mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, August 8, 2011

bagi anak makan

"bagi la anak tu makan, bagi susu je mana kenyang"

"takut sangat nak bagi anak makan, orang dulu2 dalam pantang lagi dah bagi makan"

penahkah anda bedepan dengan situasi cam kat atas tu? huuu..!sila tepuk meja. hmm, sebenarnya banyak lagi ayat2 yang menggugat pendirian ibu2 moden (cewahhh konon!) tentang pemakanan anak@baby yang memegang prinsip 'anak gua kecik lagi, dia cuma perlu susu mak dia ni jeh'. betul tak mak2 moden, anggun dan bekerjaya sekelian? kalau setuju sila tepuk meja kerja anda sekali lagi yeay!

pasal situasi cam kat atas tu, tanak ah citer tapi saya nak share tentang pasaipa kita selaku mak2 moden, anggun dan bekerjaya takbleh bagi anak kita makan before dia umur 6 bulan? calon-calonnya ialah..eh..sebab-sebabnya ialah...

#1.  nanti baby cepat kenyang, akibatnya dia akan kurang menyusu


#2. ginjal dan sistem penghadaman dia belum matang, so baby mungkin terdedah kepada alahan, sembelit, cirit birit even worst-najis berdarah..so sedih dan kesian

sebenarnya susu ibu adalah makanan terbaik untuk baby dibawah enam bulan. ALLAH dah jadikan susu ibu lengkap dengan nutrisi terbaik buat anak, sebab tu ditakdirkan susu tu jadi makanan untuk anak. dan jugak perkembangan sains semasa menunjukkan bahawa baby bawah 6bulan tak perlu apa2 makanan@minuman tambahan selain dari susu ibu, walaupun air masak. ya, air masak.

hari ni saya dapat ilmu baru kerana rajin menggodek internet. kajian di John Hopkins Children’s Center di Baltimore, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa pemberian air yang banyak kepada bayi akan menyebabkan penyahtoksinan (intoxication) yang akan menyebabkan tubuh bayi mengeluarkan natrium akibat terlebih cairan. kehilangan natrium akan mengganggu aktiviti otak. terlalu banyak air jugak boleh menyebabkan keracunan air. haa..boleh gugel sendiri kat intenet, banyak kisah2 keperluan air ni.

hmm, rupa2nya selama ni saya telah melakukan kesalahan!ya, saya bagi akmal minum sambil makan. walaupun hati ragu2, tapi bagi jugak. lepas ni tak bagi dah. cuma bagi kalau nampak dia macam tak tercekik sebab kepekatan bubur je. sian akmal.

Friday, August 5, 2011

kenapa?why?

Formula mudah.

--> Kaki kiri - Untuk kawal pedal clutch yang berada paling kiri.
- Kegunaannya untuk menukar gear.
- Caranya tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan masuklah gear yang
sesuai.

--> Kaki kanan - Untuk kawal pedal brek yang berada di tengah atau
Untuk kawal pedal minyak yang berada paling kanan.


--> Cara hendak menggerakkan kereta.
- Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga terasa badan kereta
bergegar hendak bergerak,tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng
anda.Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km,tukarlah kepada gear 2
dan meter mencecah ke 30km - 35km,tukar ke gear 3,meter mencecah ke 4okm
tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalanraya.

--> Cara hendak mengelakkan dari engin mati setelah gear dimasukkan.
- Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah
stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.

- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun
dibawah 30km,tekan pedal clucth dulu baru tekan pedal brek.
Untuk mengelakkan anda kelamkabut kerana anda kurang mahir.

- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek.
Sebelum mengangkat kedua-dua kaki,anda wajib bebaskan gear dulu dan tarik brek tangan
atau tarik brek tangan dan bebaskan gear.

Nota penting:
Sekiranya anda sudah biasa memandu kereta auto dan baru hendak menyesuaikan diri dengan kereta manual,janganlah memandu terlalu laju dan sentiasa berhati-hati ketika mengawal pergerakan kaki dan tangan. Sesuaikan diri anda dengan kereta dan dapatkan keselesaan dengan memandu sambil mengenalpasti kedudukan gear di tangan dan pedal di kaki anda.


-----------------------------------
kenapa aku post benda ni?why?

sebab  esok aku bertekad mahu memandu si merah itu.
all dis while gua drive kereta auto. ktttrrrr...(bunyik lutut ketar) sebab takut merah tu mati tgh jalan.

arghhh!jenuh nak ingat balik cara2 nk drive kete manual nih. 

ayah akmal, i am a qualified driver ok.jgn risau dan sokonglah saya sepenuhnya untuk mengendalikan jentera anda hehe!

bukan si merah itu

Thursday, August 4, 2011