mama tulis sebagai kenangan

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 5, 2013

bercuti..

mama coti kawankan akmal sbb ayah outstation kat jerteh.

semalam masa nak tido abg akmal call mama. sembang2 ngn akmal...mama jgn nangis katanya..allahuakbar..pintarnya ank mama. 2x abg akmal ckkp mcm tu. bahagianya mama, pada umur 2 thn 2bulan, abang akmal dah pandai pujuk mama :-)

buah hati




Sunday, February 3, 2013

entah...

lately ni air mata asyik tumpah. tumpah dan tumpah..entah berapa banyak. terkenangkan orang yang tersayang. kadang-kadang terasa nak surrender. rasa dah tak mampu nak melalui keadaan ni lebih2 lagi bila teringat saya terlepas banyak moment tumbesaran nyawa saya, MUHAMMAD AKMAL BIN AMIR DZULFADLI. terasa ruginya. terasa seolah2 terlalu mementingkan diri sendiri, terasa seperti tak bertanggungjawab pun ada..banyak sangat rasa-rasa yang tidak enak. 

sesekali hati rasa kuat tapi banyak kali hati sebenarnya rapuh sangat. ayah akmal dah berbuih mulut meyakinkan semuanya baik2 belaka. ya saya tau kerana dia seorang ayah yang hebat. bukan semua mampu menjadi sepertinya. bangun pagi siapkan barang2 sekolah akmal, buatkan milo, siapkan diri sendiri untuk pergi kerja, bergelut pula mengejutkan akmal bangun, menyiapkan akmal, baru pergi kerja, jaraknya? lebih 30 km. sampai ofis, tinggalkan akmal sekejap dalam kereta, pergi punch kemudian baru hantar akmal ke sekolah. alhamdulillah, allah jadikan akmal anak yang benar2 tidak menyusahkan ayah. kata ayah, tak de lagi adegan menangis tak mau masuk kelas. sekarang akmal jalan sendiri bawa beg masuk dalam kelas, letak botol milo dan terus duduk sama kawan-kawan untuk breakfast. alhamdulillah. cuma beberapa hari lepas ayah kata akmal meragam pagi suruh ayah tunggu dia habiskan milo dulu baru nak pergi sekolah.

selesai semua urusan akmal, baru ayah masuk ofis. alhamdulillah, ayah tak lambat. tengahari ayah balik rumah, basuh baju sebab ayah taknak susahkan nenek. petang lepas ambil akmal ayah tak terus balik rumah nenek, tapi singgah rumah dulu.siram pokok, main dengan akmal, sidai baju yang basuh tengahari tadi, bagi akmal makan, kadang2 ayah masak mi, kadang goreng telur, kadang goreng roti canai, untuk alas perut akmal sementara nak tunggu makan malam. lepas selesai semua, solat magrib, baru  balik rumah nenek. kadang2 akmal tertidur dalam kereta. kadang2 ayah singgah pasar malam untuk beli lauk. pernah nenek cerita akmal nak mainan kat pasar malam. ayah dah siap beli2 barang, duit kat tangan cuma tinggal rm5. ayah bawa akmal anta barang kat kereta, jalan pulak kat petrol pump g withdraw duit and pergi semula pasar untuk beli mainan akmal. hebatnya ayah melayan akmal. Akmal, bila akmal dah boleh baca ni nanti, ingat cerita  ni dan jadilah anak soleh yang sentiasa ingat pengorbanan ayah menjaga akmal.

mama? mama kat sini dengan baby  tak pernah putus doakan ayah dan akmal. doa supaya kita dapat tinggal bersama semula.supaya mama dapat sama2 ayah besarkan akmal dan baby. supaya hidup kita normal macam dulu semula. mama betul2 harap keadaan ni cuma sementara.
cinta mama tertidur di ribaan ayah masa hantar mama tunggu bas nak balik putrajaya. mama sayang akmal


Saturday, February 2, 2013

mau sambung cerita...

22 hb januari aritu mama g jumpa pakar O & G kat hospital putrajaya.

hmmm...parking takde, berkali2 pusing tp memang dah bukan rezeki nak dapat parking dalam hospital..parking kat depan balai polis, jalan perlahan2 g masuk hospital. :-) .nak tunggu turn punya la lama sampai tertidur2 mama. 

tapi the good news ialah, doc kata kedudukan uri dan baby telah kembali normal.alhamdulillah.syukur sangat2. dan ada satu berita yang mama ngan ayah decide nak simpan dulu hehe!

doc kata baby sihat dan dah mencapai berat 2.2 kg. ada kemungkinan lagi berat dari abang akmal bila keluar nanti.xkisahlah, yg penting, sihat. ayah hari2 ingatkan mama supaya tak tinggalkan supplement.ayah kata ayah tak pecaya mama sebab kalau kat rumah, mama ponteng2 makan :-) tapi kat sini mama makan sentiasa.

hmm..minggu ni tak balik lagi sebab minggu lepas dah balik lama. minggu depan pulak balik raya cina.

 aktiviti minggu tak balik aritu.

memanik

baking utk dibawa  balik


kemas barang baby