mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 29, 2014

secawan kopi dan sepinggan pasta untuk sarapan pagi ini


Dari blog Beritasemasa (please click)

Aku yang kerja ada gaji tetap tiap bulan pun aku rasa beza susu tin 2.80 dulu sekarang dah jadi 3.20. Inikan pula yang tak bekerja, mengharap suami semata-mata. 

Kalau cukai dikenakan di setiap peringkat, pengeluar, pemborong, peruncit, celah bedah mana yang tak membebankan rakyat? 


Aku senyum sendiri tengok iklan ini. 

Saturday, April 26, 2014

kisah rama-rama untuk kenangan aku dihari tua kelak dan juga anak ku supaya mereka tidak lupa kenangan indah sewaktu mereka kecil






Ini abang, nyanyi lagu rama-rama sambil interupted by adik.


abang akmal bertambah hensem dan bijak

2,3 hari ni hati mama sangat kembang bila balik sekolah abang akmal buka beg sekolah, keluarkan baju kotor, letak kat bilik belakang, ambil tuala, sidai.

Amal tolong mama katanya. Mama proud of you, abang.

Tak berhenti setakat tu, lepas buat dia punya, pergi kat beg adik pulak, keluarkan baju kotor adik, sidai tuala adik.

Allahu akbar, terharu mama.

Bila mama say thank you abang, dia jawab amal kan budak baik, good boy.

Akmal memang betul-betul tolong mama. At least,if mama tertidur, tak de la mama kena bangun tengah-tengah malam bila tiba-tiba teringat tuala anak-anak tak bersidai.

Thank you anak soleh. Dah besar anak mama, dah boleh tolong mama dah.

Sayang abang.
Abang pakai baju sukan, hari rabu