je tapi banyak gak yang macam 'ko tak tengok cermin dulu ke before keluar tadi? gigih menayang segala benda...

okey abis dah cerita baju. aku nak masuk bab kecelaruan identiti ni. gambar ni, gambar ni yang menyebabkan aku nak tulis entry ni.


anak sapa ni? kesian dia, kenapa dia dipakaikan kasut sebelah kaler lain, sebelah lagi kaler lain? dah la bajunya membuatkan aku kompius budak ni laki ke perempuan?

kot ya nak stylo pun, aku tak tergamak nak bagi anak pakai kasut lain sebelah. dah macam tak berapa betul je. sian nanti anak kene ejek.

tapi aku tengok sekarang fesyen banyak ke arah tak berapa betul. seluar ketat tergantung tu kan ke kalau tengok drama 10-15 tahun kebelakang, yang pakai camtu adalah yang pegang watak orang tiga suku. maafkan aku, itu penilaian aku haha.

banyak yang celaru identiti. apa nak jadi la artis malaysia ni? apa agaknya perasaan diorang pakai camtu? dengan aznil nye yang dah nampak makin wanita, terkepit-kepit ambik gambar.

tapi yang paling celaru aku rasa semua artis wanita yang beragama islam ni, korang tak rasa pedas ke dengan cili ini?


kan ke senonoh pakai cam dia ni haa walaupun boleh upgrade lagi bagi bajunya bagi cantik sket. tapi dia far far far away better than yang bertudung dah macam rahib aku tengok. compare dengan yang gigih tayang menayang apatah lagi.

sekian.

gambar amek kat rotikaya.

sakit gigi laaa....