mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 6, 2011

ya allah peliharalah anakku

walau di mana dan dengan siapa dia berada
aku serahkan kepadamu ya allah kerana engkau maha berkuasa melindungi dan memelihara segala sesuatu.
engkau jadikanlah hati ku tenang sepanjang peninggalanku ini ya allah
kuatkan aku ya allah dan jadikan aku sabar melalui dugaan ini.
ya allah permudahkan setiap urusanku
wahai tuhan yang maha pengasih

Monday, April 4, 2011

saya sangat bersimpati...

INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN
-Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return-

saya sangat terkesan dengan berita kematian ALLAHyarham  adik saiful syazani bin saiful sopfidee. ya allah, mana agaknya perginya pertimbangan akal cikgu yang memukulnya?
cikgu, dia budak kecil.
sungguhpun mencuri itu salah, mengapa sampai kematian hukumannya?puaskah sudah hati cikgu kerana si kecil ini sudah tidak lagi bernyawa?sudah terbuktikah dia yang mencuri duit itu atau sebaliknya?
cikgu, saya punya anak kecil, saya sangat sedih dengan berita kematian ini.dan saya tidak terfikir bagaimana seorang cikgu yang tugasnya sangat mulia boleh menjadi segila cikgu ketika berdepan dengan anak murid yang dituduh mencuri wang sebanyak 7 ringgit.adakah berguna lagi penyesalan sewaktu semuanya sudah terlambat?

saya cuba memahami apa yang dirasai oleh cikgu itu sewaktu dia membelasah ALLAHyarham...apa yang ada dalam kepalanya sehingga dia boleh bertindak gila begitu.tapi saya x dapat..iya, saya emak, saya punya perasaan sayang yang mendalam terhadap anak.apatah lagi anak sekecil ALLAHyarham..tapi sebagai manusia sepatutnya cikgu itu walaupun mungkin belum punya anak, dia sepatutnya punya perasaan 'manusia' dalam dirinya. malangnya institusi pendidikan kita punya guru yang macam cikgu ini. saya tak boleh terima kejadian ini.saya rasa semua orang yang waras tidak dapat terima perkara ini.tak dapat bayangkan bagaimana si ayah mendepani situasi ini.dan terbayang2 di kepala macammana ALLAHyarham berjuang untuk teruskan hidupnya..tapi ALLAH lebih sayangkan dirinya. saya mendoakan ALLAHyarham ditempatkan di syurga, dan mudah2an keluarganya tabah.

cikgu?
tinggallah cikgu dengan penyesalan yang tidak berguna lagi.semoga sikecil ALLAHyarham saiful syazani telah memaafkan cikgu sebelum dia dijemput pergi dan semoga ALLAH mengampun cikgu.

allahyarham dan ayahnya-pic from berita harian

Friday, April 1, 2011

a tribute to my beloved hubby

setiap hari ayah hantar mama pergi kerja tanpa jemu
tiap2 hari ayah siapkan baju akmal
banyak lagi yang tiap2 hari ayah buat untuk bantu mama yang selalu kelelahan lately ni.
timekasyeh ayah.
tapi yang paling sweet 2 hari lepas penyangkut tali beg yang mama angkut barang2 pam susu akmal terpatah sebab mama terkepitkan pada pintu kereta
ayah tolong jahitkan, ganti yang baru..timekasih lg ayah..
terharunya mama sebab pagi nak pergi kerja mama tengok beg tu dah elok semula.
mama cadang nak ikat je sebab mama xsempat nak jahit
rupa2nya ayah dah tolong jahitkan masa mama dengan akmal tengah tido..
ayah buat kemas sangat sampai mama dah tak tau mana yang asal n mana yang ayah gantikan.
mama hargai apa yang ayah buat.
terimakasih ayah.
mama dan akmal SAYANG ayah sangat2.